Tag Archive | Allah

Orang Islam pun sembah benda?

Bismillah.

Dalam Kelas Darjah 5.

Suria (Nama samaran):  Apa la sembah patung… patung tu tak hidup pun.   Ha..ha… Kita sembahlah Tuhan. [Nada mengejek]

Mei-Mei (Nama samaran):  Orang Islam pun sembah benda juga. [Dengan nada marah]

Suria:  Mana ada…

Mei-Mei :  Itu saya tengok awak dan kawan-kawan awak sembahyang sembah dinding… benda juga.

Suria:  Lho… kami sembah Allah, tuhan yang tidak nampak.  Bukan sembah dinding.

Mei-Mei:  Sama saja… dinding juga ada kat depan.

Suria:  Kami mengadap arah kiblat.  Jadi ada dinding atau tiada,  kami tetap mengadap arah yang sama.

 

PS:  Jangan tiru cara Suria.  Fokus pada penerangan apa yang benar tanpa mengejek kefahaman orang lain.

*********

Seorang Tuan Guru menaiki kapalterbang.  Lalu disapa seorang non-muslim, Tan (nama samaran),”Boleh saya bertanya sesuatu?”

Tuan Guru:  Iya, boleh.

Tan:  “Saya lihat  orang Islam pun sembah benda seperti agama lain yang menyembah tokong-tokong dan patung-patung.”

Tuan Guru:  Apa buktinya?

Tan :  Itu, mereka sembah Kaabah di Mekah.  Bukankah Kaabah itu adalah benda yang diperbuat dari batu-bata?

Tuan Guru:  Kaabah di Mekah sebagai simbol penyatuan umat Islam.  Allah yang menetapkan arah demikian.  Kami tidak menyembah Kaabah itu sendiri tetapi menyembah Allah yang tidak mampu dilihat mata zahir kita.

Tan :  Maksudnya samalah dengan penganut Budha atau Hindu yang menyembah patung-patung mereka.  Mereka hakikatnya menyembah Tuhan yang tidak nampak.  Patung-patung itu sebagai wakil sahaja.

Tuan Guru:  Penganut Islam menyembah Allah secara langsung, bukan menjadikan Kaabah sebagai perantara.  Kalau kami sembah Kaabah itu sendiri, makanya jika kami berada di atas kapal terbang seperti sekarang, kami perlu sembahyang meniaraplah sebab Kaabah berada di bawah.

Atau jika kami berada di dalam kapal selam, maka kami perlu solat baring menelentanglah sebab Kaabah berada di atas tanah.

Begitu juga, andaikata JWW Bush bawa lari Kaabah ke Amerika dengan kapal, kami tetap akan mengadap ke arah Baitullah yang berkedudukan di Mekah.  Sekali-kali kami tidak akan solat mengadap ke arah Amerika walaupun Kaabah di bawa lari ke sana atau perlu meniarap jika berada di atas pesawat dan juga menelentang jika berada di bawah laut.  Cara solat orang Islam tetap sama walau di mana mereka berada iaitu berdiri mengadap ke arah Kaabah di Mekah.

Berbeza dengan penganut agama lain yang menyembah patung-patung, di mana ada patung, ke arah patung itulah mereka mengadap.

~****~****~****~

112:1

Katakanlah Allah itu esa (satu).

Say, “He is Allah , [who is] One,

112:2

Allah itu tempat tumpuan segala.

Allah , the Eternal Refuge.

112:3

Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.

He neither begets nor is born,

112:4

Dan tiada sesiapa pun yang serupa (sama) denganNya.

Nor is there to Him any equivalent.”

Al-Ikhlas 112: 1-4

Ummu Abbas

4 safar 1434H

12.19pm

Melbourne

Jom Heboh di Kota Bharu Cipta Sejarah!

Pengunjung Jom Heboh waktu malam. 25 Mac 2010.

Jom Heboh di Kota Bharu Amat Meriah! 

 

  

Sekian lama si glamour ‘Jom Heboh’ (Dulu ‘Sure Heboh’) tidak dapat memasuki Kelantan,  tahun ini julung-julung kalinya karnival anjuran TV3 mendapat lesen oleh Kerajaan Islam Kelantan.  Sebenarnya bukan susah sangat bekerjasama dengan Kerajaan Islam Kelantan jika masing-masing mahu taat dan patuh kepada perintah dan meninggalkan larangan Allah Yang Satu.  Lagi pula pihak pengurusan TV3 sama aqidah dengan majoriti warga Serambi Mekah. 

