Archive | Disember 2009

Gereja dari Tulang 40,000 Muslim?

Saya mendapat satu email yang menggoncangkan jiwa saya.  Baca, lihat dan nilailah sendiri. 

Namun ada yang mengatakan ia adalah propaganda orang Islam sedangkan sejarah gereja itu sendiri tidak menyebut tulang-tulang itu kepunyaan orang Islam.  Boleh lihat di sini http://www.kostnice.cz/ dan di sini http://alaiwah.wordpress.com/2009/12/26/a-church-in-czech-republic-made-of-muslim-bones/.

Wajarlah kita berhati-hati bila mendapat khabar berbentuk provokasi begini.

Tanpa asas kisah gereja ini pun, sejarah dulu dan sekarang telah membuktikan siapa yang menganjurkan keganasan.  Continue reading

‘Terperangkap’ di Luar Kereta

Strawberry di Cameron Highland

Sabtu, 9 Muharram 1431H/ 26 Disember merupakan hari terakhir permusafiran kami selama 4 hari 3 malam.  Perjalanan dari Kota Bharu-Cameron Highland-Ipoh-Kuala Lumpur-Kota Bharu itu begitu memberi manfaat buat kami sekeluarga.

Pagi Sabtu  itu, saya berkemas untuk check -out hotel dan sempat menghadiri sesi akhir seminar anjuran PAPISMA.  Sesi pembentangan resolusi hangat seperti mana perbahasan hasil ceramah Dr Mujahid Yusof pada malam sebelumnya.   Kami check-out kira-kira jam 2 petang.  Singgah di Hospital Selayang, suami melawat YB Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh, ADUN Melor.

Dari Hospital Selayang, kami bertolak pulang ke Kota Bharu.  Akibat kepenatan, saya tertidur.  Tidak lama terlelap, saya terkejut tatkala suami membelok kereta masuk ke stesen minyak Petronas berhampiran tol Gombak.  Hujan lebat turun mencurah-curah.  Continue reading

Laptop Masuk Wad… Bengang!

Sebelum ke klinik gigi pagi 26 Mei, saya masukkan printer dan laptop ke dalam kereta. Saya bercadang menghantarnya ke kedai komputer untuk dibaiki dan diservis. Namun, rasa sakit selepas pembedahan menghalang saya berbuat demikian.

Keesokan hari, baru saya dapat hantar kedua-duanya ke kedai. Saya yang dibedah, laptop yang masuk wad! (MOS je … perkara kecil :) )Semalaman berada di kedai, alhamdulillah saya sudah dapat mengambil laptop kerana saya beritahu ‘urgent’ mahu bawa musafir. Printer masuk wad lama sikit.

Tiba di rumah, saya terus buka laptop. Pertama kali lihat ‘wallpaper’, saya perasan ianya telah ditukar. Hmm…pandai-pandai pula ‘si fulan’ menukar ‘wallpaper’ dalam laptop peribadi saya. Pagi ini, saya cek ‘my Recent Documents’, saya dapati beberapa dokumen saya telah di buka oleh ‘si fulan’. Apa erti semua ini? Continue reading

Waheeda Pula Pakai Purdah

Foto dari web yang tertera pada gambar.

Dalam entry sebelum ini, saya paparkan khabar Sara Bokker, warga Amerika memeluk Islam serta memakai purdah dan Puan Rozita Jutawan Sendayu Tinggi juga memilih purdah, kali ini heboh lagi mengenai purdah apabila selebriti Waheeda pula mengenakan purdah. Sesiapa yang belum membacanya, search perkataan purdah di ruang carian,insya Allah, artikel berkenaan purdah akan dipaparkan.

Alhamdulillah, jika foto-foto di atas menggambarkan realiti si pemakai di luar sana. Saya sempat memerhati beberapa respon dalam beberapa blog mengenai hal ini. Seperti biasa dalam apa-apa isu, komen ada yang positif dan ada yang negatif. Komen-komen itu menggambarkan ilmu dan akhlak si penulisnya.

Ada juga komen-komen yang boleh menggoncangkan iman seperti mengatakan ia tiada kena mengena dengan agama. Pembaca perlu berhati-hati apabila mahu merespon sesuatu isu. Jika tidak tahu secara mendalam hal agama, lebih baik diam. Akidah boleh rosak bukan sahaja melalui perbuatan seperti menyembah patung, bahkan boleh gugur dengan kata-kata yang mempersendakan hukum agama. Continue reading

Hari-hari BerHIJRAH


Saya berazam untuk menjadi lebih baik pada tahun ini.

Sempena tahun baru, saya mahu berhenti merokok.

Dulu saya malas, saya harap sempena Ma’al Hijrah yang baru, saya bertambah rajin bekerja.

Saya mahu jadi ibu yang lebih sabar dan lemah lembut dengan anak-anak.

Setiap kali menyambut tahun baru, kedengaran ungkapan azam tahun baru, mahu berubah itu dan ini. Jika menyambut awal Muharram, perkataan HIJRAH begitu sinonim. Doa khusus juga dibaca di akhir dan awal tahun.

Bagus. Apabila ada hasrat mahu berubah, ia satu sifat terpuji berbanding mereka yang reda berada ditakuk lama. Sifat tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik adalah bertentangan dengan fitrah insan yang dinamik dan progresif. Continue reading

Perjalanan Akhir Seorang Hamba

(Entry ini di dedikasikan buat Kak Aizah Mustakim yang berada di Jordan.  Juga buat sahabat-sahabat yang ingin mengetahui.  Kak Aizah meminta saya bercerita detik-detik ketibaan jenazah Ustaz Arman di Kota Bharu dan perjalanan  akhirnya. )

13 Disember 2009

Petang Ahad, saya dan suami ke pejabat al-Quds Travel.  Kami bersetuju mengambil pakej ke Beijing yang ditawarkan al-Quds sempena ulangtahun syarikat ke 10.  Selepas berbual seketika dengan staf al-Quds, Ustaz Wan Zamri tiba.

Kami bertukar maklumat mengenai jadual penerbangan jenazah Ustaz Arman.   Ustaz Wan Zamri pantas meneliti  di skrin komputer mengenai penerbangan Amman- Kuala Lumpur pada keesokan hari.  Dia turut menghubungi Kedutaan Malaysia di Jordan.  Kami sangat menghargai kerjasama yang diberikan walaupun tanpa dipinta.  Sekurang-kurangnya kami mendapat maklumat yang lebih tepat. 

Antara ciri yang baik dalam bersahabat ialah yang memberi atau menawarkan pertolongan sebelum diminta oleh sahabatnya yang lain. Continue reading

Khabar yang celaru mengenai kematian

Ustaz Arman berdiri 3 dari kanan di barisan belakang. Foto dari http://www.msdjordan.jo

8 Disember 2009

Saya mendapat khabar kematian Ustaz Arman Md Rusoff pada 8 Disember 2009 melalui satu web. Dengan rasa terperanjat, saya memberitahu suami yang juga mengenali Ustaz. Mereka berasal dari kampung yang sama. Suami lantas meminta saya hubungi nombor handphone Ustaz yang tersimpan dalam handphone saya.

Nombor tersebut tidak dapat dihubungi untuk berbicara tetapi boleh sms. Seketika selepas menghantar sms meminta kepastian, sms berbalas jam 13.56 waktu Jordan. Sms berbunyi, “Masih dalam icu, x sdr“. Sms itu dibalas sahabat saya yang juga isteri kepada Ustaz Arman, Ustazah Suriani. Continue reading