Archive | Julai 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah.  Segala puji dan terima kasih hanya untuk Allah.  Hari ini tanggal 26 Rejab 1429 H bersamaan 29 Julai 2008, saya baru dapat masuk semula ke blog sendiri ini.  Berbulan-bulan saya terlupa ‘password’ hinggalah semalam, saya terjumpa catatan ‘password’ masuk ke Kerana Cinta’s Weblog semasa saya berkemas fail dan kertas-kertas.  Alhamdulillah.  Oh ya, belum terlewat untuk saya ucapkan ‘Semoga dipanjangkan usia dalam keimanan dan ketaqwaan’ kepada diri sendiri yang menyambut tarikh dilahirkan yakni pada 8 Julai.