Hak Wanita yang Berzina

 

Ramai kawan-kawan saya masih nak tahu jika ada jawapan untuk persoalan saya ni kerana ia tidak dibincangkan selama ini :

1)   Adakah mana-mana rujukan untuk seorang wanita itu menuntut lelaki yang berzina dengannya mengahwininya?

2)   Lelaki yang sudah banyak menabur kata janji yang membuat wanita-wanita ini terpedaya terlalu ramai yang lepas lari terutama yang sudah berkahwin dan rasa tidak ada keperluan menambah tanggungajwab yang sedia ada.

Bagaimana kita nak membela nasib-nasib wanita yang begini? Selain berdoa untuk Tuhan memberi petunjuk, wanita-wanita ini mahu tahu jika ada rujukan untuk mereka bertitik tolak dalam doa mereka untuk bertaubat dan meminta lelaki itu sama-sama melakukannya sebagai sepasang suami isteri yang sah.

  

  

Mawar. 

 

*****************

 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

 

الزَّانِي لَا يَنكِحُ إلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak menikahi melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik.  Manakala  perempuan yang  berzina itu pula (lazimnya) tidak dinikahi kecuali oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.   Pernikahan yang demikian itu dilarang kepada orang-orang yang beriman.

 

Al-Nur 24: 3

***************

Islam mengiktiraf pernikahan dan meletakkan hak dan tanggungjawab antara pasangan lelaki dan wanita yang berkahwin.  Jika bertunang sekalipun, ia masih belum mengikat sebarang tanggungjawab dan hak sebagai suami isteri.   Jadi belum ada rukhsah untuk keluar berdua-duaan dengan tunang sahaja. 

Hak dan tanggungjawab dibebankan kepada suami isteri yang merangkumi nafkah lahir, nafkah batin dan didikan agama.   Mana-mana agama mengiktiraf pernikahan dan mengharamkan perbuatan zina.

Justeru itu perlu difahami bahawa selain ikatan pernikahan, TIADA TANGGUNGJAWAB DAN HAK  yang boleh dituntut antara lelaki dan wanita yang berzina.  Mereka adalah dua orang asing, dan perzinaan mereka hanya membawa tanggung jawab untuk bertaubat dengan taubat nasuha. 

Ia juga bermaksud bahawa wanita yang berzina tidak mempunyai hak istimewa untuk dipaksa ke atas lelaki yang menzinainya.   Begitu juga lelaki tersebut  TIDAK MEMPUNYAI hak istimewa ke atas wanita yang dizinainya.   

Ibn Taymiah menyatakan pendapatnya dalam Kitab Majmu’ al-Fatawa bahawa perempuan berzina HARAM bernikah kecuali selepas bertaubat.  Sama ada dengan lelaki yang berzina dengannya atau lelaki lain.  Inilah pandangan yang betul tanpa ragu-ragu lagi memandangkan ia pendapat majoriti fuqaha’ salaf (dahulu) dan fuqaha’ kontemporari. 

Pandangan ini juga merupakan tafsiran kepada ayat 3 surah Al_Nur  yang dinyatakan di atas.  

Kedua-dua pasangan berzina bukan sahaja tidak punyai hak antara sama lain, malah jika keduanya ingin bernikah, keduanya wajib bertaubat.  Kemudian menunggu si wanita suci dari haidnya telebih dahulu.  Jika wanita itu hamil, maka hendaklah menunggu selepas melahirkan.

Berdasarkan huraian di atas, jawapan ringkas yang dapat diberikan kepada persoalan ialah;

1.   Tiada rujukan yang membolehkan wanita menuntut lelaki yang berzina dengannya agar menikahinya.

2.   Lelaki itu menanggung sendiri dosa-dosanya menabur janji palsu dan merosakkan anak-anak gadis.  Jika lelaki itu pernah berkahwin, hukuman yang layak baginya ialah direjam dengan batu sampai mati.  Bukannya mengahwini gadis yang pernah dinodainya.  Jika pasangannya wanita yang pernah berkahwin atau isteri orang, maka kedua-dua wajar direjam sampai mati.  Perzinaan adalah perbuatan kehaiwanan yang sangat tercela.   Ia menceroboh peribadi, institusi kekeluargaan dan merosakkan keturunan. 

