Ramadan- Indahnya Kedatanganmu

Assalamu’alaykum para pembaca yang dikasihi Allah,

Saya mempersilakan para pembaca menikmati halwa telinga ini bersama artikel Plan Ramadan untuk Anak-anak. Nasyid ini dalam Bahasa Arab. Mohon maaf kepada mereka yang tidak memahami Bahasa Arab. Namun melodinya masih lagi dapat dinikmati, insya Allah.

Semoga kita semua mendapat barakah dan rahmat Ilahi yang melimpah ruah pada Ramadan 1430 ini. Alhamdulillah…Ya Allah…dengan kebaikanMu…Engkau izinkan lagi kami menghirup udara Ramadan tahun ini.

Plan Ramadan untuk Anak-anak

    Abu Hurayrah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a. telah berkata,

    “Ramadan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah swt telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia sangat rugi.”

    Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad dan al-Nasa’i

****************
Saya telah menulis mengenai Ramadan pada 6 Ogos 2008 dengan tajuknya, “Bulan Berkasih”. Ia sebuah artikel yang mengandungi manual ringkas meningkatkan pencapaian diri di bulan Ramadan. Semoga Allah membantu kita.

Kali ini saya mahu berbicara mengenai menyambut Ramadan bersama anak-anak. Continue reading “Plan Ramadan untuk Anak-anak”