Forum Poligami Bersama Salih Yaakob

Tujuan forum ini diadakan ialah untuk memberi kefahaman sebenar mengenai syariat poligami di dalam Islam.  Ia sekali-kali tidak bermaksud menggalakkan poligami itu sendiri.  Kembalikan poligami kepada status asalnya yakni harus dan hukumnya berubah menurut kemampuan individu zahir dan batin.  Ia boleh menjadi wajib, sunat, harus, makruh dan haram.  Lelaki dan wanita yang mampu datang dijemput hadir beramai-ramai untuk mendengar forum ini.   Moga terdapat sedikit anjakan paradigma dalam melaksanakan poligami di kalangan masyarakat yakni dengan ilmu, iman dan amal.

 

Tajuk forum ditulis dalam dialek Kelantan maksudnya, ” POLIGAMI:  MADU ATAU HEMPEDU?”

Beijing: Disambut Salju di Tianjin Binhai

Assalamu’alaikum wbh kepada semua pembaca… Ni hao ma… ?  

Setelah selamat tiba di Kota Bharu, dua hari demam sikit-sikit membuatkan badan tidak ligat mengurusi kerja-kerja rumah.  Pakaian musim sejuk bercampur pakaian biasa perlu dibasuh hingga 6 basuhan menggunakan mesin pencuci 9.5 kg.  Berbaki 1 basuhan lagi.  

Alhamdulillah, hari ini, internet bernafas semula setelah modem baru diambil.  Namun handphone yang  mati semasa dalam perjalanan pulang dari Beijing-Tianjin belum dapat digunakan (‘innalillahi wainna ilayhi raaji’uun).  

Rumah yang ditinggalkan selama seminggu perlu dibersihkan dan dimop di keseluruhan ruang.  Hari ini baru selesai Fasa 1 yakni di tingkat bawah.   Ada dua fasa lagi yakni di tingkat atas dan di halaman rumah.   Badan masih kepenatan… namun saya harapkan pengampunan dari Allah atas usaha menunaikan tanggungjawab.   

Belum bersedia menulis lanjut perjalanan ke Beijing namun saya sertakan beberapa keping foto untuk tatapan pengunjung.   Moga terhibur melihatnya… 

Kedatangan kami disambut hamparan putih salju di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin Binhai
Di luar TBIA (Tianjin Binhai International Airport).

 Waktu di Tianjin-Beijing sama seperti di Malaysia.  Oleh kerana di sana musim dingin, siangnya lebih pendek.  

Kami mengetahui di sana masih musim dingin namun tidak menyangka masih ada salji.   Rezeki beberapa orang anggota rombongan kami yang belum pernah melihat salji. 

Suami sempat bergurau dengan seorang anggota, ” Ha Mat… Allah perkenankan doa Mat la ni… masih ada salji… puas hati Mat boleh tengok…”

Saya tumpang gembira bila hasrat sebahagian anggota rombongan tercapai.

Sebelum mengundur diri, sukacita dimaklumkan bahawa foto-foto di sini adalah milik peribadi dan penulis tidak mengizinkan ia di salin dengan apa jua cara sekali pun.

 

 

Sekian, harap maklum.

 

 

 

 

Ummu Abbas

3 Rabi’ul Awwal 1431H

11.40pm.

Beijing: Tiada Blog Tiada Facebook!

Assalamu’alaikum semua.  Terima kasih kepada para pengunjung yang tidak jemu bertamu di rumah saya ini.  10 hari saya tidak dapat menjenguk rumah ‘keranacinta’ @ Islam Itu Indah ini meskipun dapat mengakses internet secara percuma di Hotel Huafu,  Beijing.

Syukur kepada Allah kerana memperkenankan cita-cita saya menjejakkan kaki ke China walaupun ia diluar rancangan saya sendiri.  Jutaan terima kasih kepada suami tercinta kerana membawa saya dan anak-anak melancong ke luar negara. 

Jumaat 5 Februari, modem di rumah rosak.  Continue reading “Beijing: Tiada Blog Tiada Facebook!”

Tiada Payung Emas untuk Wanita Bermadu

Entry kali ini, saya lakarkan secara ringkas sahaja memandangkan hambatan masa untuk menyiapkan suntingan buku Fikah Perubatan yang memasuki fasa akhir.  Lebih mendesak lagi, saya sekeluarga akan ke Beijing 4 hari lagi,  insya Allah.   Mohon maaf atas segala kekurangan dalam tulisan ini yang mungkin agak kurang tersusun. 

#################

Di bawah  ini luahan seorang isteri yang suaminya bernikah lagi secara sorok-sorok.  Nikah pun boleh main ‘nyorok-nyorok’ juga.  Aduh… di mana kejantanan seorang lelaki jika dengan seorang isteri pun takut.  Namun itulah yang banyak berlaku dalam masyarakat hari ini.  Akibatnya poligami dipandang serong kerana perlaksanaannya yang agak menyerong.

Objektif poligami sebagai salah satu mekanisme mengatasi masalah sosial juga tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

“Bukan takut, tapi mahu jaga hati isteri…”

Mungkin ini alasan popular untuk menjustifikasi satu tindakan yang tidak begitu ‘gentleman’. Continue reading “Tiada Payung Emas untuk Wanita Bermadu”