Dalam hal ini, sekiranya wanita itu memelihara maruah dirinya sebagaimana tuntutan syariat, PASTI mereka akan selamat dari tipu daya lelaki yang tidak baik.  

Wanita yang baik akan menundukkan pandangannya dari bertentang mata dengan lelaki ajnabi tanpa keperluan.

Wanita yang baik tentu tidak akan melayan lelaki ajnabi tanpa ada keperluan syarak.

Wanita yang baik tentu tidak akan mendedahkan auratnya kepada lelaki ajnabi.

Wanita yang baik tentu akan sentiasa meminta pandangan walinya seperti bapa, abang  serta taat kepada mereka selagimana mereka tidak menyuruh berbuat  munkar.

Wanita yang baik tidak akan keluar berdua-duaan dengan lelaki ajnabi meskipun lelaki itu sudah menjadi tunangnya.

Wanita yang baik tidak akan menyerah mahkotanya yang paling berharga sebelum dinikahi oleh pasangannya walau apa janji yang diberikan.

Saya tertarik dengan pengalaman Wardina menolak ajakan kekasihnya melakukan maksiat. [Lihat di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0221&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_08.htm&arc=hive]   Benar, Wardina kehilangan teman lelakinya itu namun maruahnya selamat sehingga dia menemui jodoh dengan lelaki yang lebih baik.  Rentetan peristiwa ditinggalkan kekasih, Wardina menjadi sedih tetapi kesedihan itulah yang membawa dirinya mendekatkan diri kepada Allah.  Bukankah setiap takdir Allah akibat  mempertahankan nilai yang baik itu ada hikmahnya yang amat besar buat kita?

Lebih baik ditinggalkan kekasih kerana mempertahankan maruah dari ditinggalkan kekasih setelah madu dihisap rakus.

Setiap wanita hanya boleh disentuh oleh suaminya sendiri.

Jika wanita menjaga semua adab pergaulan yang sememangnya telah digariskan oleh Islam, maka wujudkah ruang untuk mereka berzina?

Jika dari awal wanita tidak melayan lelaki, adakah lelaki berpeluang memujuk rayu dan mengemukakan pelbagai janji palsu?

Pokok pangkalnya, wanita yang berzina harus memuhasabah dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum melihat kesalahan orang lain.

Jika benar-benar menyesal, hendaklah kembali kepada al-Quran dan Sunnah dan mengambilnya sebagai panduan hidup.  Sentiasa memohon keampunan dan rahmat Ilahi agar kita dikembalikan dalam keadaan Allah mengampunkan dosa dan memandang kita dengan reda.

3.  Wanita itu harus membela nasib mereka sendiri dengan;

a)       Menambah ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah.

b)      Bertaubat dengan taubat nasuha yang membawa maksud;  mengubah penampilan mereka agar benar-benar menutup aurat sebagaimana yang digariskan syariat, menjaga batas pergaulan dengan lelaki ajnabi, menjaga ibadah wajib seperti solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji.

c)      Tinggalkan kawan yang tidak baik seperti kawan yang bebas pergaulannya, tidak menutup aurat dan memilih kawan yang baik agar mereka tidak lagi kembali ke lembah maksiat seperti dulu.

Mengenai jodoh mereka, pasrahlah kepada Allah yang menentukan selepas kita bertaubat.  Hanya Allah yang Maha Tahu adakah kita benar-benar bertaubat dan adakah taubat itu diterimaNya.  Percayalah, jika kita benar-benar bertaubat dan bertaqwa kepada Allah, Allah pasti beri jalan keluar yang tidak disangka-sangka.

Usah terlalu berharap kepada pasangan yang menzinainya kerana belum tentu mereka  bertaubat dari dosa yang lalu.  Tanda taubat mereka ialah mereka akan mencari pasangan yang berzina dengannya  untuk dijadikan isteri.  Pohonlah kepada Allah dijodohkan dengan lelaki yang baik agar hidup lebih terpandu di masa akan datang.  Pasangan yang sesuai bagi wanita berzina yang sudah bertaubat adalah lelaki yang bertaubat juga.

 Wallahu’alam.

