Buku Sejarah Nabi Muhammad s.a.w

Seorang pengunjung bertanya mengenai buku Seerah Nabi Muhammad s.a.w yang elok dibaca. Pengunjung yang bertanya itu merupakan saudara baru kita dalam Islam. Sebelum saya menyebut mengenai buku, saya ingin menyinggung sedikit mengenai kepentingan mengetahui dan memahami Sirah Nabi Muhammad s.aw.

Sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w dibaca untuk dihayati dalam kehidupan seharian. Itulah tujuan Nabi Muhammad s.a.w dilahir dan diutus menjadi rasul.

Sejarah hidup Rasulullah s.a.w adalah lengkap merangkumi semua bidang kehidupan yang diperlukan oleh manusia. Nabi Muhammad s.a.w memberi manual kehidupan yang paling berkualiti bermula dari kehidupan sebagai individu, keluarga, masyarakat dan daulah.

Mungkin sudah banyak orang bercerita tentang Nabi Muhammad s.a.w dari sudut akhlaknya, pergaulannya dengan ahli keluarga dan para sahabat. Namun Nabi Muhammad s.a.w jarang ditonjolkan oleh media arus perdana sebagai pemimpin sebuah negara dan seorang strategis dalam politik.

Negara kita saban tahun menyambut Maulidur Rasul namun untuk apa sambutan itu jika perilaku Nabi s.a.w tidak menjadi ikutan. Insan bernama Muhammad bin Abdullah itu bukanlah untuk dijaja sebagai bahan kosmetik bagi sebuah negara yang dipimpin oleh orang Islam. Bahkan setiap akhlak dan cara hidupnya harus dijadikan ruh bagi sesebuah negara umat Islam.

Manusia tanpa ruh adalah mayat. Negara tanpa ruh Islam ibarat bangkai. Sesebuah negara belum mengecapi erti sebuah kemerdekaan jika Islam dikurung dalam perlembagaan ciptaan manusia. Jika umat Islam mahu merasai nikmat sebuah kemerdekaan yang sebenar, bebaskan Malaysia dari cengkaman maut yang bernama sekular dan kejahilan pemerintah.

Teringat pula pada baner-baner kempen yang menyindir hubungan PAS-DAP di Manek Urai. Saya berbual dengan suami (lebih kurang), “Suruh mereka belajar dulu Sirah Nabi sampai habis. Baru mereka akan faham justifikasi tindakan politik PAS dalam apa jua keadaan”.

Saya sungguh kesal bila mendapati dalam era maklumat di hujung jari dan Malaysia pula semakin melambakkan graduan berijazah, masih ramai yang jahil tentang agama mereka sendiri. Islam adalah agama yang mudah difahami dan dihayati kerana ia agama yang selaras dengan fitrah manusia.

Mereka menyempitkan kefahaman Islam yang luas serta fleksibel dengan sikap malas belajar dan mendalami ilmu-ilmu Islam. Hal ini berlaku secara umumnya di dalam mana-mana kelompok umat Islam di Malaysia sama ada kelompok ‘biru’ atau ‘hijau’. Sempena sambutan hari ‘merdeka’ semalam, ayuh bebaskan diri dari belenggu kejahilan dengan menambah ilmu Islam di dada.

Wallahua’lam.

Bagi memahami lebih lanjut mengenai Sirah Nabawiyyah, saya mencadangkan buku-buku berikut;

1. Biografi Muhammad bin Abdullah.

    Penulis: Zulkifli Mohd Yusoff & Noor Naemah Abdul Rahman

Buku Biografi Muhammad bin Abdullah

Kelebihan buku ini:

Ditulis dengan gaya bercerita yang santai dan bahasa Melayu moden yang mudah difahami. Setiap peristiwa dilakar secara spesifik bagi memudahkan pembaca menghayati perjalanan tokoh agung ini. Seterusnya menyelami sejarah hidup seorang nabi dan rasul untuk diaplikasi teladan yang ditinggalkan dalam kehidupan seharian.

Buku sirah ini sesuai untuk mereka yang baru mengenali nabi sama ada di kalangan umat Islam sendiri maupun non-muslim.

Harga Semenanjung Malaysia: RM39.90
Sabah/Sarawak: RM42.90

PS: Saya mempunyai sebuah lagi buku ini untuk dijual. Jika berminat, boleh buat pesanan melalui email. Diskaun 12% tidak termasuk harga pos.

2. Fiqh al-Sirah
Penulis: Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti
Terjemahan: Ustaz Mohd Darus Sanawi

Fiqh al-Sirah

Kelebihan buku ini:

Setelah membaca secara santai buku di atas, buku ini disyorkan untuk menambah kefahaman mengenai panduan hidup yang tercetus dari perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w. Setiap peristiwa dikeluarkan pengajaran dan renungan bagi diaplikasikan dalam kehidupan kita pula.

