Keluar angin melalui faraj (kentut vagina)

Dalam seminggu ini, saya perlu siapkan suntingan akhir untuk buku Fikah Perubatan.  Semalam, saya masuk studio penggambaran bersama ketua penulis, Dr Harmy dan rakan penulis, Dr Rosediani.  Buku ini nanti akan disertakan beberapa foto penting bagi menambah kefahaman pembaca. Insya Allah, PTS Millennia akan menerbitkan buku ini. Jika tiada aral, mungkin sempat diterbitkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Tolong doakan ya…

 

Sesi kedua penggambaran ialah pada 1 Februari 2010. Kami mengambil masa diwaktu pagi sahaja memandangkan Dr Harmy dan Dr Rosediani mempunyai tugasan lain pula di kampus USMKK. Terima kasih kepada pihak fotografi USM yang memberikan kerjasama yang baik. Juga kepada dua orang model, akhi Sapuan Yusof dan Ahmad Syakir. Bukan mudah menghasilkan sebuah buku akademik begini. Tambahan pula, setiap penulis mempunyai kekangan masanya sendiri.  Oh ya…ini hanya sebuah catatan ringkas mengenai perkembangan buku yang insya Allah akan memberi manfaat kepada ramai orang. Ada cerita… saya kisahkan lagi. Continue reading “Keluar angin melalui faraj (kentut vagina)”