Ummu Abbas

12.48pm

24 Rabi’ul Awwal 1431H


32 thoughts on “Hak Wanita yang Berzina

  1. Assalamualaikum Ummu,

    Saya rasa kawan-kawan dan pembaca akan lega dan bersyukur membaca jawapan ini. Ada pembelaan Islam untuk wanita juga dalam semua perkara. Dalam banyak-banyak pembacaan saya, tidak lagi saya temui jawapan seperti ini untuk dikongsi dengan sahabat dan taulan yang memerlukan.

    Betapa dunia ini terlalu banyak cabaran dan akhirat juga yang kekal untuk semua sekian alam dan makhluk didalammya. Maha suci Allah, pentadbir seluruh alam.

    Ramai wanita-wanita yang bijak juga kecundang dengan lelaki yang menggunakan agama untuk menangguh dan menghalalkan perbuatan mereka. Kebanyakan wanita yang terpedaya ini lemah ilmu agamanya. Hanya Allah rujukan sebenar kita. Bersihkan hati dan Insyaallah kita akan temui kemanisan cinta sebenar Dengan-NYA.

    Bangkit kawan-kawan. Bangkit dari hati yang sungguh ingin bersuci dan cari cinta Pencipta kita yang abadi.

    Amin.

    Wa’alaikum salam wbh Mawar,

    Benar, burulah cinta dan harapkan rahmat Allah semata. Jika kita melakukan dosa sebesar mana pun selain syirik, Allah tetap akan mengampunkan selagi mana taubat itu taubat nasuha. Berbeza dengan kebanyakan manusia, mereka akan lari meninggalkan kita dan tidak mahu bertanggungjawab setelah membuat kerosakan. KECUALI mereka juga kembali kepada Allah dengan sebenar-benar kembali, mereka akan punya kekuatan untuk bertanggungjawab terhadap kesalahan mereka.


  2. 1.ESOK MAJLIS BERSAMA AD-DAIE – HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA : http://wp.me/piAx4-179

    2.Pandangan NU/Nahdlatul Ulama tentang Perayaan Maulid Nabi dan Kontroversi Ma’na Bid’ah : http://wp.me/piAx4-1de

    3.Mengapa Mempertikaikan Maulid? – Syeikh. Fuad Kamaluddin : http://wp.me/piAx4-1bf

    4.Sambutan Maulidurrasul.Hukum dan Perbahasan. : http://wp.me/piAx4-1aC

    5.Hukum Menyambut Maulidul Rasul -Ustaz Rashidi : http://wp.me/piAx4-ne

    6.Mengapa Menyambut Maulidur Rasul ? : http://wp.me/piAx4-1ap

    7.Mengapa sambut Maulid Nabi-Yayasan Sofa : http://wp.me/piAx4-1at

    8.Tanda Cinta Kepada Rasulullah : http://wp.me/piAx4-1an

    9.Maulid Nabi SAW : http://wp.me/piAx4-1a6

    10.Mengenai Maulid Nabawi : http://wp.me/piAx4-19X

    11.Memperingati Manusia Agung : http://wp.me/piAx4-19L

    12.Risalah sambut Maulidurrasul s.a.w : http://wp.me/piAx4-19J

    13.Mawlid – Fatwa Ibnu Taimiyyah : http://wp.me/piAx4-mq

    14.Mawlid – al-Qardhawi : http://wp.me/piAx4-mo

    15.Marhaban Ya HabibAllah : http://wp.me/piAx4-19r

  3. salam..

    lega baca artikel ini menyedarkan sya tak perlu berharap lagi pada lelaki yang pernah menabur janji dan hampir membawa sya ke ke lembah maksiat..moga taubat saya diterima dan mohon Allah berikan saya jodoh yang terbaik. Ameen

    Amin.. ya Rabbal ‘alamin.


