Kredit CINTA: Mawar Tetap Berduri



Di Ambang CINTA Bersemi

Farah sama seperti mana-mana gadis di ambang pertemuan dengan suaminya, mahu tampil secara terbaik di hari pernikahan dan majlis walimah nanti. Farah bertanya Syam, pakaian apa yang mahu dipakai agar mereka boleh tampil sedondong. Farah teringin memakai sepasang songket atau mana-mana baju yang cantik-cantik disewa di kedai pengantin.

Apa pandangan Syam?

 “Tidak perlu rasanya. Membazir sahaja”.

Ada benarnya pendapat Syam. Farah sudah ‘survey’ dibeberapa kedai pakaian pengantin. Kos sewanya beratus juga. Sewa beratus untuk dipakai sehari sahaja memang membazir. Sedangkan membazir itu sahabat syaitan.

Bila disebut membazir, Farah berusaha melawan kehendak nafsu. Nafsu yang dituruti, seronoknya sekejap cuma. Selebihnya hanya perasaan menyesal yang menjadi teman. Lebih-lebih lagi, Farah mahu pertahankan prinsip untuk mendapat barakah dalam perjalanannya bertemu peneman cintanya sepanjang hayat, insya Allah.

Iya lah… siapa yang tidak teruja mahu berhias sebaik mungkin pada hari bergelar raja sehari. Fitrah wanita memang begitu; suka melawa dan suka benda yang cantik-cantik. Continue reading “Kredit CINTA: Mawar Tetap Berduri”