Puisi Ringkas Untuk Pemuda

Saya terpukau membaca kisah PM Turki, Erdogan yang berani berkata benar di hadapan Simon Peres, PM Israel. Semoga Allah lindungi dia dan menambah kekuatan ummat Islam di seluruh dunia.
Pra syaratnya, jagalah akidah, peliharalah IMAN dan TAQWA. Berhati-hati dalam setiap tindakan dan percakapan. Tambahlah ilmu di dada. Sentiasa beristighfar di atas apa jua kesalahan yang disedari mahu pun tidak. Kita sentiasa melakukan dosa; dengan anak-anak, dengan pasangan hidup, dengan ibu bapa, dengan rakan-rakan dan walau terhadap diri sendiri.

Kisah itu boleh diikuti di http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=1957&mode=thread&order=0&thold=0

Juga di http://abunuha.wordpress.com/2009/01/31/taib-erdogan-penakluk-davos/

Rasa hati spontan terluah seperti berikut;

Allahuakbar! Kemarau yang panjang akhirnya disirami gerimis. Pemimpin yang hanya takutkan Allah sudah bergema akidah tauhidnya. Menentang musuh Allah secara terbuka…

Ya Allah, berilah hati yang teguh kepada para pemuda kami…,
Cinta mereka hanya untukMu dan keranaMu…,
Jiwa mereka untuk dikorbankan demi agamaMu…,
Tinta pena mereka ditajamkan untuk menebus maruah agamaMu…,

Langkah kaki sentiasa bertaut dengan rumahMu…,
Di setiap alunan azan 5 waktu sehari semalam…,
Diam mereka hanya zikir dan fikir…,
Untuk kebangkitan Ummah semata…,
Berkata mereka kerna benar…,
Dan hanya yang benar…,

Ya Allah,
Hiasi hidup pemuda kami dengan permata suri solehah…,
Menghibur suami yang sah…,
Dengan puisi wahyu dariMu…,

Menenangkan jiwa pemuda kami dengan alunan zikrullah…kalamullah…,
Menitip rindu pada sebuah kematian…,
Yang akan menjadi jambatan pertemuan dengan Yang Maha SUci…,

Amin… Ya Rabbal alamin.

Khaybar…khaybar… Ya Yahuud
Jundu Muhammad saufa Ya’uud!
[Maksudnya; Khaybar, Khaybar, (nama sebuah tempat) Wahai Yahudi!
Tentera Muhammad akan kembali!]

Ganyang Yahudi…ganyang Yahudi…

Allahuakbar… walillahilhamd…

Ummu Abbas
2.57pm
5 Safar 1430H

Mengenal Hamba Yang Kenal Allah

Dalam perjalanan ke rumah Abah tadi, suami saya menemukan sesuatu yang menarik perhatian kami di TV3. Sebenarnya, suami memasang televisyen di dalam kereta untuk kemudahan anak-anak. Dapatlah kami memandu dengan lebih tenang apabila mereka diam dalam kereta.

Rancangan Al-Kuliyyah jam 5.30 setiap petang Jumaat itu ditamui oleh Pak Kiyai Aa Gym. Sudah lama saya tidak mendengar tazkirah darinya. Kali pertama mengenali Aa Gym ialah hari Jumaat juga yakni awal tahun 2005. Masa itu saya sedang berehat di salah sebuah hotel di Medan, Indonesia.

Petang Jumaat tersebut, saya sedang menidurkan anak kecil. Televisyen di pasang. Saya terpaku pada satu ceramah yang dihadiri ribuan orang. Ceramah itu merupakan siaran langsung. Lebih menarik ialah penceramah ditemani seorang wanita yang bertimpuh sopan di sisinya. Saya tertanya-tanya juga. Sekali-sekala wanita itu ditanya dan diusik oleh penceramah. Saya lagi teruja mahu tahu. Penceramah pun saya tidak kenal. Apatah lagi wanita itu. Setelah agak lama menonton ceramah yang sungguh menarik perhatian dan tidak pernah saya lihat seumpamanya di Malaysia, baru saya tahu penceramah tersebut dikenali sebagai Aa Gym. Manakala wanita sopan itu ialah isterinya.

Ceramah disampaikan dengan gaya santai tapi mengesankan. Maha Suci Allah yang memberikan kelebihan pada setiap hambaNya. Antara pengunjung yang menjadi tetamu istimewa pada masa itu ialah mangsa tsunami dari Banda Aceh. Aa Gym berdialog dengan mereka yang masih lagi trauma dengan kejadian tsunami. Saya kira strategi ini sangat bagus bagi memulihkan trauma, rasa sedih dan tertekan yang sedang dialami oleh mana-mana mangsa bencana alam. Jemputan khusus untuk mereka yang sedang dilanda musibah ke salah satu taman-taman syurga ini sungguh tepat pada waktunya.

Majlis ilmu diibaratkan oleh Rasulullah SAW sebagai salah satu taman-taman Syurga. Imam Ahmad merekodkan hadis tersebut di dalam kitabnya.

Alang-alang berada di Medan ketika Aceh belum pulih sepenuhnya, saya beriya-iya mahu melawat Aceh namun suami tidak mengizinkan. Suami sendiri sudah berkhidmat di Meulaboh semasa kejadian dengan menyertai rombongan WHO (World Health Organization).

Maha Suci Allah yang menjadikan awan tidak bertiang, tidak pula digantung dengan tali.  Hamba yang mencari Allah akan melihat Allah di sebalik setiap kejadianNya.
Maha Suci Allah yang menjadikan awan tidak bertiang, tidak pula digantung dengan tali. Hamba yang mencari Allah akan melihat Allah di sebalik setiap kejadianNya.

Antara perkara yang sering saya harapkan dari Allah ialah menemukan saya dengan para hamba yang dicintaiNya dalam musafir saya. Mengenali individu yang menyintai Allah dan dicintaiNya sungguh membahagiakan saya. Banyak perkara yang saya boleh belajar dari mereka khususnya ilmu mengenal Allah dan tip mendekatkan diri kepada Allah.

Hanya Allah jua yang mengetahui siapakah yang terbaik di sisiNya.

Banyakkanlah oleh mu menyebut Allah di segenap keadaan kerana tiada sesuatu amal yang lebih disukai Allah dan tidak banyak yang melepaskan hamba daripada bencana di dunia dan di akhirat daripada berzikir kepada Allah”

Hadis Direkodkan oleh al-Tirmizi

Allah memberitahu di dalam surah al-Anfal, ayat 33,

Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka sentiasa memohon ampun.

Ummu Abbas © Islam Itu Indah 2009
1.16pm
4 Safar 1430H/ 30 Januari