Apa kata orang Seremban mengenai Kelantan

Syawal 1432H  menemukan saya dengan 5 ahli keluarga baru.  Setahun meninggalkan Malaysia menyirat kisah suka dan duka.   Ada yang telah pergi menemui Ilahi dan ada yang baru menjengah dunia.  Dua orang anak saudara yang dilahirkan penghujung tahun 2010, seorang kakak ipar baru dan dua orang adik ipar lelaki, alhamdulillah.   Dua orang adik perempuan menamatkan zaman dara pada Mac 2011.  Majlis walimah mereka dilangsungkan serentak.  Si Bongsu sudah bernikah pada Disember 2010 dan si kakaknya bernikah sehari sebelum kenduri.

 

Akhirnya pecah juga tradisi Ma dan Abah yang mahu bermenantukan orang Kelantan sahaja.  Kakak ipar baru orang Seremban dan seorang adik ipar lelaki merupakan orang Johor.  Rasional mahu bermenantukan orang tempatan sahaja ialah dari segi adat budaya tidak jauh berbeza.  Juga jika sakit demam, senang mahu ziarah.

 

Borak-borak Hal Semasa

 

Kakak ipar baru merupakan isteri kedua abang.  Saya tidak sempat menemuinya tahun lepas kerana datang ke Melbourne.  Namun sempat berbual melalui telefon semasa berada di KLIA menunggu saat bertolak ke sini.

 

Suatu ketika, saya, Abah, Era (kakak ipar yang usianya lebih muda dari saya), suami dan beberapa lagi ahli keluarga berada di anjung rumah.  Kami akan keluar beraya ketika itu.

 

Melihatkan kakak ipar yang baru ini peramah orangnya, saya memecah suasana  dengan soalan,

“Era, pernah datang Kelantan tak sebelum nikah dengan Abang?”

“Tak pernah”

“Ooh… jadi kali pertama Era datang Kelantan selepas nikah dengan Abang lah ye…”

“Ha..a..”

“Macam mana suasana raya di sini?  Meriah tak?”

“Meriah… sungguh meriah… Jalan jem di mana-mana…  Di Seremban pun tak macam ni…”

“Macam mana Era tengok  Kelantan di bawah 20 tahun pemerintahan Tok Guru Nik Aziz dibandingkan dengan apa yang dipaparkan media?”

“Berbeza… memang berbeza… Saya tidak sangka Kelantan begini maju”

“Sangat berbeza, kan?”

“Iye… sangat berbeza…”

“Bukan sekadar sangat berbeza… contrast lagi… betul tak?”

“Iye.. betul tu…”

“Mula-mula sampai dulu, saya terkejut kerana melihat Kota Bharu lebih kurang Seremban sahaja…bahkan pembangunannya lebih pesat.   Ia harus dibanggakan kerana Kelantan membangun secara berdikari dibandingkan Negeri Sembilan”, Era memberikan pandangannya dengan ghairah sekali.

“Kasihankan… Orang-orang luar yang percaya pada media kerajaan itu diperbodohkan”

“Betul… siapa yang percaya media kerajaan memang diperbodohkan” ujar kakak ipar  yang baru menamatkan PhDnya Jun lepas.

“Ibu ayah asal kampung mana?”

“Ayah asal orang Kuala Pilah.  Itulah, bandar-bandar kecil di Kelantan juga maju.  Saya rasa Kuala Pilah itu pun mundur 20 tahun kebelakang dibandingkan dengan beberapa bandar kecil di Kelantan ini” tambah pensyarah kejuruteraan itu lagi.

“Bolehlah bawa mak ayah datang ziarah Kelantan.  Buat rombongan orang kampung lagi bagus”

“Hmmm… mak ayah ni jenis tak suka berjalan… saya yang tinggal kat Johor tu pun malas dijenguknya”

“Ha… cepatlah pergi… cameraman dah tunggu lama tu…”  Ma menyampuk.

 

Itulah sembang santai saya bersama kakak ipar baru semasa menyambut Eidul Fitri baru-baru ini.

 

Pagi raya kedua itu, kami sudah buat temujanji untuk bergambar satu famili.  Oleh kerana studio hanya muat 40 orang sahaja, maka cameraman ditugaskan datang ke lokasi kami untuk mengambil foto famili seramai 52 orang.  Sekurang-kurangnya, dari jumlah itu, sudah  hampir separuh layak mengundi untuk PRU 13.

