Archive | Jun 2012

Tip Kemenangan Ikhwanul Muslimin Mesir

Ikhwanul Muslimin Mesir terdiri dari kalangan pendokong para ulama dan profesional.

Saya melihat ke dalam sanubari tarbiyah mereka… apa kelebihan ulama dan profesional mereka.

Petikan,

“Ikhwan Muslimin mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah subhanahu wataala dengan:

- membaca al-Quran satu juzuk sehari,

- istighfar 100 kali sehari,

- qiyamullail minimum dua rakaat,

- berzikir secara ma’tsur supaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wataala.

 

Mengambil kata-kata hikmah Saiyidina Abu Bakar radiallahuanhu kepada tentera Islam tentang rahsia kemenangan ke atas musuh iaitu “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah.”

Petikan II,

“Di sebalik kemenangan Ikhwan Muslimin, kita melihat kemenangan itu bukan diraih hanya disebabkan kepakaran strategi politik semata-mata, tetapi pimpinan serta ahlinya sangat pemurah masanya dengan Allah subhanahu wataala dalam perjuangan mereka. Melihat kepada anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya, lebih dari 140 orang hafal al-Quran. Lebih dari 100 orang hafal dan menguasai 10,000 hadis. Lebih dari 180 orang hafal separuh al-Quran. Lebih dari 170 orang bergelar doktor pakar dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Lebih dari 50 orang tidak memiliki kereta peribadi. Lebih dari 350 orang adalah bekas tahanan politik berkisar 6-10 tahun penjara dan 4 orang wanita yang bertudung kemas.”

Saya mahu menjadi salah seorang dari mereka, insya Allah bagi melayakkan Islam mencapai kemenangan di Malaysia pula.

Sumber:

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11238-kemenangan-ikhwan-guna-teknologi-1400-tahun-lalu

 

 

Ummu Abbas

Tetamu Membawa Rahmat

Bismillah.

Alhamdulillah, hari ini baru berkesempatan bersua di sini semula.  Kedua ibubapa saya, kakak dan anaknya, adik bersama familinya datang bercuti ke Melbourne selama dua minggu.   Jumlah mereka 8 orang menjadikan penghuni rumah saya seramai 16 orang untuk tempoh tersebut.  Alhamdulillah, mereka selamat pulang ke tanah air11 Jun lepas.

Saya benar-benar fokus pada mengurusi keperluan mereka setakat terdaya.   Dengan lain perkataan, mereka datang bercuti, saya juga turut ‘bercuti’ dari menulis.

Tetamu datang membawa rahmat.  Dan saya berharap Allah melimpahkan rahmatNya pada kami sekeluarga dengan kunjungan keluarga dari Malaysia… lebih-lebih lagi mereka adalah kedua ibubapa yang sudah banyak berjasa membesarkan saya dengan didikan Islam.  Sebagai isteri, restu dan izin suami adalah penting untuk meraikan tetamu dari keluarga sebelah pihak isteri.

Suami yang memahami salah satu objektif perkahwinan yakni menghubungkan silaturrahim pasti bersikap ramah tamah dengan keluarga isterinya.  Bukan itu sahaja, suami yang beriman akan mendorong isterinya melayani kedua ibubapa mana-mana pihak dengan baik.

Saya pernah ditanya oleh seorang isteri melalui email mengenai sikap kurang baik suaminya terhadap keluarga sebelah isteri.    Di kesempatan ini, salah satu tip yang ingin dikongsi bersama ialah isteri perlu berusaha melayani keluarga mertuanya dengan baik terlebih dahulu… Insya Allah, suami akan melayani dengan baik keluarga isteri.  Tidak rugi memulakan kerana Allah suka kepada sesiapa yang mendahulukan kebaikan.

Belum mampu berbicara panjang di sini, biarlah sebahagian foto-foto di bawah bercerita tentang aktiviti saya sepanjang bercuti dari ‘menulis’.

Semoga Allah permudahkan semua urusan kita.

Ber’BBQ’ bersama adik ipar dan Ma di Apollo Bay. Di Australia, tempat BBQ begini mudah didapati di  sebahagian besar ‘park’  di seluruh Australia.

Ma cakap camar-camar putih ini seperti merpati yang banyak berkeliaran di Mekah :)

Abah, Ma, Aleeya dan saya di San Remo, lokasi memberi makan pelican. Kami tiba lewat. Tinggal dua ekor pelican yang menghabiskan sisa makanan kemudian berlalu pergi. Kelihatan jambatan menuju Phillip Island. Jarak Phillip Island dari rumah saya ialah 2 jam berkereta.

Proses mencukur bulu biri-biri kaedah terkini yang paling cepat. Kasihan biri-biri itu, masuk musim sejuk, bulu kena cukur pula. Di Churchill Island.

Aleeya bersama Tok Abah dan kakaknya, Aesya di Mt Baw Baw.

Aleeya bersama Paksu Kamalnya.

Aleeya bersama Abinya. Aleeya menjadi ‘model’ paling laku…hihi. Tahun lepas, Aleeya bergambar di dalam cafe sahaja di Lake Mt kerana hujan salji menyebabkan suhu terlampau dingin.

Pertama kali lihat haiwan ini, kami tertanya-tanya, “Nak kata lembu, bukan… sebab bulunya panjang dan badannya lebih besar. Nak kata kambing, lagi bukan… rupa-rupanya ia adalah yak”. Di Churchill Island, Phillip Island, Victoria.

Sehingga ketemu lagi.

Wassalam.

Ummu Abbas

25 Rejab 1433H

11.00 am.

Melbourne.

- Semasa menulis entry ini semalam, saya menerima khabar sedih dari Malaysia, Murabbi yang dikasihi, al-Fadhil Ustaz Yahaya Othman kembali menemui Ilahi jam 6.15pm petang semalam.  Dikhabarkan akan dikebumikan sekarang, jam 9am waktu Malaysia.  Semoga Allah rahmati ruh beliau, mengampuninya dan menempatkan di sisi ruh orang-orang beriman.   Amin.