Bolehkah pakai purdah on-off?

Assalamualaikum k.nor..

Saya memang ada niat untuk berniqab.  Suami memang amat2 menggalakkan..tetapi saya terikat dengan kerja yang tidak boleh berniqab.  Apa pendapat k.nor jika saya berniqab kecuali di tempat kerja sahaja buka….rasa tenang bila berniqab..

Nurul

******************************

Wa’alaikum salam wbh.

Alhamdulillah kerana diberikan hidayah Allah utk melakukan kebaikan. Apatah lagi mendapat dorongan dari suami pula.

Pada pendapat Kak Nur… harus Nurul berbuat demikian yakni mengenakan niqab dan membukanya semasa bekerja sahaja.

Ada kawan Kak  Nur yang membuat perkara yang sama.  Dia pensyarah perubatan di universiti. Dia hanya membukanya semasa ke pejabat. Sebaik habis waktu pejabat, dia akan mengenakan semula purdahnya.

Dari sudut hukum pun sebenarnya terdapat keharusan wanita berniqab untuk membuka niqabnya semasa menjadi saksi di mahkamah, semasa berjual beli, melalui pemeriksaan di bahagian imigresen dan pelbagai urusan lagi yang mana terdapat keperluan mengenali wajah.

Seorang lagi kawan akak bertugas sebagai guru kementerian namun alhamdulillah, pengetua sekolah di tempat dia mengajar mengizinkan dia memakai purdah. Jadi dia membuka purdah hanya semasa berada di bilik guru perempuan dan juga semasa mengajar di dalam kelas.

Petuanya mudah sahaja, dia selalu solat hajat agar Allah permudahkan hasratnya untuk istiqamah dengan niqab meskipun bekerja. Allah makbulkan doanya dengan mentakdirkan majikan tempat dia bekerja lunak hatinya untuk mengizinkan dia memakai purdah.

Ada seorang lagi kerja di bank.  Sebaik sampai di pejabat, dia buka purdah.  Habis waktu pejabat, dia pakai semula.

Ada seorang lagi, Akak pernah tengok dia tetap memakai purdah semasa bekerja kerana ruang dia bekerja terbuka kepada staf lelaki juga.  Dia bekerja di jabatan kerajaan.

Sebaiknya diusahakan tempat bekerja itu diasingkan ruang untuk pekerja wanita dan pekerja lelaki.  Banyak kebaikan yang akan diperolehi.

Harap jawapan di atas membantu.

Wassalam.

Ummu Abbas

5.21pm

15 Rabiul Awwal 1433H

Melbourne

9 thoughts on “Bolehkah pakai purdah on-off?

  1. kalau nak pakai biar berterusan jgn waktu kerja dibuka nampak tiada kesungguhan saudari…kalau mcm tu apa beza saudari pakai dengan tak pakai kerana ditempat kerja ada juga lelaki bukan mahram yg melihat saudari…ingat islam tidak menilai amalan yg tidak belandaskan keikhlasan dan besifat istiqamah.

  2. Assalamualaikum.. kak nur.. syikin tambah sedikit… sbb syikin dulu mengajar di international school.. boleh berniqob.. tp syikin memilih untuk membuka ketika mengajar sahaja sbb untuk tujuan pengajaran dan expression wajah kita kepada student… ( most of my student 6 month – 12 y’old .. memang memerlukan expression wajah guru mereka ^_^ .. ttp jika aktiviti luar .. syikin mmg pakai.. dan student takda masalah kalau kt luar )

    alhamdulillah… kawan syikin juga seorang niqobi .. pernah berkata pada syikin.. kalau macam .. kita terpaksa membuka purdah di tempat ada lelaki…

    Amalkan surah yaasin ayat 9… itu yg di beritahu.. supaya Allah lindungi apa yg selama ini kite lindungi…

    Cuma syikin tak tau kalau ada dalil @ apa2… syikin just dapat info darinya.. wallahualam..

  3. assalamualaikum, kak nur. alhamdulillah , saya terbuka hati untuk berniqab. tetapi saya tak tahu macam mana ingin saya mulakan , adakah berniqab ini memerlukan banyak persyaratannya ? rata-rata saya mendengar daripada teman-teman saya, berniqab memerlukan banyak syaratnya, dan banyak risiko yang perlu kita hadapi semasa berniqab. saya minta kak nur berikan jawapan atas ketidakpastian saya mengenai niqab ini . assalamualaikum.

