Kiranya belum terlewat untuk saya mencatat kenangan Ramadan 1432H di Melbourne.  Pejam celik pejam celik, sudah setahun kami bermastautin di sini.  Alhamdulillah.

Ramadan di Malaysia

Senarai kuih-muih berbuka di Malaysia:

Ondeh-ondeh, cendol, puding telur, agar-agar, Tepung Pelita, karipap, bubur, kuih Seri Muka, Sagu gumpal dan banyak lagi…

Senarai Nasi dan makanan berat yang lain:

Nasi Ayam, Nasi Kerabu, Nasi Biryani, Nasi berlauk, Nasi Arab, Nasi goreng, Mi goreng kerang, Mi goreng basah, Mi hailam, Mi tomyam, Mi bandung, Mihun sup, Mihun tomyam, Mihun goreng dan lain-lain.

juada banyak

Senarai lauk pauk:

Keli tiga rasa, Siakap stim, Pari bakar, Daging bakar, Sup Ekor, Sup gear box, Sup tulang, Ayam masak merah, Ayam percik, Ayam paprik, Ikan percik, Ikan bakar asam, Ikan goreng celup tepung dan bermacam-macam lagi.

Senarai Minuman:

Kopi Radix, Sirap bandung, Nescafe ais, Teh Ais, Jus Epal, Jus Mangga, Jus Oren, Jus Tembikai, Air Kelapa Muda dan pelbagai lagi.

Juadah-juadah di atas adalah perkara biasa yang dilihat di majlis-majlis iftar dan juga di Bazar Ramadan di Malaysia.  Saya membesar bersama pelbagai juadah sejak menyambut Ramadan dari kecil.  Bertambah bilangan adik-beradik, bertambah jugalah jenis juadahnya.  Yang ini suka sirap, yang itu suka tuak, yang sana suka Teh ‘O’ panas dan lagi, dan lagi.

Ramadan di Jordan

Semasa menyambut Ramadan di Jordan, suasana juadahnya lebih ringkas.  Al-Maklum, bukannya rajin sangat menyediakan banyak juadah.  Ia juga selari buat para penuntut ilmu… makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

Ramadan di Mekah

Paling ‘simple’ yang saya ingat ialah menyambut Ramadan di Mekah pada tahun 1996.  Bersahur dengan air Zamzam sahaja tapi badan terasa kuat mengerjakan ibadah sepanjang hari.  Alhamdulillah.  Berada di Mekah menyebabkan hati sentiasa ditarik untuk berada di hadapan Kaabah seawal mungkin.  Jadi, di waktu dinihari sejam atau dua jam sebelum Subuh, kami sudah ‘cop’ tempat di hadapan Kaabah selari dengan Multazam.  Kerana berebut tempat istimewa itu, pasal sahur- kami ber’ala kadar’ sahaja.  Hampir Subuh, kami menekan paip air Zamzam yang disediakan di dalam tong di setiap saf solat ke dalam gelas plastik dan bersahur dengannya.  Sambil tidak lupa berniat dan berdoa, “Ya Allah, berilah keberkatan pada air Zamzam ini sehingga kami mampu beribadah kepadaMu dalam keadaan berpuasa”.

Semasa iftar pula, masih dalam ‘mood’ mahu berada dalam saf terbaik di Masjidil Haram, kami sudah bersila di hadapan juadah berbuka yang di hidang di kawasan lapang di luar masjid.  Juadahnya ‘simple’ sahaja.  Air Zamzam dan kurma.  Itu yang saya ingat.  Selepas solat Maghrib, baru kami mengatur langkah ke kedai makan berhampiran dan makan seadanya.  Pernah sekali mendapat jemputan berbuka dari kenalan Pattani, Ukht Sa’diyyah (Semoga Allah sentiasa merahmati beliau dan memberi perlindungan kepadanya).  Sa’diyyah dilahirkan di Mekah dan membesar bersama keluarganya di pinggir bukit di Syib ‘Ali.  Familinya merupakan Tuan Rumah semasa kami mengerjakan Haji tahun 1995.  Kami yang datang ‘last minute’ hanya menumpang di rumah keluarganya kerana semua hotel sudah penuh.  Dia menjadi rakan baik saya, alhamdulillah.   Saya menziarahinya semasa mengunjungi Mekah pada Ramadan 1996.  Lalu Sa’diyyah menjemput saya berbuka di rumahnya.  Seingat saya, hidangannya banyak dan sedap-sedap pula.

