Tetamu Membawa Rahmat

Bismillah.

Alhamdulillah, hari ini baru berkesempatan bersua di sini semula.  Kedua ibubapa saya, kakak dan anaknya, adik bersama familinya datang bercuti ke Melbourne selama dua minggu.   Jumlah mereka 8 orang menjadikan penghuni rumah saya seramai 16 orang untuk tempoh tersebut.  Alhamdulillah, mereka selamat pulang ke tanah air11 Jun lepas.

Saya benar-benar fokus pada mengurusi keperluan mereka setakat terdaya.   Dengan lain perkataan, mereka datang bercuti, saya juga turut ‘bercuti’ dari menulis.

Tetamu datang membawa rahmat.  Dan saya berharap Allah melimpahkan rahmatNya pada kami sekeluarga dengan kunjungan keluarga dari Malaysia… lebih-lebih lagi mereka adalah kedua ibubapa yang sudah banyak berjasa membesarkan saya dengan didikan Islam.  Sebagai isteri, restu dan izin suami adalah penting untuk meraikan tetamu dari keluarga sebelah pihak isteri.

Suami yang memahami salah satu objektif perkahwinan yakni menghubungkan silaturrahim pasti bersikap ramah tamah dengan keluarga isterinya.  Bukan itu sahaja, suami yang beriman akan mendorong isterinya melayani kedua ibubapa mana-mana pihak dengan baik.

Saya pernah ditanya oleh seorang isteri melalui email mengenai sikap kurang baik suaminya terhadap keluarga sebelah isteri.    Di kesempatan ini, salah satu tip yang ingin dikongsi bersama ialah isteri perlu berusaha melayani keluarga mertuanya dengan baik terlebih dahulu… Insya Allah, suami akan melayani dengan baik keluarga isteri.  Tidak rugi memulakan kerana Allah suka kepada sesiapa yang mendahulukan kebaikan.

Belum mampu berbicara panjang di sini, biarlah sebahagian foto-foto di bawah bercerita tentang aktiviti saya sepanjang bercuti dari ‘menulis’.

Semoga Allah permudahkan semua urusan kita.

Ber’BBQ’ bersama adik ipar dan Ma di Apollo Bay. Di Australia, tempat BBQ begini mudah didapati di  sebahagian besar ‘park’  di seluruh Australia.

Ma cakap camar-camar putih ini seperti merpati yang banyak berkeliaran di Mekah :)

Abah, Ma, Aleeya dan saya di San Remo, lokasi memberi makan pelican. Kami tiba lewat. Tinggal dua ekor pelican yang menghabiskan sisa makanan kemudian berlalu pergi. Kelihatan jambatan menuju Phillip Island. Jarak Phillip Island dari rumah saya ialah 2 jam berkereta.

Proses mencukur bulu biri-biri kaedah terkini yang paling cepat. Kasihan biri-biri itu, masuk musim sejuk, bulu kena cukur pula. Di Churchill Island.

Aleeya bersama Tok Abah dan kakaknya, Aesya di Mt Baw Baw.

Aleeya bersama Paksu Kamalnya.

Aleeya bersama Abinya. Aleeya menjadi ‘model’ paling laku…hihi. Tahun lepas, Aleeya bergambar di dalam cafe sahaja di Lake Mt kerana hujan salji menyebabkan suhu terlampau dingin.

Pertama kali lihat haiwan ini, kami tertanya-tanya, “Nak kata lembu, bukan… sebab bulunya panjang dan badannya lebih besar. Nak kata kambing, lagi bukan… rupa-rupanya ia adalah yak”. Di Churchill Island, Phillip Island, Victoria.

Sehingga ketemu lagi.

Wassalam.

Ummu Abbas

25 Rejab 1433H

11.00 am.

Melbourne.

- Semasa menulis entry ini semalam, saya menerima khabar sedih dari Malaysia, Murabbi yang dikasihi, al-Fadhil Ustaz Yahaya Othman kembali menemui Ilahi jam 6.15pm petang semalam.  Dikhabarkan akan dikebumikan sekarang, jam 9am waktu Malaysia.  Semoga Allah rahmati ruh beliau, mengampuninya dan menempatkan di sisi ruh orang-orang beriman.   Amin.

About these ads

3 thoughts on “Tetamu Membawa Rahmat

  1. Subhanallah , bestnye dpt berhibur bsama2 fmily kan , nak2 kalau ade mak ayah kita sekali . Syukran penulis sbb share entri ini .

  2. sronok tgk kluarga ummu Abbas bcuti smbl main salji. Alhmdulillah msih sht lg ayahnya, Cikgu Wan Abdullah guru saya masa sek keb Ch.4 dulu. Byk jasa cikgu pd kami..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s