Tiba masanya Perdana Menteri Malaysia mengambil teman seaqidah sebagai contoh dalam membangunkan negara. Jika Brunei yang jauh lebih kecil tahu untuk takut kepada Allah, kenapa tidak Malaysia yang mana kebanyakan pemimpinnya beragama Islam? Menteri yang jaga agama Islam di Malaysia lebih takut kepada siapa? Continue reading
Archive | Mac 2010
Jom Heboh di Kota Bharu Cipta Sejarah!
Jom Heboh di Kota Bharu Amat Meriah!
Sekian lama si glamour ‘Jom Heboh’ (Dulu ‘Sure Heboh’) tidak dapat memasuki Kelantan, tahun ini julung-julung kalinya karnival anjuran TV3 mendapat lesen oleh Kerajaan Islam Kelantan. Sebenarnya bukan susah sangat bekerjasama dengan Kerajaan Islam Kelantan jika masing-masing mahu taat dan patuh kepada perintah dan meninggalkan larangan Allah Yang Satu. Lagi pula pihak pengurusan TV3 sama aqidah dengan majoriti warga Serambi Mekah.
Jika mereka mahu mencari cara lain yang tidak diredai Allah, itulah yang menimbulkan konflik berpanjangan. Para penguasa di Negeri Cik Siti Wan Kembang hanya melaksanakan amanah sebagai Khalifah Allah di muka bumi. Bila disebut Khalifah, maka mereka dan kita hanyalah wakil Allah di muka bumi. Khalifah juga umpama duta bagi sesebuah negara di negara yang lain. Apabila di sebut duta, maka duta bertanggungjawab membawa aspirasi dan mempertahankan prinsip negara yang diwakilinya. Apa akan jadi jika duta Amerika di Malaysia contohnya tetapi membawa aspirasi dan prinsip negara Iran? Pernahkah berlaku begitu? Continue reading
Aurat Muslimah di Hadapan Wanita Bukan Islam
K.nur ana ade satu persoalan yang agak menimbulkan sedikit confuse dan ana nak mintak pendapat dari k.nur.
Soklan yg pertama yg berkaitan dengan aurat antara muslimah dengan perempuan non muslim, seperti mana yg kita maklum aurat muslimah dengan perempuan non malay sama dengan aurat antara muslimah dengan lelaki ajnabi/ bukan mahram. Tapi ana nak mintak penjelasan dan pendapat dari k.nur dalam konteks situasi semasa di asrama di tempat ana menuntut sekarang ini yg mane bil student non malay sama byk dengan malay sekarang ini. Di asrama ana tinggal satu aras dengan non malay dan Alhamdulillah tidak sebilik dengan mereka. Dan ana mmg la selalu terserempak dengan mereka apabila keluar bilik dan especially time ke toilet dan kat bilik mandi.
Ana mohon penjelasan dari k.nur.syukran
Mawar Larangan Continue reading
Adakah Allah tidak mampu menghalang perkara yg dibenciNya daripada berlaku?
Assalamualaikum Ummu,
Saya tertarik dengan perkata ummu” perkara yang dibenci Allah”. Jadi saya tanya sikit.
1. Bagaimanakah perkara-perkara itu boleh berlaku atau terjadi dlm alam ini sedangkan Allah benci kepada perkara tersebut. Adakah Allah tidak mampu menghalang perkara yg dibenciNya daripada berlaku?
Harap Ummu dapat memberi penjelasan kerana saya dalam kekeliruan.
Abdul Karim
##################
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
Ayat 1 dan 2 surah al-Mulk 67 menjelaskan,
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
[1]
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
Continue reading
Hak Wanita yang Berzina
Ramai kawan-kawan saya masih nak tahu jika ada jawapan untuk persoalan saya ni kerana ia tidak dibincangkan selama ini :
1) Adakah mana-mana rujukan untuk seorang wanita itu menuntut lelaki yang berzina dengannya mengahwininya?
2) Lelaki yang sudah banyak menabur kata janji yang membuat wanita-wanita ini terpedaya terlalu ramai yang lepas lari terutama yang sudah berkahwin dan rasa tidak ada keperluan menambah tanggungajwab yang sedia ada.
Bagaimana kita nak membela nasib-nasib wanita yang begini? Selain berdoa untuk Tuhan memberi petunjuk, wanita-wanita ini mahu tahu jika ada rujukan untuk mereka bertitik tolak dalam doa mereka untuk bertaubat dan meminta lelaki itu sama-sama melakukannya sebagai sepasang suami isteri yang sah. Continue reading
![image001[1]](http://keranacinta.files.wordpress.com/2010/03/image0011.jpg?w=714)


