Tiada Konsep Hijab Muslimah Di Dalam al-Quran

Jilbab Mukminah (Perempuan-perempuan Beriman) – Menutupi dan feminin.

Sedikit perkongsian dari KOM (Kuliah Online Muslimah) bertajuk “Hijab Mukminah”.

1.  Ayat-ayat Hijab diturunkan kepada wanita beriman sahaja.

2.  Di dalam Al-Quran, tiada konsep Hijab Muslimah. Yang ada hanya ciri HIJAB MUKMINAH (Perempuan-perempuan Beriman).

3. Perempuan-perempuan beriman bererti mereka yang percaya kewujudan Allah, meyakini dan dapat merasakan Allah sentiasa memerhatikannya, percaya dan yakin pada perkara-perkara ghaib. Kepercayaan dan keyakinan yang meresap di hati ini membuatkan tindakan dan tingkahlakunya sentiasa dipandu wahyu. Yang membuahkan individu mukminah yang berpegang teguh pada ajaran agamanya.

4. Bila konsep HIJAB MUKMINAH difahami dengan betul, para mukminah tidak mudah terpesona dengan kosmetik bahasa yang dicatatkan pada nama-nama fesyen seperti Busana Muslimah, Fesyen Islami dan sebagainya. Segala nama fesyen yang disandarkan kepada nama-nama Islami tetapi tidak menepati konsep yang dicirikan Surah Al-Nur ayat 31 dan Surah Al-Ahzaab ayat 59, maka harus dipakai di dalam rumah sahaja atau di hadapan mahram atau boleh juga dipakai di luar rumah dengan menyarung jubah atau abaya yang luas di luar pakaian tersebut.

5.  Konsep Hijab Mukminah lebih luas dari sekadar yang bernama JILBAB.  Hijab Mukmimah merangkumi cara berpakaian, cara berkomunikasi dengan ajnabi, menundukkan pandangan dan adab-adab keluar rumah.

Ummu Abbas

8.45pm

17 Jumadal 2 1433H/ 9 Mei 2012

Melbourne.

About these ads

5 thoughts on “Tiada Konsep Hijab Muslimah Di Dalam al-Quran

  1. Bismillah..
    assalamualaikum kak Nur..
    Saya datang membaca :)

    bersetuju malah memang benar kak..
    trend masa kini ‘menjual’ nama ‘muslimah’
    agar ia nya mendapat tempat para wanita islam yang kurang faham erti dan konsep
    penutupan aurat mngikut syariat yang sebenar-benarnya..

    Syukran kak atas ilmu nya. :)

  2. assalammua’laikum…
    menarik sekali artikelnya, tapi betul memang, kenapa begitu banyak saudara2 seiman kita yg tdk mengerti akan arti hijab yg sebenarnya, berpakaian tapi telanjang ( berjilbab tp tdk sesuai syar’i ).

    Monggo silahkan di kunjungi blog saya dibawah ini, hehee.
    salam ukuwah…

    Wa’alaikum salam warahmatullah Ruri.

    Ahlan wasahlan ke Sayang Islam :)

    Terima kasih kerana berkunjung ke sini dan meninggalkan jejak.

  3. When some one searches for his required thing, so he/she wants to be
    available that in detail, therefore that thing is maintained
    over here.

  4. Saya setuju. Kadang-kadang terlihat banyak busana yang bersandarkan muslimah namun apabila diperiksa fesyen pakaian yang dijual tidak menepati…..pada saya hanya sesuai dipakai di rumah kerana bentuk bajunya melekap dibadan walaupun menutupi aurat. Juga boleh dijadikan pakaian dalam bila pakai jubah,

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s