Jom Heboh di Kota Bharu Cipta Sejarah!

Pengunjung Jom Heboh waktu malam. 25 Mac 2010.

Jom Heboh di Kota Bharu Amat Meriah! 

 

  

Sekian lama si glamour ‘Jom Heboh’ (Dulu ‘Sure Heboh’) tidak dapat memasuki Kelantan,  tahun ini julung-julung kalinya karnival anjuran TV3 mendapat lesen oleh Kerajaan Islam Kelantan.  Sebenarnya bukan susah sangat bekerjasama dengan Kerajaan Islam Kelantan jika masing-masing mahu taat dan patuh kepada perintah dan meninggalkan larangan Allah Yang Satu.  Lagi pula pihak pengurusan TV3 sama aqidah dengan majoriti warga Serambi Mekah. 

Jika mereka mahu mencari cara lain yang tidak diredai Allah, itulah yang menimbulkan konflik berpanjangan.   Para penguasa di Negeri Cik Siti Wan Kembang hanya melaksanakan amanah sebagai Khalifah Allah di muka bumi.  Bila disebut Khalifah, maka mereka dan kita hanyalah wakil Allah di muka bumi.  Khalifah juga umpama duta bagi sesebuah negara di negara yang lain.  Apabila di sebut duta, maka duta bertanggungjawab membawa aspirasi dan mempertahankan prinsip negara yang diwakilinya.   Apa akan jadi jika duta Amerika di Malaysia contohnya tetapi membawa aspirasi dan prinsip negara Iran?  Pernahkah berlaku begitu?  Continue reading “Jom Heboh di Kota Bharu Cipta Sejarah!”