Archive | Januari 2010

Sungai Dalam Laut… Subhanallah!

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.   

Saya menerima email mengenai sungai di bawah laut.  Mengkagumkan!  Subhanallah.  Demikian hebat ciptaan Allah, apakah belum tergerak di hati kita untuk mentaatiNya sepenuh hati? 

Penglihatan kurniaan Allah adalah untuk melihat bukti kebesaran dan kehebatan Ilahi.  Nikmat penglihatan sungguh besar buat kita semua.  Tujuan ia dicipta guna membawa hati kepada Allah.  Jika penglihatan diguna melihat perkara yang diharamkan Allah, maka pudarlah cahaya iman yang menjadi matlamat manusia diwujudkan.  Continue reading

Keluar angin melalui faraj (kentut vagina)

Dalam seminggu ini, saya perlu siapkan suntingan akhir untuk buku Fikah Perubatan.  Semalam, saya masuk studio penggambaran bersama ketua penulis, Dr Harmy dan rakan penulis, Dr Rosediani.  Buku ini nanti akan disertakan beberapa foto penting bagi menambah kefahaman pembaca. Insya Allah, PTS Millennia akan menerbitkan buku ini. Jika tiada aral, mungkin sempat diterbitkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Tolong doakan ya…

 

Sesi kedua penggambaran ialah pada 1 Februari 2010. Kami mengambil masa diwaktu pagi sahaja memandangkan Dr Harmy dan Dr Rosediani mempunyai tugasan lain pula di kampus USMKK. Terima kasih kepada pihak fotografi USM yang memberikan kerjasama yang baik. Juga kepada dua orang model, akhi Sapuan Yusof dan Ahmad Syakir. Bukan mudah menghasilkan sebuah buku akademik begini. Tambahan pula, setiap penulis mempunyai kekangan masanya sendiri.  Oh ya…ini hanya sebuah catatan ringkas mengenai perkembangan buku yang insya Allah akan memberi manfaat kepada ramai orang. Ada cerita… saya kisahkan lagi. Continue reading

Abang mahu nikah lagi

Tengahari tadi, abang saya telefon dari Johor.

Saya sudah dapat mengagak apa yang akan diberitahu.

“Nur, hari Khamis  ini, Abang akan nikah”.

“Kalau begitu, tidak mengapalah. Harap Abang dapat jaga kedua-duanya dengan baik selepas ini”, nasihat saya sebagai seorang adik (ha..ha..ha..). Selepas Abang yang akan berkahwin seorang lagi itu, saya ada dua orang lagi abang.

Mahu ucap tahniah…teringat pada kakak ipar. Macam mana perasaannya sekarang. Lagi dua hari, dia bakal berkongsi suami. Continue reading

Kredit CINTA: Mawar Tetap Berduri



Di Ambang CINTA Bersemi

Farah sama seperti mana-mana gadis di ambang pertemuan dengan suaminya, mahu tampil secara terbaik di hari pernikahan dan majlis walimah nanti. Farah bertanya Syam, pakaian apa yang mahu dipakai agar mereka boleh tampil sedondong. Farah teringin memakai sepasang songket atau mana-mana baju yang cantik-cantik disewa di kedai pengantin.

Apa pandangan Syam?

 “Tidak perlu rasanya. Membazir sahaja”.

Ada benarnya pendapat Syam. Farah sudah ‘survey’ dibeberapa kedai pakaian pengantin. Kos sewanya beratus juga. Sewa beratus untuk dipakai sehari sahaja memang membazir. Sedangkan membazir itu sahabat syaitan.

Bila disebut membazir, Farah berusaha melawan kehendak nafsu. Nafsu yang dituruti, seronoknya sekejap cuma. Selebihnya hanya perasaan menyesal yang menjadi teman. Lebih-lebih lagi, Farah mahu pertahankan prinsip untuk mendapat barakah dalam perjalanannya bertemu peneman cintanya sepanjang hayat, insya Allah.

Iya lah… siapa yang tidak teruja mahu berhias sebaik mungkin pada hari bergelar raja sehari. Fitrah wanita memang begitu; suka melawa dan suka benda yang cantik-cantik. Continue reading

Adakah Kaki Wanita Aurat?

2010/01/10 at 6:44am

Assalamualaikum

Seperti yang Ummu Abbas ketahui Azie tinggal di Asia Barat dan di sini mazhab dan amalan yg diamalkan amat berbeza dgn kita di Malaysia.  Azie tak berapa pasti mazhab mana yg diikuti di sini…. kalau solat, terutama kaum wanitanya x menjaga aurat seperti kita..kaki tidak ditutup elok, memakai pewarna kuku yg boleh menghalang air dan bermcm2 lagi perkara yg bertentangan dgn amalan kita.  Betul ke ada mazhab yg membenarkan perkara2 seperti itu ?

Azie

**************************************

Wa’alaikum salam warahmatullah Azie,

Persoalan Azie sebelum ini adalah pelbagai topik.   Kak Nur jawab satu persatu supaya tajuknya boleh diasingkan.

Untuk lebih memahami, saya kemukakan contoh perbahasan fuqaha’ mengenai aurat wanita semasa solat.

Aurat wanita semasa solat ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.  Hal ini disepakati fuqaha’ berdasarkan dalil-dalil berikut;

Allah berkata,

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. 

An-Nur 24:31 Continue reading