  4. Wa’alaikum salam warahmatullah Ainnin Soffea,

    Alhamdulillah atas segala nikmatNya.

    Berhubung persoalan yang ditanyakan, ia terlalu umum buat Kak Nur memberi respon.

    Apa yang dikatakan banyak syaratnya? Kak Nur rasa biasa sahaja… sama seperti kita berhijab penuh tanpa memakai niqab. Jika mahu dikaitkan dengan akhlak, muslimah yang tidak berpurdah pun terikat dengan tuntutan untuk berakhlak mulia selagi mereka mengaku beriman. Begitu juga dengan muslimin.

    Banyak risiko pun bergantung pada keyakinan dan prinsip diri. Risiko apa yang dimaksudkan? Alhamdulillah, sejak Kak Nur berniqab kerana Allah semata, rezeki sentiasa murah. Jika ada halangan pun, kembali kepada keikhlasan memakainya. Jika kita ikhlas dan memakainya dengan faham, insya Allah, Allah akan bantu berikan kekuatan dan jalan keluar. Yang penting jangan mudah menurut arus kerana hanya ikan yang mati mudah dihanyutkan arus.

    Jika kita perlu mengambil tindakan yang berbeza sedikit dari pilihan kita hari ini yakni memakai niqab, maka biarlah tindakan tersebut juga berlandaskan hujjah syarak sebagaimana kita memakainya kerana ada hujjah syarak mengenainya. Barulah kita tetap menjadi ikan yang hidup.

    Tanyakan juga diri sendiri, kerana apa kita memakainya? Jika kerana mahu mendekatkan diri kepada Allah, jika ada halangan dari manusia, kenapa kita harus membukanya kerana manusia? Allah atau manusia yang lebih besar di hati kita?

    Jika mereka berhujjah ia tidak wajib, katakan ahli tafsir terkenal yang didoakan oleh Rasulullah s.a.w sebagai ahli tafsir yakni Ibnu Mas’ud dan Ibnu Abbas mengatakan maksud ‘jalaabib’ dalam surah al-Ahzab itu ialah pakaian yang menutupi rambut dan wajah.

    Pada pandangan Kak Nur, adalah lebih jelas jika Ainnin bertanya semula kepada mereka yang mengeluarkan pandangan pakai niqab banyak prasyaratnya dan banyak risikonya kerana setiap orang mempunyai tafsiran yang berbeza.

    Wassalam.

  5. Assalamualaikum wbt kak,
    saya nak tanya dr pengalaman akak sendiri,
    bagaimana jika kita berada dalam keadaan bersama-sama dengan saudara mara, contohnya ketika Raya, iaitu tinggal di bawah satu bumbung di kampung..

    adakah kita masih perlu menjaga aurat seperri di luar iaitu memakai purdah, stokin dan juga sarung lengan?atau terdapat kelonggaran?

    Dan boleh ke sekiranya wanita dan lelaki bergaul untuk study group cth dlm library?

  6. Wa’alaikum salam warahmatullah.

    Sebaik-baiknya, bila ada keperluan berkumpul seperti hari raya dan sebagainya, asingkan antara tetamu lelaki dan wanita untuk menjauhi ikhtilat antara perempuan dan lelaki ajnabi.

    Dari sudut aurat pun lebih mudah dijaga.

    Jika ada ajnabi, maka hukum aurat sama sahaja dengan di luar rumah.

    Amalan K Nur, Suami je yang layan tetamu lelaki ajnabi kecuali jika dari keluarga/ saudara mara, lihat pada keadaan. Jika tiada keperluan, K Nur tidak keluar ke hadapan tetamu lelaki. Jika ada keperluan, keluar dengan menutup aurat kecuali muka dan tangan- itu pun jika dirasakan tiada fitnah.

    Wanita study sesama wanita dan lelaki study sesama mereka. Jika tiada rakan wanita yang dapat selesaikan sesuatu masalah sedangkan pelajar lelaki ada yang tahu, maka bertanya sahaja kepada mereka dengan mengawal cara berkomunikasi dan menjaga pandangan. Jangan duduk semeja dan bergelak ketawa bersama tanpa ada keperluan mustahak.

  7. Asslm… mngenai email yg akk bgi tu… saya memang tak dapat… ni email saya Anitamohamad75@gmail.com

    Wsalam An, Dah betul alamat email An. Akak dah hantar semula email tadi atau malam tadi. Harap An sudah menerimanya. Jika masih belum terima, insya Allah akak usahakan menjawab dalam bentuk entry nanti.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s