Bolehkah Solat Jamak Qasar di Kampung Ibubapa? [Edit pada 17 Okt 2011]

2010/01/09 at 12:25am

Sakinah.

Assalamualaikum kak nur,

Semoga kak dan famili dalam sejahtera..

Ummu Abbas: Wa’alaikum salam warahmatullah Sakinah. Terima kasih atas doanya. Semoga Sakinah dan keluarga juga diberi kesihatan yang baik, iman yang tetap dan bahagia selalu.

Saya ada beberapa soalan kak..

1. Saya dan suami tinggal rumah di Johor. Suami kerja sini. Maksudnya inilah rumah kami menetap kan? Rumah (kampung) asal suami di Penang. Kalau kami balik Penang, di rumah saya boleh buat solat jamak. Suami saya boleh ke?

Jawapan: Tempat bermastautin (menetap) bergantung kepada niat kita. Jika kita memang tinggal dan bekerja di Johor, maka itulah tempat kita menetap. Selain tempat menetap, kita diharuskan menunaikan solat Jamak dan Qasar apabila melebihi 2 marhalah (kira-kira 96 kilometer). Oleh sebab itu, Sakinah dan suami boleh menunaikan solat Jamak Qasar di Pulau Pinang walaupun ia rumah asal suami. Tempat yang sudah ditinggalkan dan menetap di tempat lain tidak lagi dianggap tempat bermastautin.

 

 

Sumber foto.

2. Kalau saya balik rumah ibubapa di Sabah, boleh ke saya solat jamak di rumah?

Jawapan: Berdasarkan keterangan yang sudah dinyatakan di atas, boleh solat Jamak Qasar di rumah ibubapa di Sabah.

 

Namun perlu diingat, syarat sah Jamak Qasar di mana-mana tempat kita bermusafir ialah jika berniat tinggal kurang dari 3 hari.  Jika kita berniat menetap lebih dari 3 hari, maka tidak harus solat Jamak Qasar apabila sampai ke tempat tersebut.

 

Jika kita tidak tahu berapa hari kita akan tinggal di sesuatu tempat, maka kita dibolehkan solat Jamak Qasar sepanjang masa kita berada di sana.

 

 

 3. Misalnya saya pergi ke KL tinggal di bilik sewa selama 30 hari. Saya dah nak balik ke Johor lah, bas saya bertolak pukul 9 malam. Boleh ke saya buat solat jamak takdim maghrib dan isyak di bilik sewa itu atau perlu buat di tempat pada jarak tertentu?

Jawapan:  Boleh solat Jamak Qasar di bilik sewa itu semasa hari berangkat untuk pulang ke tempat bermastautin kerana ia hanya tempat menginap sementara dalam musafir.  Ia bukan tempat bermukim atau tempat mastautin.

Apa pun, bagi 1,2 dan 3 di atas terdapat khilaf pendapat.  Ada yang mengatakan tidak boleh solat jamak qasar di kampung asal.  Boleh rujuk di sini.

4. Kalau saya belajar dan tinggal di asrama USM 3 tahun. Malam itu saya nak ke KL, bas bertolak 9 malam. Boleh ke saya buat solat jamak takdim di dalam bilik saya?

Jawapan: Asrama tempat belajar dikira tempat bermukim. Jadi perlu keluar dari kawasan untuk menunaikan solat Jamak Qasar. Ia berbeza dengan bilik sewa di atas kerana bilik itu disewa untuk jangka masa pendek sahaja.

5. Niat jamak orang ajar “sahaja aku solat isyak fardu jamak takdim ke dalam waktu maghrib qasar 2 rakaat kerana Allah ta’ala”. Panjang sangat.. daripada kawan2 yang mengambil peluang untuk memberi ilmu kepada saya masa mula2 masuk Islam, saya pasti ramai yang buat niat begitu.. Bukan ke susah..

Bukan ke hanya cukup terlintas dalam hati ketika takbir “isyak fardu jamak takdim qasar” ? Jumlah rakaat dan kerana Allah ta’ala bukanlah yang wajib ada dalam niat tapi buat pun boleh. Dari bacaan buku formula solat sempurna ustaz zaharuddin begitulah saya faham dan juga kelas dan bengkel solat yang pernah saya ikut. Boleh kak jelaskan?

