RONDA-RONDA MANIK URAI: Markas Mana Paling Meriah?

Saya menyusun foto-foto markas di bawah menurut pandangan saya ianya adalah paling meriah, meriah dan kurang meriah.

PERTAMA:

Markas Polis

Sebab-sebab kelayakan:  Markasnya paling besar dan didiami entah berapa ribu orang polis setiap markas.  Mereka juga sentiasa menghuni markas siang dan malam.  Kenderaan polis pelbagai gaya kelihatan sentiasa penuh di hadapan markas:  Bas, kereta peronda, van, motor trafik dan macam-macam ada.

Markas mereka juga kelihatan gah dengan khemah berwarna putih bersih.  Adakah khemah ini milik PDRM atau disewa?  Kalau disewa siapa pemberi sewa yang dapat kontrak memasang khemah-khemah ini?  Berapa pula kosnya?

Markas polis yang besar dan item paling menonjol di kawasan pilihanraya selain poster-poster parti yang bertanding.
Markas polis yang besar dan item paling menonjol di kawasan pilihanraya selain poster-poster parti yang bertanding.
Markas polis terbesar di Manik Urai terletak di simpang masuk ke Laloh
Markas polis terbesar di Manik Urai terletak di simpang masuk ke Laloh

 

KEDUA:

Markas atau pos atau bangsal panas PAS.

Sebab-sebab kelayakan:  Sentiasa ada penghuni dan menjadi tumpuan ramai.  Selain dimeriahkan dengan poster-poster dan bendera, sebahagian markas diceriakan lagi dengan gerai-gerai jualan.  Di waktu malam, kemeriahan lebih terasa dek ada ceramah yang mendapat sambutan dan gerai-gerai yang melimpahkan cahaya lampu.

SANY0426

Gerai-gerai di waktu malam berhampiran markas PAS
Gerai-gerai di waktu malam berhampiran markas PAS

 

KETIGA:

Markas UMNO/BN

Sebab-sebab kelayakan;  Seperti yang umum sedia maklum. Khabarnya seorang petugas UMNO menerima peruntukan sebanyak RM10,000 untuk menyewa rumah bagi kegunaan parti.  Namun hanya RM2000 yang digunakan.  Baki RM8000 lagi lesap entah ke mana.  Kalau benarlah khabar ini, ia bukan perkara pelik bagi parti UMNO yang sinonim dengan rasuah.

SANY0429

 

Sekadar untuk renungan bersama.

Email Dicuri Orang

“Setiap yang berlaku ada hikmahnya”

MAKLUMAN:

SEMALAM ALAMAT EMAIL SAYA TELAH DICURI ORANG.  SEORANG SAHABAT SAYA TELAH MENERIMA EMAIL SPAM DARIPADA EMAIL ummuabbas@yahoo.com.  HARI INI SAYA SENDIRI TIDAK DAPAT MASUK KE EMAIL TERSEBUT.  JUSTERU ITU, SAYA INGIN MAKLUMKAN SEGALA KIRIMAN EMAIL DARI EMAIL ummuabbas@yahoo.com MULAI PETANG SEMALAM BUKAN DARIPADA SAYA. 

SAYA SEMPAT MEMBALAS DUA EMAIL PAGI SEMALAM IAITU KEPADA ummuafiq dan Katie.  JADI ITULAH KIRIMAN EMAIL TERAKHIR DARI SAYA.

AKIBAT DARI KEJADIAN INI, SAYA JUGA INGIN UMUMKAN MULAI HARI INI, SAYA TIDAK LAGI MENGGUNAKAN ALAMAT EMAIL ummuabbas@yahoo.com UNTUK DIHUBUNGI DARI PENGUNJUNG BLOG.

SAYA JUGA BERHARAP MENDAPAT MAKLUMAT DARI PENGUNJUNG BLOG YANG PERNAH BERHADAPAN DENGAN MASALAH SEPERTI INI BAGAIMANA CARA MENGATASI MASALAH INI.  BANYAK MAKLUMAT DALAM EMAIL TERSEBUT YANG MASIH SAYA PERLUKAN.

SEKIAN, HARAP MAKLUM.

TERIMA KASIH.

Inna lillahi wainna ilayhi raaji’un

ummuabbas

12 Julai 2009