Ramadan di Melbourne

Pengalaman memandu saya untuk memilih yang terbaik buat diri sendiri dan ahli keluarga.  Namun agak sukar mempraktikkannya jika berada dalam suasana Malaysia.  Anak-anak (dan mungkin juga diri sendiri 🙂 …) menjadi rambang mata bila ke Bazar Ramadan.  Kesudahannya, ada sahaja makanan yang terbazir begitu sahaja.  Ada masa kita bertegas.  Banyak masa juga, kita menurut sahaja kerana mahu meraikan ‘puasa’ anak-anak.  Mereka baru belajar berpuasa, jadi biarlah ada sesuatu yang menyebabkan mereka merasa seronok menyambutnya.  Salah satunya ialah membiarkan mereka memilih makanan kegemaran asalkan halal serta tidak memudaratkan kesihatan.  Mahu menepati konsep “halalan toyyiba”, insya Allah.

Berada di Melbourne tahun ini, baru terasa luar biasa menyambut Ramadan bersama famili.  Semasa kami tiba di sini Ramadan tahun lepas, suami belum sibuk kerana belum mendaftar dengan universiti.  Tahun ini, suami sentiasa pulang selepas waktu iftar.  Ini kerana waktu berbuka kira-kira jam 5 pm-5.30pm.  Suami sampai ke rumah jam 6pm ke atas.  Ketiadaan suami semasa iftar menyebabkan saya dapat meminimumkan hidangan berbuka.  Suami akan makan apa sahaja yang ada selepas pulang.  Anak-anak pula tidak begitu cerewet mahu banyak juadah.  Asalkan ada sejenis makanan kegemaran mereka, sudah cukup.  Alhamdulillah.

Kadang-kadang saya ingatkan diri sendiri dan anak-anak akan nasib umat Islam di tempat lain seperti di Somalia dan lain-lain.

Biasanya, saya hanya perlu sediakan nasi, sejenis lauk dan sejenis sayur-sayuran sahaja.  Juadah ringkas yang pernah dihidangkan pula ialah Nasi Goreng Pattaya atau Nasi Maqlubah.  Kuih muih dan juga minuman juga sejenis sahaja.  Kadang-kadang tiada langsung.  Dapatlah saya mengamalkan sunnah dengan hanya berbuka dengan kurma  tanpa kuih muih yang lain.  Inilah kesan positif hidup di tempat yang tiada Bazar Ramadan.

Ada juga warga Melayu yang mengusahakan Bazar Ramadan di hujung-hujung minggu.  Satunya di rumah yang dipilih.  Satu lagi di Malaysian Hall.  Namun tarikan untuk ke sana tidak kuat buat kami.  Selain kedudukan Malaysian Hall yang jauh dari rumah,  tukaran wang AUD ke RM juga adalah tinggi menyebabkan kami terpaksa berjimat cermat berbelanja.   Sementelah kami akan pulang ke Malaysia 5 hari sebelum raya dan menyambut Eidul Fitri di Malaysia.  Jadi saya memujuk anak-anak agar bersabar dahulu.  Hanya sekali kami sempat mengunjungi Bazar Ramadan di Malaysian Hall.

Semasa sahur juga, jarang sekali kami makan nasi atau minum minuman manis.  Tambahan anak-anak sering diingatkan akan bahaya mengambil gula terlalu banyak.  Saya sendiri cukup dengan susu segar yang diminum bersama minyak habbatus sauda’.

Suami pula lebih suka banyak makan buah-buahan segar dibandingkan kuih muih.  Bertambah ringan kerja saya :).

Bagi saya, hampir sebulan menyambut Ramadan di Melbourne tahun ini memaknakan Ramadan yang luar biasa buat famili.  Luar biasa kerana dapat lari dari kebiasaan bermewah-mewahan dengan pelbagai juadah di Malaysia.  Luar biasa kerana lebih dapat menghayati Ramadan sebagai bulan merawat perut dan bukannya bulan memenuhkan perut selepas berpuasa pada siangnya.  Luar biasa kerana taqwa dalam memilih, menyedia dan menghadapi makanan dapat ditingkatkan, bukan sahaja untuk diri sendiri, bahkan untuk ahli keluarga juga, insya Allah.

وكُلُواْ وَٱشْرَبُواْ وَلاَ تُسْرِفُوۤاْ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ ٱلْمُسْرِفِينَ

Makan dan minumlah serta jangan membazir.  Sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang-orang yang membazir.

Surah al-A’raaf:31

Moga ijazah taqwa buat kami tahun ini mendapat ‘excellent’ di sisiNya.  Ameen.

Ummu Abbas

10 Syawal 1432H

1.03pm

5 respons kepada “Ramadan: Antara Malaysia, Jordan, Mekah dan Melbourne”

  1. Yuyun Avatar

    Blognya menarik, ditunggu postingan terbarunya.

  2. amira Avatar
    amira

    assalamualaikum ya ummu..

    begini masalah sy..
    kami bkhwn pd thn 2002.. pd thn lps iaitu pd bln april 2010, sy mendpt panggilan telefon dr seorg perempuan yg menyatakan tlh berzina beberapa kali dgn suami sy.. pd ketika itu Allah shj yg tahu betapa sedih dan hibanya hati dan perasaan ini. perempuan ini telefon saya di pejabat saya. sy minta penjelasan dr suami dan dia mgaku telah berzina dgn perempuan itu.. apa yg suami lakukan setelah peristiwa itu, dia bertaubat pd Allah sehinggakan hampir mencium tapak kaki saya meminta sy tidak pergi darinya.. utk pgtahuan ummu, perempuan ini juga prnh berzina dgn lelaki lain sewaktu dia msh isteri org. skrg dia janda anak 2.
    tetapi spt isteri lain, sy seakan tidak dpt menerima keadaan ini.. sy slalu sedih bila mgingatkan peristiwa ini.. selama berkahwin, suami mlayan sy dgn penuh rasa cinta dan kasih sayang.. tapi ini jadinya..bagai petir melanda hati saya ini.. sy tdk sangka suami yg sy sanjung dan cintai buat bgini pd sy.. sy sabar dan langsung x memarahi suami mahupun perempuan itu.. sy ingat anak2.. kini sudah 1 thn berlalu.. stiap kali hari jadi suami sy, sehingga skrg perempuan itu menghantar mesej dan ucapkan slmt hr jd pd suami sy..
    utk pgetahuan ummu, walaupun kami bkhn sudah 9 thn, kami hanya duduk bsama pd thn 2009, iaitu selepas 7 thn bkhwn baru kami dpt duduk bsama krn faktor kerja. tp stiap minggu sekiranya suami tiada kerja luar, dia akan tetap blk rmh.. tanggungjawab x prnh dia abaikan..
    utk pgetahuan ummu juga, suami sy juga prnh berzina sblm bkhwn dgn girlfriendnya ketika mrk sama 2 menuntut di universiti.. sy dpt tahu pun stlh perkara berzina yg di atas ini terjadi krn suami cerita segala2nya. ex gf dia kerap telefon dia sblm ini.. kami prnh bergaduh kecil pasal hal ini dan suami berjanji x buat lagi tp masih tidak ikut janjinya pd sy..tp ajal ex gfnya tidak pnjg, ex gf nya meninggal dunia pd awal raya baru2 ni krn kanser.
    mcmana sy nk percaya dgn suami krn sblm ni dia prnh berjanji tp tidak diikuti.. hati sy sakit seakan menghadapi tekanan jiwa dan perasaan..

    tolonglah ummu

      Wa’alaikum salam warahmatullah.

      Pada pandangan saya, eloklah dibawa berbincang dengan orang tua, dirujuk ke pejabat agama dan solat istikharah. Insya Allah, jika langkah-langkah ini diambil, Puan Amira akan dapat jawapan pasti yakni jalan keluar terbaik buat Puan Amira.

      Lakukan kerana mahu memelihara iman dan taqwa serta masa depan pendidikan agama anak-anak.

      Boleh juga baca artikel ini;

      1. https://keranacinta.wordpress.com/2009/06/15/kenapa-perlu-fasakh-suami-yang-berzina/

      2. Suami berzina; Apa isteri perlu buat?

      Selepas berusaha, bertawakkal kepada Allah. Yakini bahawa rezeki adalah dari Allah.

      Wassalam.

  3. sarah aishah Avatar
    sarah aishah

    Assalamualaikum Ya Ummu yg dikasihi,

    Sy tertarik dgn cerita Pn Amira di atas iaitu masalah suami prnh berzina dgn wanita lain kerana sy menghadapi masalah yg hampir sama seperti dia malah masalah sy lbh berat dr dia.

    Kami juga tidak duduk bsama juga krn faktor kerja yg jauh.. 3 thn yg lalu, suami amat suka melayari laman web tagged di mana terdapat ramai perempuan yg seksi malah ada yg offer jumpa dan melayan sesiapa di hotel dgn syarat memberi wang yg ditetapkan. tp sy x pasti sama ada suami ada bertemu mrk. tetapi dgn takdir Allah sy dpt lihat karenah suami sy krn sy dapat meneka password yg digunakannya.. apa yg membuat sy terkejut bsr, suami ada menggunakan no hp yg lain utk dia melayan perempuan2 yg ada di internet..sy prnh menggunakan no hp kwn sekerja utk menelefon no yg dia berikan spt di dlm internet itu.. ternyata mmg benar itu suaranya.. malah sy juga prnh srh rakan sekerja menyamar utk bkwn dgnnya.. dia melayan spt biasa tetapi mgaku bahawa dia sudah bkhwn dan mempunyai anak. dia juga hanya ingin bkwn shj sekadar mgisi masa terluang.. sakitnya hati sy, Allah shj yg tahu kerana dia melayan berbual2 dgn wanita lain.. namun sy msh bsabar lg walaupun ketika itu sy mgandung anak ke2..

    tetapi pd thn yg sama juga, seorg wanita di mana rakan sekolah suami dahulu menelefon saya dan menyatakan telah bzina dgn suami saya beberapa kali malah sekiranya suami bekerja luar, dia sanggup pergi bjumpa suami sy utk memuaskan nafsu mrk.. dan sekiranya suami saya ada kerja di kl, wanita ini sanggup membayar duit hotel untuk dia dan suami saya berseronok2 dan berzina serta tidur bsama.. sedihnya dan sakitnya hati sy lbh dr tsunami yg melanda di dunia ini.. wanita ini adalah janda yg bekerja di salah sebuah bank di kl. wanita yg bernama M ini prnh sms dan telefon sy dan meminta maaf serta berjanji akan melupakan suami sy tetapi sehingga skrg msh mganggu suami lg.. utk pgetahuan ummu, skrg kami sudah duduk bsama setelah sy tpksa bercerita dgn pengurus besar sy masalah sy dan suami. sy tpksa meluahkan isi hati saya pada boss saya untuk ditukarkan ke tempat kerja yg dekat dgn suami demi menyelamatkan rumahtangga saya yg dibina hmpr 10 thn. sy fikirkan anak2 shj krn anak2 rapat juga dengan bapa mereka..
    selama ni suami sy juga tdk prnh abaikan tanggungawabnya sbg seorg suami dan bapa.

    suami saya juga tlh meminta maaf dan berjanji tidak akan buat pekerjaan terkutuk itu malah dia myesal atas kelakuannya sblm ini. apa yg sy sedihkan, selama ini saya melayan suami zahir dan batin dgn sepenuh jiwa. tetapi ini yg dibalasnya. sy pernah tanya pd suami, baguskah wanita itu melayan seks dgn suami sy dan suami saya kata tidak malah maaf saya katakan, suami menyatakan bahawa wanita itu tiada respon apapun ketika bermain.. tapi suami saya berkata, syaitan telah menggoda dia dan kini dia sedar katanya..

    sy prnh bercerita pd ibu mertua tentang hal ini. ibu mertua tidak izinkan sy meminta cerai dr suami. dia terlalu sayangkan saya dan anak2.sy prnh meminta cerai pd suami sbyk 2 x tetapi suami tidak mahu melepaskan sy kerana katanya sudah menyesal yg amat dan terlalu sayangkan saya serta tidak blh hidup tanpa sy katanya.. sy tidak mahu bercerita hal ini pada ibubapa sy kerana mereka sudah tua malah mereka telah penat menjaga anak2 saya selama ini.. sy tidak mahu membuat mereka sedih dan susah hati..

    Ummu, sy x pasti sama ada perlukah sy meneruskan perkahwinan ini disbbkan suami sy prnh melakukan zina.. sy buntu.. hati sy sakit jiwa sy melara walaupun jauh disudut hati ini ada juga rasa kasihan pada dirinya..

    Semoga Ummu dapat memberi nasihat dan tunjuk ajar pada sy yg dalam kesedihan ini..

    Terima kasih

  4. azwa Avatar
    azwa

    Assalamu’alaikum ustazah….
    Blh saya tau prosedur fasakh dan adakah mgambil masa yg pnjang dan kos yg tinggi..seandainya suami telah mgaku berzina tetapi masih enggan melepaskn isteri?

    Wa’alaikum salam warahmatullah Azwa.

    Tuntutan fasakh perlu dibuat di pejabat agama berhampiran.
    Saya kurang arif mengenai tempoh masa dan kos. Sebaiknya Puan rujuk di bahagian kaunseling terlebih dahulu. Insya Allah, dari sana Puan akan dapat maklumat yang lebih tepat mengenai perkara yang ditanyakan.

    Semoga Allah permudahkan urusan Puan.

  5. Ku bertemu Ramadan lagi… | sayangIslam.com Avatar

    […] Ramadan di beberapa buah negara begitu memberi makna – saya tidak melepaskan peluang membuat catatan mengenainya untuk dipaparkan dalam siri Travelog Iman, Majalah Era Muslimah semasa bermastautin di Melbourne, […]

Tinggalkan komen

Saya Ummu Abbas

Selamat datang ke blog saya :) Tempat saya berkongsi secebis ilmu dan pengalaman. Semoga bermanfaat.

Let’s connect