  4. aku da berzina dengan gf aku,byk kali most of them aku yg nak…aku goda dia last dia layan jer. tp dia xpenah lak mintak bnda. aku yg bersalah. skg nie dia da nak tglkan aku sebab dia da xnak buat lagi da bnda2 mcm 2. aku penah jnji xkan ulangi tp aku ulangi gak benda 2…dia kecewa…dia tros hilang minat nak bersama dengan ku lagi da…skg dia da berubah. dan ade lelaki yang leh terima dia seadanya. tapi aku xboleh lepaskan dia sebab aku kasihankan lelaki 2. skg setelah dia nak tglkan aku aku mulai berubah. aku nak dia terima aku semula. aku da insaf. aku ingin menikah dengan dia. tapi dia xmahu lagi percaya kata2 aku. aku sedih sgt. aku btl2 sygkan dia. aku xsggop tgk dia bersama lelaki laen. dia kata da plan nak tunang dengan laki 2. aku jumpe lelaki 2 aku tnye btl ke niat dia 2…pas2 dia cakap dia blm keputusan lagi. dia baru nak berjumpa parents gf aku. aku boleh ikhlaskan hati jika dia cakap dia btl2 nak perempuan 2. tapi jawapan dia buat aku ragu2 dengan keikhlasan dia. aku takot laki 2 menyesal kemudian hari. aku ksihan kan dia. aku leh trime perempuan 2 sebagai ape pon. aku nak bertanggungjawab n same2 berubah demi mase depan kiteorg tapi dia da jauh dilamun cinta. sedangkan jwapan laki 2 pada aku xmemuaskan aku langsong. skg aku berusaha untuk memiliki hati dia semula. aku mahu bertanggungjawab atas kesilapan aku. aku akui semuanya slah aku. tapi dia langsong xberi peluang lagi. aku sedih sangat skg nie.

  5. semoga awk menjadi lelaki yg baik nas….bertanggungjawablah pd perempuan itu..semoga die dilindungi allah s.w.t……………….

  6. Sy tak tahu nak mula mcam mane tapi citer sy ni mcam pelik cket. Skrang ni sy tinggal dengan bf sy di KL. Dah nak masuk 4 thun hubungan sy dgn die. Sy mula tnggal 1 rumah dgnnye 3 thn lpas. Sy amat syg pdnya sperti seorg suami. Sy buat sehabis baik utk diri die sbb die jge sygkn sy. Msalah sy skrg ni, sy agk kerap jge mnjalinkn hubungan sperti suami isteri dgnnye. Hmpir 4-5 kali sy mngadakn hbungan tersebut dlm smnggu. Sbnarnye sy dibesarkn sebagai seorg anak yg taat pd kluarga & xlpe pd ape agama. Sy solat dan mengaji setiap mse. Pd awl thn sy couple dgn die,sy solat dan mengaji lpas tu die ajak sy pegi rumah die. Mula2 xde ape2 yg berlaku. Dah msuk dlm 4-5 bln hbungan kami, die mula mngambil ksempatan atas sy tpi sy relakn diri sy utk mngadakn hbungn tersebut. Ntah ape yg sy fkir pd saat itu. Selepas kjdian tersebut, sy rse diri sy adalah miliknye,dan die adalah jodoh sy, sebab tu sy tnggal satu rumah dgnnye sehingga skrg. Sy sedar ape yg sy buat tu salah & haram. Skrg ni,setiap kali sy mnjlinkn hbungan dgnnye,sy slalu ingt Allah s.w.t. dan juga ibu sy. Apakah mksudnye tu? Adakah die bkn jdoh sy @ Allah s.w.t mahu sy bertaubat? Hrap msalah sy xconfusekn smua pmbaca2…

    Ini cadangan-cadangan yang boleh dibuat agar tidak terus berada di lembah dosa. Ingat Allah dan ingat ibu itu satu petunjuk agar kembali ke jalan benar sebelum terlambat.

    1. Balik semula ke pangkuan keluarga- ibu dan ayah.
    2. Ajak lelaki itu nikah. Jika dia memang jodoh Nurin, dia tetap akan nikah dengan Nurin. Jika takdirnya bukan, penuhi kehidupan dengan amalan-amalan baik. Sesungguhnya amalan baik itu dapat menghapuskan keburukan.

    Wassalam.

  7. habis sape yg berhak mengahwini ppuan berzina tu??xkan org lain yg nk dipertanggungjwpkan??kalau mereka bertaubat da terang mereka boleh berkahwin dgn lelaki beriman..nmpk sgt ketidak adilan dlm kes ni..saya rasa ade sunnah n hadis yg belum diungkap tuk perjelaskan lbeh terperinci kt dlm ni..sepatutnya mereka ni harus dikwinkan n soal tentang taubat mereka harus lakukan sendiri..itu da tanggjwp mereka..itu tuk pengajaran bg mereka n tuk semua org yg melakukan zina..jd mereka yg baru nk berjinak2 dgn zina pasti akan takut tuk melakukan zina..