 

Jawapan: Benar apa yang difahami oleh Sakinah. Niat ialah lintasan dalam hati untuk menunaikan sesuatu. Ia tidak perlu disusun ayat yang panjang-panjang hingga susah mengingatinya, apatah lagi menyebutnya. Islam adalah agama yang mudah dan mempermudahkan ummatnya.

مَا يُرِيْدُ اللّٰهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِّنْ حَرَجٍ وَّلٰـكِنْ يُّرِيْدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَ لِيُتِمَّ نِعْمَتَه عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ‏

Maksudnya;
Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia mahu membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. –Al-Maidah; Ayat 6-

Muhammad Nasiruddin al-Albani berpendapat melafazkan ‘sahaja aku solat’ merupakan bid’ah yang bukan bersumber daripada Rasulullah s.a.w. Cuma ulama berselisih pendapat adakah ia bid’ah hasanah (bid’ah yang baik) atau bid’ah sayyi’ah (bid’ah yang buruk). Pendapat ini didasarkan kepada dua hadis berikut.

Adapun menetapkan niat dengan menyebut ‘lillah’ atau kerana Allah adalah perlu bagi membezakan kita melakukan ibadah semata-mata keranaNya. Jika tidak melafazkannya, dibimbangi niat kita terpesong untuk perkara lain.


Boleh juga niat seperti ini yakni niat pertama, “Solat jamak taqdim maghrib dan isyak”. Semasa mahu mengangkat Takbiratul Ihram solat Maghrib, niatkan secara khusus untuk solat tersebut, “Solat maghrib 3 rakaat kerana Allah”. Selepas salam solat Maghrib, bangun untuk Takbiratul Ihram solat Isyak dan berniat, “Solat Isyak qasar kerana Allah”.

 

Wallahua’lam.

syukran ya kak..

Sama-sama.

Ummu Abbas
3 Safar 1431H
2.24pm

34 thoughts on “Bolehkah Solat Jamak Qasar di Kampung Ibubapa? [Edit pada 17 Okt 2011]

Add yours

  1. Assalamualaikum kak,

    Kak dah jelaskan..Syukran 🙂 Saya nak copy paste di blog saya kak. Takkan lupa sertakan rujukan.

    Oh dalam solat jamak ni, boleh buat atau tidak kata kuncinya adalah tempat bermukim dan tempat bermusafir. Alhamdulillah dah sangat jelas sekarang.

    Tentang niat tu, kesian dengan saudara belah mertua dulu. mereka tak biasa bermusafir jadi tak biasa solat jamak. mereka solat ikut panduan buku.. niat yang ditulis dalam buku tu punyalah berjela-jela panjang. Nak beritahu yang betul tapi takut tak percaya pula. Yang penting mereka yakinlah dengan apa mereka buat. Lagipun tidak salah niat begitu cuma menyusahkan saja. Saya pernah alaminya, ulang beberapa kali takbir. Tak dapat habiskan niat begitu panjang dalam satu nafas. Dah tahu ilmu yang betul, barulah mudah.

    Saya hairan dengan buku-buku panduan solat, mengajar (menulis) niat yang panjang berjela2.

    Wa’alaikum salam wbh Sakinah. Kak Nur selalu juga berpesan pada pelajar, ramai juga orang takut menambah ilmu, takut jadi alim dan warak. Walhal, kalau bertambah tahu, bertambah mudah urusan kita dalam banyak perkara.

  2. kak… bukan ke kalau kita niat nak tinggal di satu-satu tempat tu… lebih dari tiga hari… maka dah tidak buleh nak jamak lagi… jawapan kepada soalan nombor dua tu tak lengkap… buleh mengelirukan…

    begitu jugak, bila kita tidak faham tentang jamak qasar ni… maka kita tak buleh nak buat jamak qasar nih…

    Terima kasih el atas peringatan. Saya sudah tambah keterangan pada jawapan nombor dua.


