Kuliah Online Muslimah – Hijab Mukminah

Bismillah.

 

Alhamdulillah, setelah agak lama, baru dapat bersua tulisan di rumah maya ini.   Semoga semua pengunjung dikasihi Allah, disayangi Nabi Muhammad s.a.w dan sentiasa memecut usaha untuk membalas kasih sayang Allah dan NabiNya dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Dalam coretan ringkas ini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman mengadakan kuliah online sesama muslimat.  Sebelum ini, saya dijemput mengendalikan usrah online yang mana ahli-ahlinya berada di Malaysia, Jeddah dan UK.

Inilah antara nikmat Allah yang tidak dapat didustakan di zaman teknologi baru berkembang pesat.   Sesuatu yang tidak pernah saya terfikir 20 tahun yang lampau bahawa hari ini, dunia bertambah mengecil dan kita mudah berkomunikasi dengan rakan-rakan dari merata pelusuk dunia.

Kebolehan berkomunikasi secara maya ini mampu pula dimanfaatkan untuk aktiviti usrah dan kuliah pula.  Sungguh hebat ilmu Allah yang dipinjamkan kepada manusia!

Poster Promosi KOM – Kuliah Online Mukminat.  Perhatikan waktu yang berbeza antara tempat.

Dua hari lepas, iaitu pada 5.5.2012, saya mengadakan usrah bersama para pelajar yang dahagakan ilmu agama.   Tanpa dirancang, pelawaan saya kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar sedikit perkongsian dalam usrah saya di Melbourne mendapat perhatian dari sebahagian pelajar muslimah di Perth, Adelaide, Brisbane, Sydney, Tasmania, Auckland dan Wellington.
Tajuk pengisian yang diberi ialah, “Hijab Mukminah”.   Pelawaan itu dibuat spontan sahaja sebagai respon kepada persoalan hijab di dalam email group pelajar.    Kebetulan persoalan itu datang semasa saya sedang bentangkan tentang konsep Hijab Mukminah di dalam usrah, lalu saya pelawalah dengan anggapan mungkin hanya seorang dua yang berminat menyertainya.

 

Dalam fikiran saya pada masa itu, kami akan berusrah seperti biasa… individu yang berminat mendengarnya dibenarkan join secara online.  Ini disebabkan dalam usrah-usrah sebelumnya, saya sendiri pernah hadir secara online jika ada keuzuran.  Begitu juga jika ada ahli yang lain tidak dapat hadir secara offline , dibenarkan hadir secara online juga.  Rupa-rupanya dari usrah menjadi kuliah pula dek ramai juga yang berminat menyertainya.

 

Walaupun dipromosikan sebagai kuliah, persediaan saya adalah untuk mengendalikan usrah juga.  Cuma usaha yang lebih sedikit saya lakukan iaitu menyediakan slide Powerpoint dan dihantar kepada semua pelajar yang akan hadir.  Jadi pembentangan saya berdasarkan slide tersebut.  Saya berpesan kepada wakil-wakil kawasan agar menyediakan dua laptop – satu untuk online dan satu lagi untuk melihat slide yang disediakan.

 

Alhamdulillah, sebanyak 15 ID yang menyertai.  Di sesetengah ID yang digunakan, ada pelajar-pelajar yang berkumpul di satu rumah untuk mengurangkan beban menggunakan ID yang banyak.

 

Pengalaman pertama begini memberikan pelbagai pengajaran untuk meningkatkan lagi kualiti teknikal dan juga penyampaian.  Maklumlah, saya sendiri sudah lama tidak praktik berceramah di depan umum.   Jadi dapat dirasakan benar kekurangan dalam penyampaiannya.  Itu pun nasib baik video tidak menjadi, jadi saya hanya nampak pendengar di Melbourne.   Kalau nampak semua, nanti saya bertambah gelabah pula :).

 

Alhamdulillah, selepas 2 jam, majlis bersurai dengan selamat.

 

Ummu Abbas

11.28pm

Melbourne

About these ads

4 thoughts on “Kuliah Online Muslimah – Hijab Mukminah

  1. assalamualaykum.ukhti buat usrah online pada setiap hari apa?saya belajar di UK.Jika tidak mengganggu,InshaAllah,sy ingin turut serta usrah ini.jazakillah.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s