  8. Salam. Ustaz. saya confuse dgn statement yang dibuat oleh kawan saya.dia cakap seorang lelaki akan menanggung dosa perempuan yang dia telah pecahkan dara (bukan suami isteri) selama hayat perempuan itu di muka bumi. betul ke? boleh ustaz terangkan in detail x? kalau boleh tplong reply kt email saya ye.terima kasih.

  9. Wsalam.

    Saya perempuan. :)

    Setiap penzina menanggung dosa berzina itu sendiri. Dia tidak menanggung semua dosa pasangan zinanya. Oleh sebab itulah di dalam perundangan Islam, hukuman hudud dikenakan kepada penzina atas sebab jenayah zina sahaja. Tidak dihitung semua dosa pasangan yang lain jika ada seperti mencuri, merasuah dan sebagainya.

  10. kawan sy pernah terlanjur dan dia dah serik dan nk bertaubat masalahnya dia tak leh lupakan kekasihnya yang sama sama berzina denganya memandangkan itu lah keterlanjuran pertama yang pernah di lakukan bersama kekasihnya..dia berharap ada cara untuk memujuk kekasihnya untuk bertangungjawab seperti mana yg di janjikan oleh kekasihnya dulu..kwan sy sngt tertekan dan berhasrat untuk memberitahu keluarga kekasihnya walaupun dia tahu dia xda hak tapi dia rasa tiada jalan terbaik dari menikahi kekasihnya kerana sama sama dah terlanjur.

  11. Perlu ikhtiar dengan cara terbaik. Mungkin berterus terang dengan kedua ibubapa dahulu…kemudian biar pihak ibubapa yang berurusan dengan orang tua pasangan tersebut. Wallahu’alam.

  12. sy dah pernah terlanjur dengan teman lelaki sy mnyesal dengan perbuatan ni kami sama sama sebaya umur 25 sama sama belum berkahwin lagipon dia lelaki pertama sy..sy nak berkahwin dng nya dan sama sama bina keluarga yang allah redhai tp dia hnya mendiamkan diri..dia tak mampu dalam segi kewangan tapi sy x kesah asal dia tangungjawab kat sy.sy berasa derita sekarang macam mana kehidupan sy selepas ni slah ke sy terlalu inginkan dia boleh kah sy berdoa mintak allah jodohkan kami berdua nak bagi tahu mak ayah takut mereka kecewa teramat..sy tahu sy dah bersalah berdosa kepada keluarga tapi sy xnak lelaki lain..

  13. 1. Kalau dia sudah bertaubat, eloklah solat hajat, banyakkan istighfar dan sedekah supaya dipermudahkan segala urusan.

    2. Taubat itu penawar jiwa.

    3. Tidak perlu beritahu ibubapa. Keaiban wajib disembunyikan. Sebaliknya memohon terus kepada Allah swt dibuka jalan ke arah perkahwinan dengannya.

    4. Insyaa Allah, moga terbuka pintu hatinya untuk bernikah dgn saudari.

    5. Beritahu dia bahawa Allah menjamin rezki bg pasangan yg bernikah. Mula berusaha bersungguh-sungguh, akan ada rezkinya nanti.

    Wassalam.

  14. Ohhh. Jadi lelaki yang pecahkan ehem tu tak tanggung dosa perempuan tu la ye? Tapi ramai cakap sebaliknya. Pening dah ni

  15. Lelaki itu menanggung dosa diri sendiri yang sanggup berzina.

    Perempuan itu menanggung dosanya sendiri kerana membiarkan diri dizinai.

    Setiap individu menanggung dosanya sendiri.

    Apa lagi yang pening ye…??? :)

  16. Assalamualaikum Ummu,

    Saye nie seorg perempuan yg dh berzina dgn bf saye.. Kami dh lame bersame dkt 7 tahun.. Kami merancang utk berkahwin tetapi malang nya emak lelaki tersebut tidak mahu anaknya kahwin dgn saye. Mak die tidak tahu perbuatan kami. Disbb kan mak die tak bg, die tak nk kahwin dgn saye sbb tak nk derhaka dgn mak die. Apa perlu saye buat?

