Archive | Mei 2010

Mahu solat awal waktu dan tempat solat.

Salam warahmatullah…. Kak Nur, 

Saya ada persoalan di sini, saya bekerja cafe dan waktu solat zohor di sini 11.57am. Masalah yg saya hadapi ialah pada pukul 12-2pm ialah peak hours cafe di mana ramai pelanggan, dan cafe hanya ada 3 pekerja termasuk saya, jadi semasa waktu puncak itu kami bekerja dan bekerja dan bekerja kerana ramai pelanggan. Saya selalunya menunaikan zohor setelah keadaan reda pada pukul 1.30 atau 2pm. 
Begitu juga asar di sini pukul 3.10pm. Pada waktu ini sekali lagi waktu puncak di mana ramainya pelajar “break” dan datang ke cafe. Dan saya akan solat pada pukul 3.45 atau 4… Kiranya saya telah menetapkan waktu solat saya pada waktu yang ditulis diatas kerana kesulitan meninggalkan cafe pada awal waktu solat. 

 

Pandangan:
Continue reading

Alkisahnya Goyang Gerudi Inul

Jarang dilihat wanita UMNO bersikap penyayang kepada remaja dengan usaha membantah perkara-perkara yang boleh merosakkan masyarakat. Namun hari ini, satu berita menarik perhatian penulis untuk meluahkan pendapat.

     
     
    Wanita Umno: Haramkan Inul, ‘gelek gerudi’
    Mei 22, 10 9:01pm  

     
    Pergerakan Wanita Umno bahagian Kalabakan hari ini meminta pihak berkuasa supaya membatalkan konsert ‘ratu gelek’ Indonesia Inul yang dijadual berlangsung pada 29 Mei ini di Kompleks Sukan Tawau. 
     Ketuanya Datuk Hamisa Samat berkata pergerakan itu bimbang kehadiran penyanyi dangdut tersebut akan menyumbang kepada keruntuhan akhlak khususnya pada kalangan anak-anak muda di sana.“Wanita Umno Kalabakan difahamkan bahawa persediaan sedang diatur untuk membawa ratu gelek Indonesia, Inul ke Tawau,” katanya semasa berucap pada Program Juara Rakyat Wanita dan Keluarga 1Malaysia anjuran Umno Kalabakan, di Tawau hari ini. Continue reading

Santai: Beg ‘Barbie’ bertukar ‘Ana Solehah’

Antara koleksi majalah Sayang Muslim untuk anak-anak keluaran Blue T Publication.

Semalam saya menunaikan janji kepada Aesya untuk membelikannya sebuah beg sekolah.  Sejak awal tahun, Aesya pernah minta belikan beg namun saya tidak memperkenankan atas alasan dia tidak perlu membawa buku-buku ke sekolah.  Tadika islami tempat Aesya belajar sudah menyediakan buku-buku di sekolah dan juga makan minum.  Aesya pula berusia baru 5 tahun.  Dia hanya membawa sepasang pakaian untuk persalinan selepas waktu sekolah.  Alhamdulillah, dia akur pada alasan yang diberikan.

Sejak akhir-akhir ini, Aesya suka membawa buku-buku latihan dan bacaan yang ada di rumah ke sekolah.  Begitu juga alat tulisnya yang banyak terutama pensel warna.  Selain itu jarang-jarang sekali dia membawa bekal dan hampir setiap hari dia membawa botol minuman.  Saya lalu bercadang membelikan beg untuknya.  Continue reading

Ibu Suka Tahajjud Anak Pun Baik

Islam memberi panduan agar melatih anak solat sejak kecil.

Seorang pengunjung meninggalkan pengalaman menarik sepupunya hamil dan melahirkan anak yang baik di ruang komen entry ‘Hamil Tapi Malas Solat’. Saya teruja untuk berkongsinya di halaman ini. Semoga ia dapat membantu saya dan ibu-ibu di luar sana menghasilkan anak yang soleh dan solehah. Continue reading

Hamil Tapi Malas Solat

Assallammualaikum, akk.. ermm, untuk pengetahuan akan sy sedang pregnant almost 5 months.. Tapi, sy ni kurang menitikberatkan bab solat.. Akk tolong sy macam mana nak ubah sikap sy ni… n bagi tips untuk memudahkan bersalin n mengurangkn kesakitan ketika bersalin… sy berumur 22thn.. sy berkahwin pd usia yang muda.. so, banyak yang perlu sy belajar… sy nak jadi seorang ibu yang terbaik untuk bakal bayi yang sy lahirkan nanti… plz akak…..

White

*******************************
Tahniah White kerana bakal menjadi ibu. Alhamdulillah juga kerana sampai saat ini, Allah masih mengurniakan nikmat yang tidak terhingga buat kita semua terutama nikmat iman dan Islam.

Akak mohon maaf sebab tidak mampu mengubah sikap White yang kurang menitik beratkan bab solat kecuali White sendiri yang mahu dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubahnya. Hatta Allah pun tidak akan mengubah sikap White kecuali White sendiri yang berusaha untuk mengubahnya. Continue reading

Bolehkah Pesakit Solat Jamak?

Semasa Wan (datuk) sakit berat, Abah sering membantu Wan untuk mengambil wuduk dan bersolat.  Tiga hari sebelum Wan meninggal, saya sempat menziarahinya.  Waktu itu Wan terlalu letih kerana  tidak makan beberapa hari.  Wan hanya mengidap asma dan tiada penyakit lain.  Wan tidak berdaya untuk bangun sendiri, apatah lagi untuk membersihkan diri serta berwuduk.

Azan Maghrib berkumandang.  Suami dan Abah terus menunaikan solat di surau yang terletak di hadapan rumah Wan.  Selesai solat, suami saya menghampiri Wan dan terus meminta sekendi air dan besen.  Suami menolong Wan berwuduk pada anggota yang wajib dibasuh sahaja.  Selesai berwuduk, Abah pula mampir ke sebelah Wan.  Abah, suami dan dua lagi anak Wan menolong membetulkan kedudukan Wan agar mengadap kiblat.  Kemudian Abah membantu Wan menunaikan solat.  Wan dipangku dan bersandar pada  anak bongsu lelakinya.  Kakinya dilunjurkan ke hadapan. Continue reading