Masalah Kerap Kencing dan Cara Menunaikan Solat

2010/01/06 at 3:31am

Salam buat Kak Nur.  Semoga dilindungi Allah sentiasa.

Kebelakangan ini saya sering mengidapi penyakit suka kencing terutama selepas saya mandi atau selepas berwuduk. Permasalahan ini terlalu mengganggu hidup saya terutama ketika saya sedang bersolat. Kadang-kadang kencing ini keluar secara sendiri tanpa ada rasa nak membuangnya. Kadang-kadang saya jadi bosan dibuatnya. Apakah ini dugaan dari Allah S.W.T Apa yang harus saya buat. Bantulah saya Kak Nur kerana saya ingin sekali menjadi muslimah sejati.

Lagi satu sahkah sembahyang saya kerana apabila saya bangun dari sujud ada semacam angin yang keluar dari faraj. Ianya terjadi mungkin disebabkan anggota faraj terbuka ketika saya melakukan sujud. Ianya bukan datang dari perut seperti kentut. Saya merasa was-was dengan perkara ini. Saya harap K.Nur dapat membantu saya menyelesaikan masalah2 saya ni.

Faridah
******************

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada Faridah kerana bertanya. Mungkin ramai lagi yang akan mendapat manfaat daripada persoalan ini.

Terima kasih juga kerana menulis dengan ejaan yang lebih sedap dibaca walaupun masih ada bahasa pasar yang digunakan.  Harapnya semua pembaca yang ingin bertanya menggunakan Bahasa Melayu yang betul ejaan dan tatabahasanya.

Rasulullah s.a.w bersabda,

إِنَّ اللهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً . فَتَتَدَاوَوْا وَلاَتَتَدَاوَوْا بِمُحَرَّمٍ .

Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan bagi setiap penyakit ada ubatnya. Maka berubatlah kalian dan janganlah berubat dengan yang haram.

Direkodkan oleh Abu Dawud.

 

Berdasarkan hadis di atas, setiap insan digalakkan berubat jika kita mengidap satu-satu penyakit. Menurut pengetahuan Kak Nur, situasi yang Faridah alami merupakan sebahagian daripada penyakit yang harus diubati. Kemungkinan Faridah telah terkena jangkitan kuman di saluran kencing. Seeloknya Faridah berjumpa doktor untuk mendapat rawatan lanjut.

 

Berhubung cara menunaikan ibadah, dalam keadaan penyakit kerap kencing tersebut belum pulih, maka hendaklah menunaikan solat dengan mengambil hukum istihadah.

Caranya ialah bersihkan kemaluan dari najis dan pakai tuala wanita atau tampon untuk menahan lelehan air kencing yang akan keluar secara sendiri. Ambil wuduk dan terus tunaikan solat tanpa bertangguh. Jika air kencing keluar semasa sedang menunaikan solat, maka ia dimaafkan sama seperti wanita istihadah yang darahnya sentiasa keluar.

Urusan membersihkan diri dan mengambil wuduk hendaklah dilakukan setelah masuk waktu solat. Jika dilakukan sebelum masuk waktu solat, kemudian air kencing keluar sebelum mengangkat takbiratul ihram, maka wuduk dianggap batal. Perbuatan tersebut perlu diulangi semula. Tuala wanita atau tampon perlu ditukar kerana telah terkena najis.

Mengenai situasi kedua yakni angin yang keluar dari faraj, secara normal gadis yang belum pernah melahirkan tidak mengalami situasi ini. Jika was-was, maka tinggalkan perkara was-was dan berpegang kepada perkara yang diyakini sahaja. Was-was adalah penyakit hasutan iblis. Justeru itulah kita dianjurkan membaca Surah al-Nas untuk mengelakkan diri tertimpa penyakit was-was.

Kaedah fikah menyatakan,

اَلْيَقِيْنُ لاَ يُزَالُ بِالشَّكِّ

Keyakinan tidak dapat dihilangkan oleh syak wasangka.

 

Maksud dari kaedah ini: Sesuatu perkara yang telah diyakini tidak dapat dihilangkan dengan perkara baru datang yang diragui atau was-was. Namun perkara itu boleh dihilangkan sekiranya seseorang itu yakin dengan berlakunya perkara kedua. Kaedah ini banyak digunakan dalam permasalahan ibadah.

Aplikasi kepada kaedah ini ialah dalam kes yang dirujuk, keadaan Faridah semasa hendak solat ialah diyakini ada wuduk. Dipertengahan solat, Faridah was-was keluarnya angin. Jadi perkara yang diragui itu yakni keluar angin yang membatalkan solat harus diabaikan. Faridah perlu berpegang kepada keadaan asal yang diyakini yakni mempunyai wuduk semasa hendak memulakan solat.

Contoh lain aplikasi kepada kaedah ini ialah; Adam telah mengambil wuduk dengan sempurna. Kemudian Adam sibuk dengan urusan kerjanya. Tiba waktu solat, Adam ingin menunaikan solat tetapi Adam terlupa sama ada dia masih berwuduk atau tidak. Dalam situasi begini, Adam harus berpegang kepada keadaan asalnya yang telah berwuduk. Adam boleh menunaikan solat tanpa berwuduk semula. Jika Adam mahu berwuduk semula, ia menjadi sunat sahaja. Kemungkinan Adam terbatal wuduknya akibat keluar angin dianggap sebagai perkara yang diragui yang tidak dapat menghilangkan keadaan asalnya yang diyakini iaitu telah berwuduk.

