Piagam Keluarga Dalam Islam

[Nota:  Untuk melihat entry terbaru, sila skroll ke bawah.  Harap maklum]

Bismillah.

Assalamu’alaikum

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi kelapangan hati dan juga ruang masa untuk menyiarkan sesuatu yang amat berharga buat kita semua.

Saya memerapnya sejak Julai 2009.  Namun setelah melihat perkembangan masyarakat hari ini, yang mana institusi rumahtangga semakin hari, semakin merudum, saya merasa terpanggil untuk berkongsi ilmu-ilmu dasar kekeluargaan dalam Islam.

Bukankah Islam itu bererti selamat, tenang dan membahagiakan?  Jika anda yakin begitu, ayuh… kita sama-sama merujuk piagam lengkap dari Yang Maha Sempurna untuk membina ‘Rumahku Syurgaku’ [Baiti Jannati].  Jam Melbourne sekarang menunjukkan 12.55 am, hari ini waktu Subuh ialah jam 4.12am…  awalnya!  Iya memang awal… sebab sekarang musim bunga di sini.  Siangnya bertambah panjang.  Jadi catatan saya ringkas sahaja dahulu.  Ada masa, kita jumpa lagi di lain rancangan ya…

Tuan-puan pembaca yang berminat dan rasa memerlukan, bolehlah ke halaman baru yang diwujudkan di atas; PIAGAM KELUARGA ISLAM.  Saya siarkan mana yang sempat diedit dahulu.  Insya Allah, akan menyambungnya lagi dan berceloteh sedikit mengenai sinopsisnya.  Agaknya ramai yang tidak menyedari, dalam Islam ada piagam sehebat ini.

Ok… hamba beransur dahulu.

Wassalam.

Ummu Abbas

Melbourne.  1.04am

24 Dzulhijjah 1432H

20 November 2011

About these ads

8 thoughts on “Piagam Keluarga Dalam Islam

  1. suka sekali saya baca isi blog ini. bisa dapat paradigma baru cara orang lain memandang islam:). Maaf penulisnya org indonesia atau malaysia ya?
    -salam knal-

    Saya orang Malaysia :) Terima kasih kerana berkunjung.

  2. salam perkenalan. hari ini hari lahir saya, tapi mata payah di lelapkan, terbaca artikel ni, tertarik nak menyulam silaturahim disini. semoga ada ruang.

    Insya Allah, ruang itu sentiasa ada. Selamat bersilaturrahim :)

  3. asslmualaikum akk
    nk ty..sbg isteri kita wajib taat pd suami
    ..antr 4 syrat utk seorg muslimah ke syurga..
    sekirany ada berlaku sesuatu dlm rumahtangga mmbuatkn perasaan cinta kian pudar kpd suami..adakh mnjd satu kesalahan klu isteri ttp taat suami..tp tiada perasaan cinta..bgmn hukumny akk…

    Wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakaatuh.

    Isteri tetap mendapat ganjaran pahala atas sifat taatnya itu serta tidak berdosa disebabkan tiada perasaan cinta. Ini kerana perasaan kasih tidak dapat dibuat-buat.

  4. baca cerita dua anak hitam pembesih masjid nabawi.suka.terima kasih.Said abdullah Palembang Indonesia

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s