Bahang PRU 13 Di Melbourne

Bismillah.

Menyelit kisah pilihanraya sedikit kali ini. Setiap warga negara yang cukup usia sebagaimana yang termaktub ada hak mengundi dan bertanggungjawab terhadap ‘khadam rakyat’ yang akan dipilihnya.

Pengundi adalah ‘bos’. Calon yang diundi adalah ‘kuli’ atau ‘khadam’. Calon yang menang mahu tidak mahu wajib menunaikan amanah rakyat dengan baik.  Jadi para pengundi ‘jangan perasan’ mereka adalah kuli menyebabkan takut tidak bertempat kepada ‘kuli sebenar’.

Kehangatan PRU 13 Menular Ke Melbourne

Di sini bahangnya mula terasa sejak tahun lepas yang mana pelajar-pelajar warga negara diminta mendaftar untuk undi pos.   Ramai yang mendaftar.  Ramai juga yang tidak mendaftar kerana bimbang peti undi ‘terjatuh’ ke Laut Jawa.  Kemudian nantinya naik ke pantai Malaysia ialah peti undi yang lain.   Jumlah pelajar Malaysia di Victoria sahaja lebih kurang 8000 orang.   Jumlah rakyat Malaysia pula dianggarkan 43ooo orang.  Patutlah ada desas-desus mengatakan PR (permanent resident)  buat pertama kali dibenarkan mengundi pos.  Boleh rujuk SPR, sejauh mana kebenaran hal ini.

Para pemimpin kerajaan juga sering melawat Melbourne dan bertemu mereka.    Jika ada seorang dua pemimpin Pakatan Rakyat berkunjung dan bertemu pelajar, maka akan adalah yang sudi memberi laporan kepada pihak atasan di sini.

Peliklah juga bila ALlah beri nikmat berada di negara ‘terbuka’ seperti Australia ini,  masih ada yang mahu kekal dalam pemikiran jakun serta tertutup untuk tidak meraikan perbezaan ideologi dan pendapat.   Walhal boleh dilihat di media-media di sini, pemimpin parti yang memerintah kerajaan keluar TV, pemimpin pembangkang pun boleh keluar TV.  No problem!…  Rakyat yang sudah akil baligh diberi kebebasan menilai dan membuat pilihan pemimpin dan parti mana yang layak menunaikan tanggungjawab/amanah kepimpinan kepada rakyat.

Rata-rata yang berada di Melbourne ini pula disebabkan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dari sarjana muda hingga PhD.  Bila masih wujud sikap-sikap yang agak racist ini, fahamlah kita bahawa kecerdasan dan kematangan seseorang bukan boleh dinilai pada sijil-sijil kelulusan akademik, tetapi kepada kejernihan hati dan keterbukaan minda berpaksi keadilan dan kemaslahatan umum yang diiktiraf syarak.

Pakcik penoreh getah atau makcik yang menanam padi yang tidak pernah keluar negara itu boleh lebih terbuka pemikiran mereka dari pemegang PhD dek sikap mereka yang telus dan berteraskan kebenaran.

Benarlah kata-kata Allah, yang buta itu sebenarnya bukanlah mereka yang buta mata tetapi mereka yang buta hati.  Amalan hati menjadi teras kepada pemikiran seseorang.

Firman Allah di dalam Surah al-Hajj, ayat 46 yang berbunyi,

22:46

Maksudnya:  Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

Mendahulukan Agama Memajukan Bangsa

Idea racist memundurkan bangsa itu sendiri.  Quraisy dengan idea perkauman yang menebal tidak ke mana-mana.  Keluar dari Mekah pun tidak.  Bila Islam datang, bukan sahaja menjangkau ke Madinah, bahkan berupaya meruntuhkan Rom & Parsi, dua kuasa besar waktu itu.   Islam menyatukan suku kaum-suku kaum yang sentiasa berbalah dan saling berbunuhan. Islam menyatukan warna kulit dan bahasa.

Bila Islam didahulukan, bangsa akan naik secara automatik.  Berbeza jika bangsa didahulukan, bangsa belum tentu naik, agama lagilah jauh.

 

Lampiran Menarik

 

Si Buta Yang Memilih Islam


Wassalam.

Ummu Abbas

2 Rabi’ul Akhir 1434H

Melbourne/ 12.34am

About these ads

3 thoughts on “Bahang PRU 13 Di Melbourne

  1. Masyallah.
    One gets twisted n confused , bila mata hati buta. Semoga Allah buka mata hati kita semasa membuat pilihan.
    Ummu Firdaus minta share ini dgn fb friends.

    Barakallahufik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s