Kod Babi Pada Makanan- Penting Untuk Ummat Islam

Sent: Wednesday, July 18, 2007 4:25 PM
Subject: Kod Babi Pada Makanan – Penting Untuk Umat Islam

Kod Babi Pada Makanan – Penting Untuk Umat Islam
(Artikel ini telah diedit sedikit untuk memudahkan pembacaan- ummuabbas)
<http://www.tranungk ite.net/modules. php?name= News&new_ topic=24> Oleh Dr.
M. Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di
Badan Pengawasan Ubat & amp; Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya
adalah mencatat semua barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan dipasarkan oleh suatu perusahaan, produk tersebut harus mendapat izin terlebih dahulu dari Badan
pengawas Ubat dan Makanan Perancis. Syeikh Sahib bekerja di Badan tersebut bahagian QC. Oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis
bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut ditulis dengan istilah ilmiah
namun ada juga beberapa yang ditulis dalam bentuk matematik seperti
E-904, E-141 . Awalnya, saat Syeikh Sahib menemui bentuk matematik
tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut
kepada seorang Perancis yang pakar dalam bidang itu. Orang
tersebut menjawab, “KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.”

Jawaban tersebut menimbulkan rasa curiga buat Syeikh Sahib. Kemudian dia
mula menyelidiki kod matematik tersebut dalam dokumen yang
ada. Ternyata apa yang dia temui cukup memeranjatkan kaum muslimin
di dunia.

Hampir seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk
daging adalah daging babi.  Penternakan babi sangat banyak di
negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi
mencapai lebih dari 42000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan
dengan haiwan lain.  Namun orang Eropah dan Amerika berusaha
menghindari lemak-lemak tersebut.

Yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi
tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat
perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM. Kemudian badan babi tersebut dipusing untuk membuang lemak. Kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata ia berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa
dan dipasarkan.  Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan
aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan dan ubat-ubatan dicantumkan pada kemasan.

Oleh kerana itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan
nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke
negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit
perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda
mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua
melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan untuk sampai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya
mengalami kerosakan akibat terkena air laut.

Kemudian mereka punya idea untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak
babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu
sebelum digunakan.  Saat berita mengenai lapisan tersebut tersebar dan
sampai ke telinga tentera yang kebanyakan muslim dan beberapa vegetarian
(orang yang tidak makan daging), maka tentera – tentera tersebut menolak
berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan
catatan lemak babi dalam kemasan dengan mencatat lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970-an mengetahuinya.

Saat pengeluar produk ditanya oleh pihak berwajib dari negara Islam
mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya ialah lemak tersebut
adalah lemak sapi (lembu) & amp; domba, meskipun begitu, lemak-lemak tersebut masih haram bagi muslim kerana kaedah penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak menurut syarak.  Justeru itu produk dengan label baru tersebut tetap dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang
sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual
produknya ke negara Islam, di mana laba pasaran ke negara Islam bisa
mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya
diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod
tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di
banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & amp; ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk – produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan
barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)] oleh
negara-negara muslim, kita sebagai orang Islam tidak terkecuali
sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa
malu, kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih
dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan merujuk
dengan daftar kod E-CODES berikut ini.  Jika ditemukan kod-kod berikut
ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat
dihindari kerana produk dengan kod-kod tersebut di bawah ini mengandungi
lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,
E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,

E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Menjadi tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti
syariat Islam dan juga menghebah informasi ini kepada saudara kita.

About these ads

45 thoughts on “Kod Babi Pada Makanan- Penting Untuk Ummat Islam

  1. Salam sejahtera.
    Alhamdulillah dan terima kasih atas usaha murni tuan semoga dapat dimanfaatkan seluruh umat Islam.Semoga usaha yang murni lagi bersifat ibadah ini dapat diteruskan.

  2. terima kasih..
    krn memberi tahu infomasi yang sgt berguna untuk umat islam…
    moga2 Allah s.w.t akan menlancarkan urusan saudara…
    teruskan berdakwa..

  3. assalammualaikum…terima kasih atas maklumat yang diberikan..ini bermakne makanan ringan kebanyakan tidak boleh di makan ye??wasalam

  4. tme kasih keana memberi tahu….
    tq…. sy bebtol xtau ape2 tntng ni….
    sbagai umat islam.. kite patut sebarkan pada smua…

  5. Assalamualaikum, saya semak contoh makanan seperti Nestle Coffee-mate. Ia ada tanda HALAL tetapi mengandungi E471. Jadi bagaimana untuk seorang pengguna Islam.

