Archive | Februari 2010

Jom Tengok Filem Bersama Tok Guru!

Artis dan Kerajaan Islam

 

 

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَـذَا الْقُرْآنَ وَإِن كُنتَ مِن قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ

 
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, sedangkan situasi engkau sebelum datangnya wahyu itu, terdiri  dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.

 Surah Yusuf; 3

 

*********************************************

Suatu hari, sekumpulan kanak-kanak dalam panggung wayang di Kota Bharu bersorak riuh melihat adegan kejar mengejar antara kereta.  Cerita itu cerita Hindustan.  Sambil menonton, kanak-kanak yang ramai itu diberikan sebungkus makanan setiap orang.  Bungkusan mengandungi kuih muih dan minuman.  Continue reading

‘Halal Peking Duck’ yang Haram

Meneliti Program

Selepas mendaftar dengan Al-Quds Travel, kami berbincang semula mengenai tentatif program kami di sana. Ia agak mengambil masa kerana Al-Quds perlu menunggu maklumbalas dari agensi pelancongan di Beijing (Halal Tour- http://www.halaltours-cn.com/).

Saya meninjau program biasa dalam pakej muslim ke Beijing. Dalam banyak-banyak acara yang biasa diisi, satu acara yang saya kurang senangi ialah Pertunjukan Akrobatik.

“Bang, biasanya peserta akrobatik ada yang wanita dan pakaian mereka juga seksi. Kalau setakat Nur dan anak-anak sahaja yang tengok, tidak mengapalah. Abang tu macam mana?”

Maksud anak-anak adalah yang belum baligh.

“Pesertanya kanak-kanak sahaja. Cuba tanya Ummi yang pernah ke Beijing.”

“Nur sudah tengok dalam web mengenai Acrobatic Show. Memang ada peserta wanita dewasa.”

“Cubalah tanya Ummi dulu. Ustaz juga ada bersama, bukan?”

Ustaz ialah suami Ummi tidak mungkin melihat perkara yang diharamkan. Itulah yang kami percaya. Turut bersama Ummi dulu ialah Dr. Harun Din. Continue reading

Memilih Teman Bermusafir

Siapa teman musafir anda?

 

Niat mahu mendekatkan diri kepada Allah dan melihat kebesaran ciptaanNya merupakan salah satu perkara menjadikan musafir kita sebagai ibadah. Di dalam Islam, terdapat tajuk khusus mengenai permusafiran dan adab-adabnya.

Antara faktor utama saya berhasrat melawat Beijing ialah mahu melihat kesan sejarah Islam dan melihat sendiri kehidupan saudara seaqidah di sana. Bermusafir juga mencabar diri sendiri untuk berakhlak lebih baik kerana lazimnya perjalanan jauh sentiasa terdapat perkara-perkara yang menyusahkan.

Setelah genap bilangan anggota yang diperlukan. Saya bertanya khabar suami siapa sebenarnya yang menyertai rombongan ini. Continue reading

Tip Jimat Kos Lawatan Ke Beijing

Antara kedai bundle di Kelantan.

 

Pra Lawatan Ke Beijing 2010  

Persiapan pakaian musim dingin anak-anak disediakan sekadarnya. Semasa ke Cameron Highland pada 24 Disember 2009, terjumpa gerai (pasar malam) menjual pakaian musim dingin. Jadi saya terus beli untuk anak-anak yang belum memilikinya. Sebahagiannya, masih ada pakaian musim sejuk semasa tinggal di Sydney yang boleh dipakai. Pakaian yang dijual agak murah harganya. Sehelai ‘winter coat’ kanak-kanak lebih kurang RM40. Jika dibeli di supermarket, harganya tidak kurang RM100 kecuali bila ada jualan murah. Bila dicek, rupa-rupanya ‘Made in China’. Patutlah…  

Jika mahu lebih jimat, beli sahaja di kedai bundle.  Kami beli di kedai bundle semasa mahu ke Sydney, Mei 2007.  

Pengalaman tinggal di Jordan,negara 4 musim banyak membantu saya menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak-anak. Alhamdulillah. Continue reading

Forum Poligami Bersama Salih Yaakob

Tujuan forum ini diadakan ialah untuk memberi kefahaman sebenar mengenai syariat poligami di dalam Islam.  Ia sekali-kali tidak bermaksud menggalakkan poligami itu sendiri.  Kembalikan poligami kepada status asalnya yakni harus dan hukumnya berubah menurut kemampuan individu zahir dan batin.  Ia boleh menjadi wajib, sunat, harus, makruh dan haram.  Lelaki dan wanita yang mampu datang dijemput hadir beramai-ramai untuk mendengar forum ini.   Moga terdapat sedikit anjakan paradigma dalam melaksanakan poligami di kalangan masyarakat yakni dengan ilmu, iman dan amal.

 

Tajuk forum ditulis dalam dialek Kelantan maksudnya, ” POLIGAMI:  MADU ATAU HEMPEDU?”

Beijing: Disambut Salju di Tianjin Binhai

Assalamu’alaikum wbh kepada semua pembaca… Ni hao ma… ?  

Setelah selamat tiba di Kota Bharu, dua hari demam sikit-sikit membuatkan badan tidak ligat mengurusi kerja-kerja rumah.  Pakaian musim sejuk bercampur pakaian biasa perlu dibasuh hingga 6 basuhan menggunakan mesin pencuci 9.5 kg.  Berbaki 1 basuhan lagi.  

Alhamdulillah, hari ini, internet bernafas semula setelah modem baru diambil.  Namun handphone yang  mati semasa dalam perjalanan pulang dari Beijing-Tianjin belum dapat digunakan (‘innalillahi wainna ilayhi raaji’uun).  

Rumah yang ditinggalkan selama seminggu perlu dibersihkan dan dimop di keseluruhan ruang.  Hari ini baru selesai Fasa 1 yakni di tingkat bawah.   Ada dua fasa lagi yakni di tingkat atas dan di halaman rumah.   Badan masih kepenatan… namun saya harapkan pengampunan dari Allah atas usaha menunaikan tanggungjawab.   

Belum bersedia menulis lanjut perjalanan ke Beijing namun saya sertakan beberapa keping foto untuk tatapan pengunjung.   Moga terhibur melihatnya… 

Kedatangan kami disambut hamparan putih salju di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin Binhai

Di luar TBIA (Tianjin Binhai International Airport).

 Waktu di Tianjin-Beijing sama seperti di Malaysia.  Oleh kerana di sana musim dingin, siangnya lebih pendek.  

Kami mengetahui di sana masih musim dingin namun tidak menyangka masih ada salji.   Rezeki beberapa orang anggota rombongan kami yang belum pernah melihat salji. 

Suami sempat bergurau dengan seorang anggota, ” Ha Mat… Allah perkenankan doa Mat la ni… masih ada salji… puas hati Mat boleh tengok…”

Saya tumpang gembira bila hasrat sebahagian anggota rombongan tercapai.

Sebelum mengundur diri, sukacita dimaklumkan bahawa foto-foto di sini adalah milik peribadi dan penulis tidak mengizinkan ia di salin dengan apa jua cara sekali pun.

 

 

Sekian, harap maklum.

 

 

 

 

Ummu Abbas

3 Rabi’ul Awwal 1431H

11.40pm.