‘Terperangkap’ di Luar Kereta

Strawberry di Cameron Highland

Sabtu, 9 Muharram 1431H/ 26 Disember merupakan hari terakhir permusafiran kami selama 4 hari 3 malam.  Perjalanan dari Kota Bharu-Cameron Highland-Ipoh-Kuala Lumpur-Kota Bharu itu begitu memberi manfaat buat kami sekeluarga.

Pagi Sabtu  itu, saya berkemas untuk check -out hotel dan sempat menghadiri sesi akhir seminar anjuran PAPISMA.  Sesi pembentangan resolusi hangat seperti mana perbahasan hasil ceramah Dr Mujahid Yusof pada malam sebelumnya.   Kami check-out kira-kira jam 2 petang.  Singgah di Hospital Selayang, suami melawat YB Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh, ADUN Melor.

Dari Hospital Selayang, kami bertolak pulang ke Kota Bharu.  Akibat kepenatan, saya tertidur.  Tidak lama terlelap, saya terkejut tatkala suami membelok kereta masuk ke stesen minyak Petronas berhampiran tol Gombak.  Hujan lebat turun mencurah-curah.  Continue reading “‘Terperangkap’ di Luar Kereta”

Advertisements