Wanita yang pernah melahirkan jika mengalami masalah keluar angin dari faraj, maka wuduknya dianggap batal. Solat juga terbatal dan perlu diulangi.

Wallahua’lam.

Ummu Abbas
1 Safar 1431H
9.00pm

About these ads

6 thoughts on “Masalah Kerap Kencing dan Cara Menunaikan Solat

  1. Assalamualaikum..
    saya belum berkahwin..maka tidak mengandung.
    saya telah mengalami masalah ini sejak setahun lalu, dan ianya amat menggangu.
    saya telah banyak menangis kerana tidak dapat solat seperti orang lain..
    hampir setiap kali waktu solat saya menghabiskan hampir 1 jam untuk untuk mengulang-ulang wuduk dan solat saya.
    saya amat takut sekiranya solat saya tidak sah.
    tapi sudah tentu saya kurang khusyuk kerana sentiasa mahu memastikan saya masih berwuduk.
    ada banyak pendapat tentang hal ini..saya tidak tahu yang mana pendapat yang kuat dan perlu saya berpegang.
    akak tolonglah saya..saya sudah terlalu penat. (T___T)

    Waalaikum salam wbh Mawar,

    Boleh Mawar sebutkan masalah mawar secara terperinci? Akak kurang faham. Harap dapat membantu Mawar.


  2. Sama la juga ngan saya….Ada angin keluar kat kemaluan…tapi belum pernah berkahwin/melahirkan. Jadi ….bila situasi begitu, saya teruskan solat …Sebab bagi saya bila kita duduk kemudian bangun, atau berdiri pun boleh juga keluar angin di situ..Yang pelik, time solat selalu jek..Kalau dah selesai, x de pula…..Kalau saya, jadi saya teruskan solat….Nak pikir sgt pun susah..Allah kan Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang…kalau yakin teruskan, x yakin abaikan. Yg baik dari Allah…Yang x baik/x betul dr diri saya sendiri…Astagrafirullahalazim…

    Saya delete sebahagian komen saudari. Harapnya lain kali, jika mahu komen atau ulas, tidak perlu kaitkan dengan masalah orang lain dengan menyebut nama secara khusus. Ia boleh jadi betul atau salah. Jika betul dan tuan punya diri tidak reda, ia jadi mengumpat. Jika salah, ia jadi fitnah.
    Sebut sahaja masalah dan pengalaman sendiri atau jika mahu jadikan orang lain sebagai contoh, sebut sahaja secara umum. Kalau perkara baik, tidak mengapalah.


  3. salam akak… akak saya nak tanye ni… saya mengalami keluar angin yang amat kerap selepas ambil wuduk n ketika sembahyang… setiap tidak tahu hendak buat apa sekarang ni..adakah solat saya tu sah ke tak.. tolong akak jelaskan…

    Wsalam.

    Pakai hukum istihadah untuk kes sebegini. Ambil wuduk setiap kali hendak solat fardu dan terus solat tanpa bertangguh. Angin yang masih keluar antara tempoh mengambil wuduk dan semasa solat dimaafkan sekiranya ia benar-benar menjadi penyakit- sama seperti wanita istihadah yang sering keluar darahnya. Solat itu sah.

    Namun wajib berubat untuk mengatasi masalah ini agar kesihatan pulih seperti sedia kala.

  4. Assalamualaikum Akak…sy ada kemusykilan ingin bertanya pada akak..saya selepas membersihkan diri(mandi)sy selalu mengambil wuduk …pernah akak sy ternampak sy mengambil wuduk dlm keadaan berkemban dgn tuala …akak sy mengatakan wuduk sy tidak sah,kerana tidak menjg adat berwuduk…sedangkn sy berwuduk di bilik mandi.dn dlm keadaan pntu bertutup…jadi apakah hukum sebenarnya…terima kasih.

  5. Assalamualaikum Dr saya ada baca soal jawab Ustaz tapi masih ada kemusykilan bagi kes saya.harap Dr dapat mwnjawab kerana saya amat sukar utk beribadat seperti orang lain.. Saya ingin beribadat yang terbaik..
    3 tahun lepas saya ada was2 rasa kencing kluar sendiri tapi saya lawan dan sembuh.. 3 bulan ini penyakit ini datang dan saya pergi ke klinik indian dan dia menyatakan saya kwncing kotor.. Saya telah makan ubat seperti ditetapkan tapi masalah kencing keluar sendiiri masih sama.situasi saya adalah terasa kwncing keluar sendiri tapi saya bertanyakan kawan2 yang pernah kencing kotor mereka menyatakan hanya terasa kerap nak kencing dan tidak puas dan tiada pula merasa kencing keluar sendri..say buntu sekarag kerana saya idak tahu kencing keluar sendiri ini mainan syaitan atau penyakit kencing kotor ini memandangkan saya dan keluarga mempunyai sejarah was2 yang teruk. Saya buntu..

    Wa’alaikum salam warahmatullaj Madihah.

    Insya Allah, saya akan bertanya suami atau sahabat yang datang dari bidang perubatan. Saya sendiri dari bidang fiqh dan usul :)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s