Pra -Kredit Akaun CINTA

Oh ya… sebelum Farah menerima lamaran Syam, Farah pernah dilamar beberapa orang pemuda. Dari situ, Farah bertambah yakin kepada Allah bahawa hamba yang mentaati perintahNya pasti tidak disia-siakanNya. Farah tidak pernah ber’cowok’. Justeru jika ada lelaki yang meminatinya, mereka terus menghulurkan lamaran. Bukan lagi mengutus cinta untuk bermain-main. Bila terasa jemu, ditinggalkan begitu saja.

Pantang bagi Farah menjalin hubungan sekadar untuk ‘test market’. Farah juga merenung hikmah yang semakin hari semakin indah untuk dihayati. Hikmah suruhan dan larangan Allah hanya dapat diresapi tatkala kita menunaikan tuntutanNya.

    Zaki berkempen mengatakan ayam goreng KFC itu sedap dan lazat setelah merasainya.

    “Firdaus, sedaplah ayam goreng KFC ini. Sudahlah lazat, berkhasiat pula”.

    Jika Firdaus hanya mendengar kempen itu tetapi tidak cuba meletakkan ayam itu di lidahnya, adakah dia dapat merasai kelazatan ayam KFC?

    Tidak, bukan?

Begitulah syariat Allah sama ada berbentuk suruhan dan larangan, keindahan dan kemanisannya tidak akan dinikmati kecuali oleh para hamba yang mengamalkannya.

Seorang sahabat Farah, Anisa juga gadis yang pandai menjaga maruah diri pernah dilamar kira-kira 50 orang lelaki. Continue reading “Pra -Kredit Akaun CINTA”

Advertisements