Akaun CINTA: Esok Untuk Siapa?

Farah menamatkan ijazah Sarjana Muda semasa berusia 24 tahun. Beberapa orang kawan-kawannya ada yang sudah berkahwin semasa belajar. Biasanya kawan-kawan yang kahwin semasa belajar berfikiran agak matang.

Seusai tamat belajar, Farah mengisi masa dengan menjadi guru ganti di sekolah-sekolah yang gurunya bercuti. Farah seronok mendapat pengalaman baru. Farah juga aktif dengan aktiviti masyarakat terutama berkaitan program membimbing remaja sekolah.

Farah jenis yang tidak boleh duduk diam. Ada sahaja perkara yang akan dilakukannya jika tiada aktiviti di luar rumah. Antaranya, Farah menjadi editor sambilan.

Dalam meneruskan rutin harian, Farah tidak dapat menafikan desakan fitrah yang mahu berpasangan. Cinta yang disimpan selama ini, pada siapakah akan diluahkan? Continue reading “Akaun CINTA: Esok Untuk Siapa?”