    Wa’alaikum salam. Saya syorkan saudara merujuk kepada pihak Halagel yang menyediakan gelatin halal atau pihak JAKIM. Wallahualam. Terima kasih juga atas makluman ini. Saya sendiri tidak perasan kewujudan nombor kod tersebut kerana tidak menggunakan produk berkenaan.

  6. salam wbt…trima kasih atas pendedahan ini. pkara ni sgt penting untuk smua ummat islam…bsarnya jasa saudara dalam membantu agama kita…smoga Allah SWT mmbalasnya. hanya saya ckup hairan bgaimana ade ssetengah produk yang ada cop halal yang diiktiraf pon blh ade kod2 ni…hrap smua bhati2&buka mata sluas2 nya sblum mmbli brg2…

  7. salam, saya nak tanya hanya kod yang tertulis diatas saja, atau semua yang ada huruf E di hadapan. Seperti Biskut jacob’s E500 dan E450 saya nak kepastian…

    Wallahua’lam. Saya hanya menterjemah artikel ini ke Bahasa Melayu. Saya bukan pakar di bidang ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, disyorkan melawat web JAKIM atau badan berkaitan.

  8. salam..

    Maaf kalau ayat sy xlengkap (rujuk komen sy sblm ni). sbenarnye sy nk mintak pandangan penulis lepas tgk video tu sbb klu sblm ni org dok kate yg ade Exxx ade yg xleh mkn dan sebagainye tp melalui video tu ustaz ckp ape2 yg dah melalui proses kimia bley dimakan.. maknenye xde masalah dengan kod Exxx melainkan dia sebut betol2 dr babi..

    sy berminat nk tau pandangan dr ramai pihak (yg arif) dr mendengar 1 pihak saje…

    sy ade 1 lagi soklan (maaf klu terkeluar tajuk)
    sekarang sy di Paris. ikut suami yg ade kursus kat sini. Sy tinggal di hotel apartment. sy terfikir, rata2 omputih ni kan ade bela anjing.. so xmustahil bilik yg sy tinggal skang ni penah ade anjing (mungkin jugak tidak ) ape yg ptt sy buat?

    terima kasih.

  9. Wsalam.

    Ok.. tidak mengapa dik…:). Setakat yang Akak faham pun, dalam artikel di atas juga tidak di sebut bahawa semua yang ada E di depan itu tandanya ada sumber babi. Kod E di depan harus disertakan dengan kod nombor di belakangnya. Berdasarkan maklumat dalam artikel di atas, kod E dan nombor yang disertakan adalah khusus, bukannya merangkumi semua kod nombor yang ada E di depannya.

    Pengalaman Akak berada di Sydney dulu pun, ada senarai makanan tertentu yang telah diberi panduan oleh muslim di sana yang halal di makan. Akak dapati ada antara senarai tersebut mempunyai kod E di depannya.

    Ada juga senarai kod yang haram dimakan dijadikan panduan untuk membeli belah di sana.

    Mengenai proses mengalami perubahan kimia yang disebut sebagai istihalah, pengetahuan Akak mengenainya sangat terhad. Insya Allah, akak akan cuba mendalaminya jika dizinkan Allah dan berkongsi mengenainya di sini. Cuma setakat pengetahuan akak, proses istihalah yang berasal dari sumber babi tetap diharamkan oleh majoriti ulama. Proses istihalah yang dibenarkan ialah pada sumber lain seperti alkohol, bangkai dan lain-lain selain babi.

    Secara umumnya, pada pandangan Akak garis panduan makanan halal yang diberikan JAKIM memadai untuk orang awam setakat ini. Apa-apa kemusykilan, boleh dirujuk kepada mereka yang lebih pakar sama ada di JAKIM atau di CAP.

    Mengenai soalan kedua, kita hanya perlu meyakini apa yang dilihat dan didengar sendiri sahaja. Jika kita tidak pernah melihat anjing pernah mendiami bilik itu, maka anggapan kita ialah bilik itu bersih dan suci untuk kita tinggal dan solat di dalamnya.

    Kita tidak perlu fikir perkara yang tidak pernah dilihat dengan mata sendiri kerana Islam tidak membebankan kita berbuat demikian.

    Untuk menambah keyakinan, Irma hanya perlu membersihkan apartment tersebut secara biasa seperti menyapu dan mengemop lantai. Kemudian menggunakannya tanpa was-was.

    Wallahua’alam.

  10. Assalamualaikum.
    Saya telah membeli Produk: TANGO LIGHT 137G MINT Syarikat: NETWORK FOODS(MALAYSIA) SDN BHD yang mempunyai logo halal jakim.
    Di dalam produk ini terdapat Emulsifier(Pembaur) E476 tetapi apabila dirujuk pada kod lemak babi E 476 tersenarai dalam kod makanan yang menagndungi lemak babi.
    Apakah statusnya memandangkan ianya menagndungi logo halal jakim tetapi tersenarai dalam kod lemak babi.
    Wassalam.
    Terima Kasih.