  17. benarkah lelaki yang pecahkan dara perempuan kena tangung dosa perempuan tu sampai akhir hayat macam mana plk kes di paksa bersama jika tak kekasih lari boleh di sabit zina atau rogol? jika nak buat laporan polis sebab teraniaya lepas kekasih tabur janji manis dan taknak bertangungjawab boleh tak?

  18. lelaki juga patut di persalahkan tidak adil kalau perempuan jer yg di persalahkan berani buat berani lah tangung..

  19. sekarang perempuan yang kena rogol pon terpaksa tutup mulut sebab stigma masyarakat ada sesetengah menunding jari pada mangsa mereka ckp mangsa tak reti jaga diri kalau buat report takut malu sbb aib kena simpan tambah plk perogol orang yg di kenali selalunya mangsa rogol oleh kekasih atau sumbang mahram sbb mangsa kononya mangsa melayan nak jgk.bukan nak sebelahkan perempuan tp adil kah macam tu ada percayalah semua mangsa rogol dan pernah berzina sbb kena aniaya mereka nie tak pernah terpikir pon nk rosak tapi takdir yang tentukan diorang di uji dengan dugaan cmnie lelaki zaman sekarang banyak yang suka ambil kesempatan atas kelemahan orang perempuan.

  20. Assalam…sy nak tnya…sy tengah brcinta dgn pompuan nie…tpi pompuan nie dh bgi taw yg dia prnah d setubuhi oleh bekas tman kekasihnya…dia mnta pelung supaya sy dpt trima dia seadanya..masalahnya skg adakah sy ptut trima dia…sedangkn sy blum prnah rosakkn anak dara org…adakah pompuan mcm tu yg layak utk sy…

  21. tak adil lah bagi perempuan kalau lelaki boleh dilepaskan dari tanggungjawabnya.
    kalau perempuan tu hamil lelaki x dipertanggungjawabkan sebab tak ada undang2 yg membela hak perempuan tu.
    so cuma perempuan tu je yang terpaksa hadap segala kesusahan..
    mana keadilan dalam islam kalau mcm ni caranya?

  22. Lelaki bertanggungjawab atas perbuatannya melakukan dosa zina. Dia tanggung sendiri dosanya berzina dan kesannya yang mungkin terdiri dari penyakit kelamin, menghamilkan wanita lain tanpa nikah dan sebagainya.

    Begitu juga pihak perempuan yang berzina, dia tanggung sendiri dosanya berzina dan akibat dari perbuatan zinanya seperti mengandung namun dia tidak boleh meminta lelaki bertanggungjawab atas kehamilan luar nikah tersebut kerana ia tidak sah taraf di sisi Islam. Sepatutnya setiap wanita memelihara maruahnya dari awal menurut panduan syarak jika tidak sanggup menanggung risiko, apatah lagi menyalahkan orang lain. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kalau sekadar lelaki yang ajak, pihak perempuan tidak memberi respon, zina tidak akan berlaku.

    Segala kesusahan ditanggung oleh kedua pihak menurut kadarnya masing-masing. Allah swt Maha Adil. Berapa ramai orang berzina, kehidupannya tidak tenteram kerana diburu dosa serta rezki yang tidak diberkati. Yang penting ialah taubat nasuha, itulah jalan keluar terbaik.

    Wassalam.

  23. Wa’alaikumusslam warahmatullah. Sebaiknya mencari pasangan yang suci juga demi kelangsungan rumahtangga yang berpanjangan. Sesuai dengan tuntutan fitrah kita sebagaimana dinyatakan ayat 26 Surah al Nur.

  24. Kalau benar dirogol, tidak perlu takut pada pandangan manusia untuk membuat dakwaan. Berani kerana benar. Mangsa rogol tidak menanggung dosa berzina tersebut.

  25. Setiap lelaki dan wanita yang berzina menanggung dosanya sendiri. Setiap yang berzina kemudian bertaubat nasuha, in syaa Allah, Allah itu Maha Penerima Taubat asalkan betul caranya.

    Lelaki tidak menanggung dosa wanita yang dinodai.

    Jika dipaksa dengan ugutan kekasih lari, biarkan kekasih lari, asalkan Allah swt ‘tidak lari’ dari kita. Itu yang utama. Ugutan lari itu hanya pemanis mulut untuk menodai wanita secara haram. Bagaimana wanita itu boleh yakin dia tidak bersalah, sedangkan sejak awal lagi Islam sudah memberi panduan jelas tentang tatacara pergaulan dengan lelaki ajnabi dan juga etika berpakaian yang semuanya bertujuan memelihara maruah wanita tersebut.

