Gala Pesona Cik Siti Wan Kembang

Petang semalam saya hadir majlis pertunjukan fesyen Gala Pesona Cik Siti Wan Kembang di Dewan Konvensyen, Pusat Dagangan Kota Bharu. Majlis ini diadakan secara tertutup untuk wanita sahaja. Seronok dan menenangkan bila segala apa yang dibuat menepati kehendak syariat. Saya masukkan foto-foto dahulu. Ulasan lanjut akan menyusul kemudian. Pengacara majlis ialah Syarifah Nur dari TV9.... Continue Reading →

Tip Elak diPukau

Pukau biasanya menggunakan jin. Pendindingnya ialah membaca ayat Kursi dengan 9 kali wukuf (tempat berhenti bacaan).  Amalkan baca dua kali sehari yakni pagi dan malam terutama semasa mahu tidur.  Bacalah dengan faham maksud ayat-ayat tersebut dan menghayati sepenuh hati serta yakin dengan Allah.  Insya Allah, ayat Kursi ini bukan sahaja menjadi penjaga dari dipukau, bahkan... Continue Reading →

Mahu rawat resdung, dara yang hilang

Seorang ibu membawa anak gadisnya berjumpa bomoh resdung.  Bomoh  itu menggelarkan dirinya Bomoh Muda.  Kedua beranak itu membayar lebih RM300 untuk membuat rawatan resdung.  Bomoh itu segera menunaikan kewajipannya.   Keesokan harinya, Bomoh Muda menelefon si gadis, “Saya akan buat rawatan susulan secara percuma tapi tolong duduk jauh sikit dari ibu.  Saya lihat ibu adik... Continue Reading →

Tentang Solat Jamak

Salam'alaikum kak, Saya menetap bersama suami di Kuala Lumpur (KL).  Saya dapat sambung master 4 tahun; Setahun di Pulau Pinang dan 3 tahun di KL.  Untuk tahun pertama, saya tinggal di Pulau Pinang bersama ibubapa.  Setiap Jumaat saya balik ke rumah suami.  Bolehkah saya Solat Jamak pada hari Sabtu dan Ahad?  Atau tidak boleh kerana... Continue Reading →

Dari Lubuk Hati Ibu- Untuk anak remaja

Semalam saya mendapat panggilan dari sahabat, Kak Cik yang memberitahu tentang perkembangan karya bersama kami, “Dari Lubuk Hati Ibu”.  Buku itu dilamar oleh sebuah syarikat penerbitan terkenal di negara ini.  Antara perkara yang menyeronokkan bagi penulis ialah apabila karyanya dilamar penerbit.  Alhamdulillah. Biasanya penulis bersusah payah mencari penerbit.  Itu pun bukan mudah mencari penerbit untuk... Continue Reading →

Blog di WordPress.com.

Atas ↑