  3. salam sejahtera..
    sekadar berkongsi ilmu…saya tertarik dengan soalan dan jawapan no.3.
    – Jawapan nor tentang solat jamak qasar tu tiada salahnya,cumanya soalan tu dia tanya tentang solat jamak taqdim.
    – dibolehkan jamak taqdim di rumah tempat bermastautin sekiranya mahu bermusafir. ini berdasarkan hadis :
    Daripad Ibn Abbas katanya:

    “Inginkah tuan-tuan saya ceritakan perihal solat Rasulullah s.a.w. semasa mahu berpergian?” Jawab kami: ’Baiklah”. Lalu katanya: ”Selagi berada di rumah dan matahari telah tergelincir (sesudah zuhur), Baginda s.a.w. melakukan solat dengan menjamakkan zuhur dengan asar sebelum berangkat, tetapi syaratnya sebelum tergelincir matahari. Baginda s.a.w berangkat hingga nanti waktu asar masuk, baginda pun berhenti dan melakukan solat zuhur dan asar. Begitu juga jika selagi berada di rumah sesudah masuknya waktu maghrib, Baginda s.a.w melakukan solat menjamakkan maghrib dan isyak, tetapi kalau Baginda s.a.w mahu berangkat sebelum masuknya waktu maghrib,baginda terus sahaja berangkat dan apabila masuk waktu isyak, Baginda s.a.w akan berhenti lalu melakukan solat dengan menjamakkan maghrib dan isyak”.

    (Riwayat Imam Ahmad, Syafi’i dan Bahaiqi dengan isnad yang baik)

    semoga kita sama2 berada di jalan yang lurus…..Allah jua yang lebih mengetahui

    Jawapan saya sudah menepati soalan sebenarnya. Cuma saya tidak menyebut ‘jamak taqdim’. Saya hanya menyebut boleh mula solat jamak qasar di bilik sewa tersebut berkait dengan soalan yang dikemukakan. Jadi ia menjurus kepada soalan yakni jamak taqdim. Walau apapun, terima kasih atas tambahan maklumat.


  4. Maaf atas kesilapan no.rujukan ..soalan & jawapan no.4 sebenarnya iaiitu yang bertulis..”4. Kalau saya belajar dan tinggal di asrama USM 3 tahun. Malam itu saya nak ke KL, bas bertolak 9 malam. Boleh ke saya buat solat jamak takdim di dalam bilik saya?

    Ok. Terima kasih atas makluman.


  5. ada pandangan yang menyebut boleh solat solat magrib takhir dan kemudia isak nya pula di qasarkan setalah sampai di tempat bermukim, iaitu setelah kembali dari b’musafir.

    mhon beri komen

    Memang wujud perbezaan pandangan ulama dalam hal ini namun setiap pandangan yang berbeza perlu dilihat kepada hujjah yang digunakan. Keutamaan adalah berpegang dan beramal kepada pandangan yang mempunyai hujjah yang lebih kuat. Jika pandangan tidak berasaskan hujjah, maka ia perlu diabaikan sahaja. Wallahua’alam.


  6. Salam… sekadar makluman dan tambahan…

    Saya pernah mendengar perbincangan pasal solat jamak di radio terengganu FM pada waktu petang… kupasan drp ustaz tentang “overhaul solat” dan berkenaan solat jamak yang selalu disilap faham oleh kebanyakan orang kita yang mesti syaratnya musafir.. disini saya pastekan alamat artikel drp salah seorang ustaz yang membicarakan tentang solat jamak tapi bukan dalam musafir… semoga kita mendapat ilmu yang bermanfaat dan janganlah kita menyusahkan dlm menunaikan solat sehingga rela mengqadanya drp menjamaknya…

    sekian..wassalam

  7. Assalamu’alaikum wbh,

    Terima kasih kepada Zulkifli yang menyertakan link berkenaan untuk rujukan.

    Saya juga telah menulis mengenainya berdasarkan kes yang berlaku di bawah tajuk-tajuk berikut;

    1. Bolehkah-pesakit-solat-jamak

    2. Pendarahan-semasa-hamil-dan-air-ketuban

    Sekian, harap maklum.

  8. sy bljr d kemamam terengganu…
    rumah sy di kuala terengganu…
    pada setiap mggu sy blek ke rumah..
    blehkah sy menunaikan solat jamak dan qasar….????

    Boleh solat jamak qasar di pertengahan jalan. Apabila sampai ke rumah, solat harus ditunaikan secara sempurna dan tidak boleh dijamakkan kerana darurah yang mengharuskan solat jamak qasar sudah luput.


  9. Assalamu’alaikum wbh…
    berkenaan dengan niat solat jamak yg terlalu panjang.
    saya ada terbaca dalam sebuah buku yang mengatakan kita boleh berniat jamak semasa di dalam solat tetapi sebelum memberi salam yg pertama. betul kah pendapat ini???
    minta tolong jelas kan kerana saya selalu mempraktikaknnya berniat jamak dalam solat sebelum salam yg pertama…
    tq

    Wa’alaikum salam warahmatullah.