    Wa’alaikum salam wbh Nur Anis,

    Menurut pendapat saya, ada dua pilihan yang boleh dibuat.

    1. Jika kita memberi kepercayaan penuh kepada JAKIM, maka boleh guna pendapat atau keputusan JAKIM. No kod yang diberikan boleh diabaikan.

    2. Jika kita rasa was-was sama ada mahu percaya JAKIM atau no kod sebaran am ini, maka lebih baik tinggalkan perkara yang diragui dan pilihlah perkara yang diyakini sahaja.

    Memang terdapat sebaran maklumat yang mempertikai kewibawaan JAKIM dalam mengurus status Halal sesuatu makanan namun ia belum dibuktikan.

    Realitinya, kita perlu kepada satu badan yang benar-benar amanah untuk meninjau status halal sesuatu makanan.

    Wallahua’lam.


  11. Assalamualaikum…

    Saya nak berkongsi disini sket..
    E100 – curcumin pewarna kuning selalunya dari sumber tumbuhan iaitu kunyit.
    E110 – sunset yellow fcf; orange yellow fcf – banyak digunakan dlm produk mkanan
    E120 – chochineal, carminic acid, carmines – x pasti warna apa rasanya merah..
    E 140 – chlorophylls and chlorophyllins warna hijau
    E141 – Copper complexes of chlorophyll and chloropyllins – pewarna
    E153 – vegetable carbon – pewarna
    E210 – benzoic acid sejenis pengawet terdapat dalam kicap, sos sirap, sardin dll
    E213 – calcium benzoate sejenis pengawet jg dalam bentuk garam
    E214 – Ethyl p-hydroxybenzoate – pengawet
    E216 – Propyl p-hydroxybenzoate – pengawet
    E234 – Nisin – pengawet
    E252 – Potassium nitrate – pengawet
    ,E270 – lactic acid
    E280 – Propionic acid pengawet yang diltk dalam roti.. mostly semua roti ada..
    E325 – sodium lactate
    ,E326 – Potassium lactate
    E327 – Calcium lactate
    E334 – Tartaric acid (L-(+))
    E335 -Sodium tartarate
    E336-Potassium tartarate
    E337- Sodium potassium tartarate
    E422 – Glycerol
    E430 –
    E431 – Polyoxyethylene (40) sterate
    , E432 – Polysorbate 20
    E433 – Polysorbate 80
    E434 – Polysorbate 40
    E435 – Polysorbate 60
    E436 – Polysorbate 65
    E440 – Pectins – pemekat yang digunakan dalam jem
    E470a – Sodium, potassium and calcium salt of fatty acids
    E470b – Magnesium salt of fatty acids
    E471 – Mono-diglycerides of fatty acid,
    Yang ni dulu maklumat yag dapat dikongsi… rakan2 mgkin boleh search internet lg sumber pula sama ada dari haiwan atau pun tumbuhan… kadang2 ada bahan tersebut yang boleh derived dari kedua2 sumber. jd rasanya kod yg tertera dibungkusan dan mendapat sijil halal jakim diperoleh dari sumber tumbuhan.. sama2 kita berkongsi ilmu.. dan sama2 kita menegakkan yg hak…..

      Wa’alaikum salam warahmatullahiwabarakaatuh Ummu Tasnim,

      Jazakumullah khayral jaza’ atas ilmu yang dikongsi.

      Saya sendiri tidak berkesempatan menyelidiki tentang kod makanan ini secara lebih mendalam.

      Harapnya ada individu atau organisasi yang berkaliber dapat ke tengah dalam soal ini serta mendapat publisiti meluas.


  12. Assalammualaikum kak, nak ty ckit. sumber kod2 ni akak dapat drpd mn? lctrr sy ad ckp slh 1 kod yg d tunjuk’n adlh pwrna kuning, tp sy xsure kod yg mn, hrp akak blh bgtau sy dgn detail..

