Isterinya 1000 orang

أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ كَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَأَثَارُوا الْأَرْضَ وَعَمَرُوهَا أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا وَجَاءتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

 

Surah al-Ruum 30: 9

 

Nasi Goreng China

Kira-kira jam 8.30am, kami sudah berada di restoran untuk bersarapan. Sarapan apa agaknya yang akan dihidangkan. Oh… Nasi goreng China dipadankan dengan sayuran goreng, telur rebus, roti, sejenis kuih yang digoreng dan minuman seperti nescafe + susu. Teh China setia menemani hidangan. Alhamdulillah, sedap juga makan nasi goreng dengan sayur goreng bercampur kulat hitam.

Seusai sarapan, kami dibawa ke Medan Tian An Men. Sepanjang perjalanan, kami berpeluang melihat suasana Kota Beijing yang sibuk kerana waktu itu adalah waktu penduduk keluar bekerja. Kami dapat melihat suasana masyarakat setempat yang berbasikal dan juga terdapat ‘tut tut’ seperti di Bangkok. ‘Tut tut’ ialah teksi menggunakan motosikal. Biasanya hanya mampu memuatkan dua orang penumpang sahaja. Teringat pula beca roda tiga di Kota Bharu. Bagus juga jika mereka mengubah suai beca menggunakan motosikal pula. Kasihan pada pakcik-pakcik yang mengayuh! Continue reading “Isterinya 1000 orang”

Advertisements