    Adakah dia yakin tidak bersalah sebelum melaporkan kepada polis, sedangkan dia memilih jalan yang tidak diredai Allah apabila keluar berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahram?

  26. maaf ustazah andai saya tersilap..tapi bagaimana mungkin orang yang menutup aurat juga ada yang terlanjur dan mengandung di luar nikah sedangkan menutup aurat dengan sempurna bagaimana mungkin seorang gadis yang menjaga batas pergaulanya tapi di rogol tanpa rela..bagaimana nasib anak muda yang hanya umur belasan tahun tapi sudah rosak kerana berkawan dengan mat rempit yang kebanyakkanya penagih adakah segalanya salah wanita adakah wanita sering di persalahkan..ya taubat nasuha…sesunguhnya air mata tidak pernah kering memohon ampun kerana pernah terlanjur tapi adakah dara yang di ragut akan kembali semula…tidak mungkin kan..jadi berhentilah menunding jari seolah wanitalah punca segala..lelaki juga bersalah adakah wanita sahaja yg perlu menjaga aurat dan batas pergaulan tetapi lelaki tidak..adakah lelaki harus di bebaskan jika sudah menghamili gadis atas dasar tiada hak yang mampu wanita itu tuntut adakah islam mengalakkan lelaki menganiaya wanita yang sememangnya lemah dan mudah goyah dengan pujuk rayu..adakah lelaki tidak perlu menjaga diri mereka adakah lelaki seenaknya mengajak wanita berzina malah di pujuk di rayu di belai..atas dasar sikap wanita yang sememangnya lembut dan lemah bukankah lelaki sepatunya menjaga wanita…bukan salah wanita semata tapi zina salah keduanya..memerlukan lelaki dan wanita yang sama sama tengelam oleh nafsu kerana itu hukum hudud bagi penzina bujang di sebat kedua duanya 100kali bkn wanita sahaja yang di sebat…memang bernas pandangan ustazah tapi jangan biarkan lelaki durjana mengunakan tiket tiada hak ini sebagai alasan untuk menodai gadis cegah sebelum terlambat anak lelaki juga harus di ajar dan di didik dari awal untuk menghormati wanita dan wanita juga harus bijak menilai lelaki pendek kata tidak perlu bercinta sebelum nikah bayangkan saja bergitu ramai gadis yang hilang dara akibat terpedaya dng teman lelaki mula2 takut lama lama seronok atas alasan tiada berasa tangungjawab bersalah dan berdosa si lelaki angkat kaki..mengharap isteri kelak wanita yang masih suci terlupa diri pernah menodai gadis yang kononya cinta sepenuh hati kepada si lelaki…si lelaki buat tak tahu bernikah gadis suci keaiban diri ditutup rapi alasan sudah taubat..si gadis hilang dara hidup dalam keadaan trauma jika mengandung lgi teruk hampir setengah gila teman lelaki cabut lari akhirnya bayi di buang merata..wanita lah yang jahat wanita yang tidak menjaga maruah bagaimana lelaki itu? hidup bahagia tanpa rasa bersalah dng isteri baru yang solehah…adakah gadis yang rosak itu akan lupa tidak hingga mati pon tidak akan lupa

  27. Aisya, cuba baca semula dengan teliti pada entry dan juga jawapan-jawapan di bawah. Betul dah tu… ada salah faham dari Aisya terhadap huraian saya di atas :). Kebanyakan points yang Aisya sebut pun sebenarnya sudah ada penjelasan di atas.

    Kalau Aisya belum berpuas hati, cuba dekati ustazah atau ustaz2 yang berdekatan dengan Aisha dan belajar dari mereka secara berdepan. In syaa Allah lebih clear sebab jika ada point yang tidak difahami, boleh bertanya dan mendapat jawapan secara langsung.

    Kalau mahu call saya, hubungi di email saya, ummu_abbas@ymail.com. Saya ada Whatsapp juga.

    * Cantik nama ‘Aisya': Nama yang melambangkan kepribadian yang berilmu dan suci seperti Aisya isteri Rasulullah s.a.w. Saya kira Aisya bertanya mewakili kawan-kawan yang lain ye…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s