Terdapat hukum hakam dari setiap perbuatan dan percakapan Nabi s.a.w. Hukum hakam tersebut dihuraikan oleh para ulama berdasarkan dalil yang jelas.

Buku ini telah digunakan sebagai teks bagi subjek Seerah Nabawiyyah di Fakulti Syariah, University of Jordan, Amman, Jordan untuk pengajian peringkat Sarjana Muda.

Kitab asalnya hanya satu jilid. Terjemahannya mempunyai 3 jilid.

3. Fiqh al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah
Penulis: Abdul Hadi Awang

Fiqh al-Harakah
Kelebihan buku ini:

Buku ini hampir sama dengan buku Fiqh al-Sirah namun sorotannya lebih spesifik. Fiqh al-Harakah bermaksud intipati dari sudut gerakan yang diambil dari Sirah Nabi. Penulis menyorot sejarah Nabi Muhammad s.a.w dari sudut gerakan Islam dan dakwah.

Ummu Abbas
11.00am
11 Ramadan 1430H

About these ads

7 thoughts on “Buku Sejarah Nabi Muhammad s.a.w

  1. Salam ukhuwwah Ummu Abbas.

    Alhamdulillah, perkongsian yang baik. Buku kedua dan ketiga dah ada dalam simpanan. Buku pertama belum lagi. InsyaAllah akan dapatkannya nanti.

    Saya minta izin linkkan blog Ummu Abbas ni ye Dah masukkan pun. Sebenarnya, saya sudah lama berziarah dan tertarik dengan isinya. Alhamdulillah, banyak perkongsian yang sangat memberi manfaat kepada pembaca di luar sana. Semoga kita sama-sama beroleh kebaikan darinya.

    Mudah-mudahan dapat kenal juga suatu masa nanti ye, InsyaAllah.

    Salam ukhuwwah ukhtie.

    p/s : Tersilap letak komen pada entry : Rindu Pada-Mu :)

    Wa’alaykum salam Ummu Husna,

    Terima kasih berziarah dan tinggalkan jejak di sini.

    Akak pun tertarik dengan tulisan Ummu Husna di blog. Insya Allah, sama-sama kita meriahkan dunia internet ini dengan dakwah ilallah. Setiap juzuk kehidupan ada dakwah kepada Allah.

    Insya Allah, akak juga berharap dapat kenal Ummu Husna satu hari nanti.

    Ilalliqa’

    Wassalam.


  2. Assalamualaikum..

    tersenyum baca komen ni.. dua2 blog ummuhusna dan ummuabas yang saya suka. teruskan berjuang dalam blog untuk kakak berdua :)

    pasal buku2 agama ni memang jadi rambang mata. sebenarnya saya salah seorang rakyat malaysia yang tidak suka membaca tapi buku2 atau artikel yang berkaitan dengan agama saya rajin sikit baca. Hmm..orang Islam yang cemerlang sepatutnya suka membaca.. apa pendapat kak nur?

    Wa’alaikum salam Sakinah,

    Tepat sekali. K Nur pernah tulis sikit pasal tu dalam topik pelancongan buku. Galakan dari pembaca seperti Sakinah dan lain-lain menyemarakkan semangat kami untuk menulis. JAzakumullah.

  3. Salam Ya Ummu Abbas..

    Ana ingin bertanya ttg kitab Biografi Muhammad bin Abdullah saw, Oleh: Zulkifli Mohd Yusoff & Noor Naemah Abdul Rahman..
    PS: Saya mempunyai sebuah lagi buku ini untuk dijual.

    Ana nak order satu.. masih ada stok lagi tak.. ?

    Wslm. Maaf ye upi, buku itu sudah ada yang tempah.


  4. trims…..ini ilmu sejarah yang perlu diketahui oleh orang islam…jangan cuma sejarah indonesia….wassallam

  5. assalamun alikum ………….

    ini saya iwan setiawan pengunjung buku sejarah nabi SAW bagaimana cara baik meperoleh buku yang dikarang Oleh: Zulkifli Mohd Yusoff & Noor Naemah Abdul Rahman..
    saya mau bertanya bagaimana cara mendapatkan buku yang bercirikan tentang
    filsapat islam,, justru saya ingin sekali menjadi pengusaha buku di website

    tolong ya….. saya adalah guru besar madrasah ibtidaiyah disalah satu desa saya di banding anyar kab OKI kayu agung palembang

    dan bagaimana sebaiknya buku tersebut bisa tersebar dan membuka minat pembaca dan pembuat baku ini akan menjadi pengusaha

    Wa’alaikum salam warahmatullah Ustaz Iwan,

    Buku tersebut boleh didapati di sini http://www.pts.com.my/index.php/buku/biografi-muhammad-bin-abdullah-edisi-2011/

    Mengenai buku filsafat Islam, saya kurang arif mengenainya. Mohon maaf.

    Semoga usaha Ustaz yang mahu mengedar buku diinternet dimudahkan Allah dan diberkatiNya.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s