    Iya, boleh berniat sedemikian.

  10. salam..
    sy adalah seorng pelajar universiti di selatan tanah air. selepas pulang bercuti di kg selama seminggu,adakah boleh sy menunaikan solat jamak dan qasar dirumah sendiri sekiranya sy mempunyai perjalanan bas jam 8.30 mlm dari kelantan ke johor?

    Wsalam. Keluar dahulu dari kawasan kampung dan boleh solat jamak qasar di luar kawasan kampung. Boleh juga solat di stesen bas yakni sebelum menaiki bas. Biasanya kawasan stesen bas mempunyai surau.

  11. assalamualaikum..

    sy mohon penjelasan tentang solat jamak & qasar. sy bekerja di gua musang, kelantan dan menyewa rumah di sana.Rumah ibubapa sy di kota bharu.Jarak antara dua tempat itu melebihi 2 marhalah.Tiap-tiap hujung mggu sy akan pulang ke rumah ibubapa,adakah sy boleh melakukan solat jamak & qasar di rumah ibubapa sy?

    terima kasih atas perhatian.

    Wa’alaikum salam.

    Berdasarkan latar belakang yang diceritakan di atas, apa yang saya fahami Faizal masih mempunyai status pemastautin di rumah ibubapa sendiri. Oleh sebab itu Faizal tidak harus melakukan solat jamak qasar di rumah ibubapa. Hanya boleh solat jamak qasar di pertengahan jalan antara Gua Musang dan rumah ibubapa.

    Wassalam.

  12. Assalamualaikum,

    Saya bekerja di KL dan menyewa bilik di KL dan setiap minggu saya akan pulang ke rumah keluarga sendiri di Terenganu. Setiap Isnin pagi saya akan bertolak ke Kuala Lumpur dan setiap petang jumaat akan pulang ke Terengganu. Ini bermakna saya tidak pernah menetap di KL lebih daripada 3 hari (tidak termasuk hari 2 hari perjalanan). Adakah saya dikira pemastautin di KL atau di Terengganu atau kedua-duanya sekali? Bolehkah saya menunaikan solat jamak sepanjang 3 hari di KL?

    Sekian. Terima Kasih

    Wa’alaikum salam wbh.

    Menurut apa yang saya fahami, kedudukan saudara adalah pemastautin di KL kerana bekerja di situ. Justeru itu, saudara tidak boleh solat jamak sebaik sahaja tiba di KL walaupun tinggal kurang dari 3 hari.

    Saudara juga dianggap bermukim di kampung halaman sendiri. Jadi tidak boleh solat jamak di rumah keluarga.

    Saudara hanya boleh solat jamak di tengah perjalanan antara KL dan Teerengganu.

    Wallahu’alam.


  13. Assalamualaikum..

    Saya menetap di Melaka dan akan ke Pulau Pinang untuk majlis hari persandingan saya. Saya akan ke P.Pinang pada hari Khamis dan akan kembali ke Melaka pada hari Ithnin (bererti 5 hari musafir) Semasa saya sudah sampai di tempat destinasi P.Pinang, boleh tak saya solat Jamak Qasar dirumah pengantin perempuan. Maknanya selama berada dirumah pengantin perempuan dalam jangkamasa 5 hari tu..

    Sekian, terima kasih.

  14. assalamualaikum…
    saya ade satu kemusykilan…
    saya sekarang bekerja di sepang dan menetap di labu N9..
    kampung halaman saya di perak…selalunya,dalam perjalanan balik kg saya selalu solat jama’ & qasar ..kemudian dalam masa 3 ari di kg saya solat jama’ & qasar.
    tetapi baru2 ni ade pendapat mengatakan yg saya tak bleh solat jama’ & qasar di kg kerana saya berniat utk hidup dan mati di kampung…saya musykil…apa itu bermukim n apa pulak bermastautin..?tlg bantu saya yg keliru ini…
    terima kasih.. 🙂

      Wa’alaikum salam warahmatullah.

      Beza antara bermukim dan bermastautin sudah ada dalam artikel di atas. Mohon dibaca semula.

  15. asslamualaikum… sye nk brtnye mngenai solat jamak n qasar ni.. sye brljar di kelantan & ble cti hjg sem sya akn blk ke jhor.. biasenye bas sye brtolk pkl 8 mlm blh ke sye lkukn solt jmak qasar pd wktu mgrb?