  13. Pingback: Babipun Ada Kod ke? Haha.. « Mendidik Jati Diri Gemilang..

  14. assalamualaikum,

    tahniah dan terima kasih atas info yg sgt bguna dlm ruangan ini. sbg seorg muslimah pasti kita mahu mnjadi yang terbaik dlm hidup kita. tetapi kdg2 desakan tugas, waktu dan kekurangan ilmu menyebabkan kita terlalai. dalam hambatan kerja seharian di pejabat pasti kita tidak punya masa utk memberi santapan rohani buat diri. jadi, pada saya ambillah ms sekecap cuma untuk mencedok pelbagai ilmu dlm medium teknologi buat santapan kita. smoga allah meredhai dan hanya dia yg maha mengetahui niat kita..

    terima kasih

  15. salam,

    maaf kalau saya menyampuk.. dari link yang IRMA post, apa yang saya faham ustaz zaharuddin (& kebanyakan ulamak) berpendapat kod Exxx yang daripada lemak babi, apabila campur dgn bahan kimia dan diproses secara kimia, molekulnya terurai dan bercampur dengan molekul bahan lain. ia berubah sifat shgga menjadi bukan lg lemak babi. jadi, ia TIDAK haram.

    saya juga pernah dengar ceramah dr seorg brother di UK mengatakan benda yang sama. contoh lain yg diberikan brother tu adalah arak (alcohol) dan cuka (ethanol). ikatan O-H molekul arak boleh diubah dgn proses kimia dgn mudah menjadi cuka. ikatan molekul arak yg haram dan memabukkan boleh berubah jadi cuka yang halal (tak memabukkan) dgn proses kimia.

    wallahua’lam..

    Wsalam.

    Tiada masalah untuk menyampuk jika ada pandangan dan perkongsian ilmu. :) Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

  16. maaf, pembetulan.. saya silap tulis cuka (ethanol). minta tolg betulkan cuka (acetic acid)..

  17. di sini saya nak beri sedikit kefahaman kepada semua…dalam lemak babi mengandungi pelbagai jenis bahan2 kimia..dan salah 1 bahan tersebut adalah sebagai pengawet..pengawet dr lemak babi ni adalah yg terbaik…(jgn baca sekerat je tau..baca sampai habis)..kajian dilakuan dengan mengekstrak bahan ini dari lemak babi dan kemudian mengkaji struktur formula bahan itu tadi (contoh: struktur formula bagi air adalah H2O)…setelah struktur formula tadi dikenal pasti,kajian yg akan dilakukan seterusnya adalah BAGAIMANA MENGHASILKAN BAHAN TERSEBUT DENGAN PROSEDUR YG PALING MURAH DAN BERKESAN…mengekstrak bahan tersebut directly dari lemak babi memakan kos yg sangat tinggi…1kg lemak babi hanya mengandungi bahan tersebut dalam kuantiti yg sgt sedikit (kurang dari 1mg)…sangat merugikan,,jadi bahan tersebut akan dihasilkan semula di makmal dgn menggunakan bahan kimia..(maklumat tambahan: semua bahan kimia,sumbernya adalah petroleum)..kemudian,prosedur terbaik utk menghasilkan bahan tersebut akan diaplikasikan di kilang pembuatan…

    saya juga nak share laman web terkemuka dan dan faktanya lebih reliable,yg berkaitan kod Exxx:
    http://en.wikipedia.org/wiki/E_number
    jika dilihat,semua bahan yg ada adalah BAHAN KIMIA,,dihasilkan di kilang dengan menggunakan bahan kimia yg lain.

    Terima kasih atas maklumat yang berguna ini.


  18. Assalamu’alaikum…
    saya nak tanya kalu kita dah termakan makanan yg terdapat kod tu…kalau tgok kndungannya memang tak meragukan…tetapi disebabkan tiada pengetahuan tentang kod-kod ni…hem…termakanlah..kodnya E476.. macam mana adakah berdosa kita?em, saya bab2 agama kureng skit…
    minta penjelasan…

    Wa’alaikum salam wbh…

    Kalau sudah termakan tu… kira dimaafkan. Yang penting, kita sudah berusaha memilih yang halal setakat pengetahuan kita. Beristighfarlah agar Allah mengampunkan segala kekurangan kita dan membersihkan darah daging kita dari perkara yang tidak halal.

    Namun jika terdapat kod-kod yang meragukan tetapi mendapat pengesahan HALAL dari JAKIM atau badan berautoriti, maka boleh berpegang kepada sijil pengesahan HALAL tersebut. Ia memadai bagi orang awam kerana orang awam tidak dituntut untuk menyelidiknya sehingga ke tahap menyusahkan diri sendiri.

    Pengalaman saya berada di Australia sekarang, terdapat kod-kod yang hampir sama dengan senarai kod yang haram tetapi ditulis di dalam kurungan (unsur tumbuhan atau sayuran dan bukan dari sumber binatang) maka saya menganggapnya halal.

    Wallahua’alam.