Jika mereka mahu mencari cara lain yang tidak diredai Allah, itulah yang menimbulkan konflik berpanjangan.   Para penguasa di Negeri Cik Siti Wan Kembang hanya melaksanakan amanah sebagai Khalifah Allah di muka bumi.  Bila disebut Khalifah, maka mereka dan kita hanyalah wakil Allah di muka bumi.  Khalifah juga umpama duta bagi sesebuah negara di negara yang lain.  Apabila di sebut duta, maka duta bertanggungjawab membawa aspirasi dan mempertahankan prinsip negara yang diwakilinya.   Apa akan jadi jika duta Amerika di Malaysia contohnya tetapi membawa aspirasi dan prinsip negara Iran?  Pernahkah berlaku begitu?  Continue reading

Bank-In CINTA: Esok Masih Ada

Salam ummu abbas.

Alhamdulillah sye terbuke web ini ketika sye btol2 sdang mncari pembacaan yg dpat menenangkan fikiran saya ketika ini. Saya adalah salah seorang drpda remaja yang hampir hanyut. Terjebak dengan cinta palsu lelaki. tetapi kami telah memutuskan hubungan kami. Dan sekarang saya amat menyesal dengan apa yang saya telah lakukan. Mungkin kami tidak pernah berzina fizikalnya, tapi berzina hati, telinga dan mata. Saya merasakan seperti harga diri saya sudah tercalar. Apatah lagi bekas teman lelaki sendiri pernah menasihati saya kurangkan berhubungan dengan lelaki, tunjukkan diri sebagai seorang yang bermaruah.

Saya merasa benar-benar malu. Dan terasa diri ini berdosa. Continue reading

Tip Khusyuk Dalam Solat

Ummat Islam solat di sekeliling Kaabah

Ummat Islam solat di sekeliling Kaabah

Ini adalah sebahagian tulisan saya untuk buku kedua, ” Dari Lubuk Hati Ibu”. Moga beroleh manfaat.

 Memahami tujuan solat iaitu satu bentuk komunikasi formal dengan Allah. Justeru wajarlah kita menghadirkan hati dan fikiran semasa sedang berkomunikasi dengan Allah.
 Contoh: Kita menghadiri satu temuduga memohon pekerjaan. Lazimnya kita akan berpakaian kemas kerana mahu menjaga imej dan penampilan yang meyakinkan penemuduga. Kemudian kita akan jaga tata tertib masuk ke bilik temuduga, berdiri dan duduk. Seterusnya kita akan mendengar dengan teliti apa yang dikata dan ditanya. Kita juga akan menjawab dengan berhati-hati dan penuh mengharap. Pendekata, kita memusatkan seluruh perhatian kita pada proses temuduga tanpa berfikir lagi tentang perkara-perkara lain. Kalau sesama manusia pun begitu sekali kita berusaha agar memperolehi sesuatu, bagaimana dengan Allah yang kita harapkan hidayah, pertolongan dan perlindungan dariNya? Iya, kita harus menjaga tatatertib solat menurut sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
 Bagi menambah penghayatan solat, kita perlu memahami makna bacaan solat serta memahami makna perbuatan (rukun dan wajib) solat.

 Selain menjaga tertib solat yang kita istilahkan dengan fikah ibadah, perkara lain yang mesti dijaga bagi mendapatkan solat yang khusyuk ialah meminimumkan dosa antara waktu-waktu solat. Segera beristighfar setiap kali tersalah atau terlupa melakukan perkara dilarang seperti memandang dan mendengar perkara yang diharamkan. Termasuk jugalah memohon maaf dari manusia yang berkecil hati dengan kita selagi kita menyedarinya. Dosa-dosa akan menghijab hati dari merasa kehadiran Allah di dalam solat.

Antara perkara yang sering dicuaikan oleh muslim yang mahu mendirikan solat ialah mengambil wuduk dengan air yang berlebihan. Sedangkan membazir itu sahabat syaitan.
Ayat 27 surah al-Isra’ memberitahu,
“ Sesungguhnya orang-orang yang suka membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

 Mengelakkan dari makan terlalu kenyang. Nabi Muhammad S.A.W berpesan,

ما ملأ آدمي وعاء شرا من بطن بحسب بن آدم أكلات يقمن صلبه فإن كان لا محالة فثلث لطعامه وثلث لشرابه وثلث لنفسه
Maksudnya;

Tiada satu bekas dipenuhi anak Adam lebih buruk dari perutnya. Memadai bagi anak Adam beberapa suapan sekadar menyambung hidupnya. Jika ia tidak mencukupi, maka hendaklah sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk pernafasannya.

Hadis direkod oleh Sunan al-Tirmizhi

 Sebagai alternatif meninggalkan perbuatan-perbuatan haram itu tadi, kita digalakkan membanyakkan zikrullah, bertasbih dan bertahmid. Apabila di luar solat, kita sudah melazimi mengingati Allah, maka lebih mudahlah bagi kita untuk khusyuk di dalam solat.

Ummu Abbas 2008