    Wa’alaikum salam wbh.

    Boleh. Ia disebut sebagai ‘jamak taqdim’, maksudnya solat jamak yang didahulukan.


  16. Assalamualaikum.. saya nak tanya tentang tempoh solat qasar & jamak, contohnya, saya hendak ke kuala lumpur & tinggal di rumah saudara untuk 6 hari, bolehkah saya menunaikan solat qasar & jamak?? kemudia, contohnya, saya & suami saya hendak bercuti di luar negara untuk 6@7 hari, bolehkah saya solat qasar & jamak??

  17. Salam. Saya ada satu soalan, sekiranya saya tinggal di Johor, tetapi ada urusan di Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 hari, adakah boleh untuk mengerjakan solat fardu secara jamak dan qasar?

    Wsalam. Jika sudah berniat tinggal di suatu tempat lebih dari 3 hari, tidak boleh solat jamak dan qasar apabila tiba di tempat tersebut.

  18. salam kak,
    saya ada sedikit kemusykilan la..

    saya ada terbaca 1 artikel yg mengatakan dibolehkan solat jama’ qasar walaupun jarak musafir kurang 90KM dan tiada jarak khas utk seseorang buat solat jama’..sebabnya,ada hadis soheh yg mengatakan Rasulullah sendiri buat solat jama’ walaupun tak sampai 90KM..n Allah dan rasul sendiri tak pernah menetapkan jarak tu..Kawan saya sendiri mengamalkan pendapat ni..jadi,saya dah confius kat sini boleh ke sebenarnye nak amalkan pendapat ni,sebab kite kan disuruh mengikut amalan rasulullah…boleh akak tolong jelaskan?

    Wsalam. Jika pendapat tersebut disertakan dengan dalil-dalil dan huraian yang jelas serta meyakinkan, maka boleh diikut. Jika sebaliknya, tidak perlu diikut.

  19. Assalamualaikum.. saye nak tanye boleh ke tunaikan solat jamak dan qasar dalam keadaan yg berikut. Sy belajar di n9. Bermastautin kat trngganu. Sesampai nye saye ke n9 dari trgnu, boleh ke sy solat jamak dan qasar di surau dekat stesen bas tersebut meskipun tmpat blajar sy dah x jauh dr surau tersebut?

    Wa’alaikum salam warahmatullah.

    Jika surau tersebut berada di luar mukim tempat belajar, boleh solat jamak dan qasar.

  20. assalammualaikum…

    minta kak nur jwbkn soalan yg diutarakn oleh sharifah maizura
    sbb sy pun ingin tahu beza bermukim dan bermastautin..

  21. Wa’alaikum salam Azizzul,

    Maksud perbezaan istilah boleh lihat di sini;

    al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=159&t=36046

    Info di sini juga membantu untuk menambah kefahaman.

    hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bhg212.htm

    Saya juga baru menyunting artikel di atas.

    Harap maklum.

  22. boleh ke solat jamak takhir setelah sampai di rumah tempat bermustautin seperti solat maghrib ke dlm waktu isyak

  23. Saya tinggal di Kuantan dan ke KL untuk urusan kerja. Saya bertolak dari KL pukul 12 tgh dan dijangka tiba di Kuantan 3.30 ptg. Dipertengahan jalan setelah masuk waktu zohor, adakah boleh saya jamakkan zohor dan asar? Waktu asar dijangka masuk pukul 4.30 ptg.

    Jika kita merujuk kepada illah [penyebab] yang membolehkan solat dijamakkan ketika bermusafir ialah kerana jarak jauh, maka sudah tentu diharuskan solat jamak dalam situasi di atas. Faktor masa dalam musafir bukan penghalang solat dijamakkan. Wallahua’alam.

  24. Salam Ummu. Saya nak share artikel ni dgn kwn saya. dia pnh ty saya ttg ni tp sy xdpt jelaskan. tq

    Wsalam. Boleh dan mohon dilinkkan ke sumber asal 🙂

  25. Saya masih blaja dan tinggal di universiti. 5 tahun saya dekat sini. Kalau saya balik rumah( dah lebih 2 marhalah) , boleh ke saya jamak kat rumah( tak lebih tiga hari )? Tapi saya dah anggap universiti tu mcm rumah saya dan rumah asal tu mcm balik kampung. Boleh jamak lagi ke?