 

Insya Allah, daripada Abah dan Ma berdua sahaja yang mengundi PAS sebelum ini, menjadi 52 orang yang akan mengundi Pakatan Rakyat!  Amin ya Rabb!

 

Ya Allah! Menangkanlah Islam dan para mujahidin di jalanMu.

 

 

Ummu Abbas

10.56pm

15 Syawal 1432H

About these ads

6 thoughts on “Apa kata orang Seremban mengenai Kelantan

  1. Salam K.Nur.

    Alhamdulillah… gembira hati Chik bila membaca coretan K.Nur kali ni. Masih ingat lagi kita pernah juga bercakap tentang K.Nur akan dapat kakak ipar baru satu ketika dulu. Canggih juga kak ipar baru, masih muda dan sudah ada PhD, ada sikit cemburu bila orang belajar tinggi dari kita ni hehe.

    Wah… siap tempah cameraman untuk gambar keluarga. Seronoknya… kami sekeluarga ada juga berhajat nak buat begitu sebab tahun ni semuanya balik beraya di kampung tapi bila takde yang nak ambil inisiatif mencari cameraman, makanya hajat tak menjadi. 2 tahun lagilah baru dapat dibuat. InsyaAllah.

    Chik

  2. Kalau betullah maju , kenapa ramai orang kelantan berhijrah ke luar negeri ?

    Berhijrah merupakan amalan para nabi dan rasul dengan pelbagai tujuan. Tujuan utama ialah berdakwah di jalan Allah. Selain itu untuk meluaskan pintu rezeki. Sesuai dengan saranan Allah itu sendiri di dalam satu ayatNya. Insya Allah, saya beri kemudian. Sikap orang Kelantan ini sesuai dengan fitrah manusia yang dinamik. Ia bukan berlaku kepada rakyat Kelantan sahaja, bahkan berlaku kepada ramai lagi penduduk di negeri lain dan negara lain. Lihat sahaja di Kuala Lumpur, berapa ramai anak negeri lain mencari sesuap nasi di sana? Itu belum lagi dikira dari negara lain.

    Kenapa ada rakyat Selangor, Terengganu, Johor, Kedah dan lain-lain negeri bekerja di Kelantan?

  3. Assalamualaikum ustazah.Izinkan saya copy catatan ini ke blog saya.biarpun santai tapi ia bermanfaat.Saya sendiri tinggal di N9 selama tiga tahun memahami yang tersirat dan tersurat.Jazakillahu khayra.

    Wa’alaikum salam warahmatullah. Ustaz, silakan. Tumpang gembira.

  4. salam kak Nur…

    pertama kali leen tinggal komen di sini. rasa nak tergelak bila ada entry mcm ni. sebabnya leen orang negeri sembilan, kahwin dgn org kelantan. sejujurnya, ia bukan perjalanan yg mudah. bukan mudah utk buat org2 berpandangan baik pada leen sbb sebelum kahwin, org tertentu menghalang suami atas sebab musabab adat perpatih. walhal, pada leen, leen tak boleh pilih pun siapa ibubapa leen. terlalu banyak jika mahu cerita.. tak tahu nak simplify atau mula dari mana. hehe. cuma, ia suatu pengalaman yg menarik. dan leen dan suami berkahwin atas redha ibubapa masing2 kedua2nya. tanpa redha parents masing2 mustahil kami meneruskan perjalanan kami hingga pernikahan… (^_^)

    Wsalam Leen,
    Oh.. jadi Leen ni dah jadi ahli bersekutu Kelantan lah ye.. alhamdulillah. Kak Nur ada sahabat karib orang Bahau. Dia yang pelawa K Nur tulis buku bersama, “Dari Lubuk Hati Ibu”. Setiap orang ada kebaikan dan kekurangannya masing2 tanpa mengira dari mana asalnya.

  5. Assalamualaikum kak Ummu. Seronok baca coretan2 akak kat blog ni,sedang membaca hasil nukilan untuk tahun 2011 terjumpa entry ni. Suke plak saya bacenye sebab saya pun orang somban,nogori sembilan hehe..setuju sgt2 dgn ape yg dikatakan oleh kakak ipar kak ummu. saya dah menetap di seremban selama 27 tahun, dulu kini dan selamanya masih mundur dan berbeza dengan negeri Kelantan. saya baru sekali ke kelantan semasa bapa saudara saya bernikah dengan orang bachok,kelantan. Sangat teruja dengan negeri di bawah pemerintah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Alhamdulillah..Allahuakhbar !!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s