  19. saya beli minuman 3 in one VICO ada tertulis E471 dan juga logo halal JAKIM. Boleh ke minum

    Pada pendapat saya, boleh sebab mungkin JAKIM sudah pastikan E471 itu dari sumber sayuran dan bukannya dari sumber haiwan. Wallahu’lam.


  20. nak tanya seperkara..adakah makanan yg tertera kod2 ini lulus jakim ataupun ada tanda halal..

    Kurang faham soalannya…


  21. adakah Exxx memang terdapat campuran dari daging babi…??sebab banyak kod tersebut pada makanan…

  22. salam…
    saya nk tny…dr sumber mana ustazah dpt KOD E di atas?
    terima kasih

    Wsalam.

    Baca semula artikel di atas, insya Allah akan jumpa sumbernya.

    Saya hanya terjemahkan artikel ini ke Bahasa Malaysia dan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan artikel berkenaan. Yang bertanggungjawab kepada isi kandungannya ialah penulis itu sendiri.

    Harap maklum.

  23. sbnarnye ramai xtahu pasal hal kod2 xhalal ni!!!!!!
    well bila kita semua dah tahu mknenya susahlh nk hidup mcmni ye.. kalau trmakan yg ade kod babi kenalh samak dlm mulut@ perut! klu trpegang kerusi kt taman yg pernah anjing baring kenalh samak pakaian walau kita xtahu!

    kalau xtahu langsung rase xmengapa dari segi islam tp klu dh heboh n kecoh n semua tahu mcmni susahlh nk hidup!!!!!!! hidup asyik kena berjaga2 xboleh beli semua barang dapur n kena samakkkkk je memanjang kak woi!!!!!!

    umpama kita bayangkn n ibaratkn babi lalu depan tanah halaman rumah kita so kita kenalah samak sepanjang 3 kilometer babi tu lalu ya!!!!

  24. Assalamu’alaikum.

    Sebelum pembaca bertanya dan menambah komen baru, mohon dibaca dahulu komen & jawapan yang sudah ada di atas bertujuan mengelakkan pertanyaan dan jawapan berulang. Kerjasama anda didahului dengan ucapan jazakumullah.

    Sukalah saya ulangi, pengkajian di dalam artikel ini bukanlah di bidang saya namun saya jadikan ia panduan tatkala berada di tempat yang tiada satu badan Islam berautoriti mengesahkan sesuatu makanan itu halal atau tidak.

    Jika sudah ada cop halal dari badan berautoriti, maka harus dipakai pengesahan tersebut KECUALI ada bukti yang membuktikan sebaliknya. Contoh berlakunya isu-isu yang mengatakan ada produk yang mempunyai cop halal JAKIM tidak halal disebabkan pendakwa mempunyai bukti cop tersebut adalah palsu dan sebagainya. Bila situasi ini berlaku, maka berhentilah dahulu dari mengambil produk tersebut. Sehinggalah pihak JAKIM membuat pemeriksaan dan mengesahkan kembali status halal produk tersebut.

    Moga sedikit keterangan di atas membantu.

    Wassalam.

  25. Salam,
    Segala puji bagi Allah, tuhan penguasa seluruh alam, kerana diberi kesempatan membaca isu ini. Secara umumnya, isu ini ialah sebaran maklumat melalui internet menggunakan nama seseorang oleh seseorang yang tidak dikenali (? termasuk saya… ). Kemudian, tiba-tiba saya teringat tulisan seorang hamba bernama Muhammad Noor bin Ibrahim dan Abdullah bin Basmeih yang semoga diberi hidayat oleh Tuhannya kerana menterjemahkan ucapan Muhammad s.a.w. yang diterima dari Tuhan yang maha mengetahui iaitu :

    “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. – (49:6)”

    dalam terjemahan beliau juga ada menyatakan :

    “Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; – – (49:7)”

    Dari situ, saya dapati banyak juga berita-berita yang disampaikan melalui internet adalah berita-berita yang mesti diselidiki kesahihannya. Siapa yang boleh menentukan kesahihannya, sudah tentu mereka yang diberi kuasa (pemerintah) untuk menentukannya. Kita sebagai rakyat, sudah menjadi kewajipan untuk mematuhi.

    Semoga kita dirahmati oleh Tuhan yang maha mengetahui lagi maha adil menghakimi.

  26. Pada saya, isu ini perlu dirujuk kepada badan berautoriti.

    Pertanyaan saya selepas membaca entry tersebut ialah, bagaimanakah dengan cara memalsukan data-data mengenai e-Kod ini, pihak berkenaan mahu menipu umat Islam sedangkan mereka ada kepentingan memastikan umat Islam membeli produk mereka dan mengikut cara hidup mereka dengan memakan benda yang diharamkan?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s