    Haris, boleh solat jamak.

  26. Assalamualaikum kak. Ingin bertanye disini.Saya belajar di Penang selame 3 bulan dan bakal dipindahkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat degree di Kedah untuk 5 tahun.

    Soalan saye, jika saya pulang ke rumah ibu bape saye di shah alam utk bercuti tidak lbh dri 4 hari, bolehkah saye solat jamaq qasar di rumah ibu bape saye di shah alam ? Menurut satu blog, Watan asli, menurut jumhur ulama adalah merujuk tempat kediaman kekal dengan niat tidak pindah ke tempat lain. Samada tempat kelahirannya atau tempat lain. Di sini saye keliru, sebab saye belajar di penang dan bakal dipindahkan di kedah. Dan selepas abes degree, kemungkinan saye akan dihantar bekerja di negeri laen.

    Adakah rumah ibu bape saye di shah alam masih dikire sebagai watan asli tempat saye bermukim ? sebab belajar dkt kedah dh 5 tahun. nnti keje mungkin dkt negeri laen bertahun tahun. Nnti klw dh kawen pon mungkin akan berpindah dan menginap di tempat baru bertahun tahun. Blk rumah ibu bape pon jarang2. Saye tidak pasti di mane saye bermukim. Nak kate watan asli saye di rumah ibu bape saye di shah alam pon mcm ragu2 jugak sebab saye tak pasti saye menginap di rumah ibu bape dgn niat tak pindah tmpat laen ke ? nnti klw bekerja di negeri laen kene pindah dkt negeri laen. Tu bole jadi tempat kediaman saye. Nnti klw kahwin dan tinggal di rumah baru, tu bole jadi tmpat kediaman saye. Saye keliru di mane tmpat saye bermukim dan tmpat watan asli.

  27. situasi: si A bljr d suatu tmpt utk tempoh beberape thn..pulang ke kampong hlaman y melebihi 2 marhalah.. basnya pkul 8mlm.. dlm perjalanan ke stesen bas, dye tidak terdaya utk solat mgrib dlu sebelom naik bas.. bas akan berhenti d persimpangan kampongnya.. si A berniat dlm perjalanan td utk solat qada saje solat mgrib apabila smpi d rumahnya.. adkh benar solatnye?? suatu persolan y perlu dirungkai utk shbt2 tersayang..

  28. Salam…sy menyewa ditempat A selama 2 tahun. jika saya mahu pulang ke kampung B (130km) selama 3 hari kemudian ke kampung C (185km dari kampung B) selama 3 hari kemudian balik ke kampung B (185km dari kampung A) selama 3 hari, dan kemudian pulang ke tempat saya menyewa iaitu di tempat A(130km dari kampung B). adakah saya boleh terus melakukan solat jamak dan qasar di setiap kampung B dan C?… terima kasih…

    Wsalam. Mohon maaf, agak terlewat membalas pertanyaan ini. Iya, boleh.

  29. Assalamualaikum,

    Maaf, saya mahu bertanya. Rumah keluarga saya di Kedah dan saya belajar di Penang. Satu hari saya mahu ke kenduri kahwin di Perak. Jadi saya bertolak dari Penang ke Perak. Perjalanan melebihi 2 marhalah. Jadi, saya boleh melakukan solat jama’ & qasar. Dalam perjalanan pulang dari Perak ke Penang, saya singgah untuk seketika di rumah keluarga saya iaitu di Kedah. Persoalan di sini, boleh atau tidak saya melakukan jama’ atau qasar di rumah keluarga saya? Jika ada khilaf pendapat sama ada boleh atau tidak, saya mohon disertakan kerana ada kawan memberitahu ia khilaf. Mohon bantuan.

  30. Semua jawapan bagu . Tapi saya masih musyki. Tolong saya jawap. Saya sekarang belajar di Brickfields Asia College KL dan saya ade asrama disitu. Saya pulak tinggal di melaka. Andaikata saya hendak balik ke melaka tak lebih 3 hari pun, boleh ke saya jamak dan qasar ? Please tolong saya wahai saudara saudari.

  31. kawan saya murid sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak 100 km dri rumahnya.dia menyertai satu aktiviti kokurikulum yg diadakan berdekatan dengan kampung halamannya.soalannya,bolehkah kawan saya melaksanakan solat jamak dan qasar sepanjang aktiviti itu berlangsung?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: