Bolehkah Pesakit Solat Jamak?

Semasa Wan (datuk) sakit berat, Abah sering membantu Wan untuk mengambil wuduk dan bersolat.  Tiga hari sebelum Wan meninggal, saya sempat menziarahinya.  Waktu itu Wan terlalu letih kerana  tidak makan beberapa hari.  Wan hanya mengidap asma dan tiada penyakit lain.  Wan tidak berdaya untuk bangun sendiri, apatah lagi untuk membersihkan diri serta berwuduk.

Azan Maghrib berkumandang.  Suami dan Abah terus menunaikan solat di surau yang terletak di hadapan rumah Wan.  Selesai solat, suami saya menghampiri Wan dan terus meminta sekendi air dan besen.  Suami menolong Wan berwuduk pada anggota yang wajib dibasuh sahaja.  Selesai berwuduk, Abah pula mampir ke sebelah Wan.  Abah, suami dan dua lagi anak Wan menolong membetulkan kedudukan Wan agar mengadap kiblat.  Kemudian Abah membantu Wan menunaikan solat.  Wan dipangku dan bersandar pada  anak bongsu lelakinya.  Kakinya dilunjurkan ke hadapan. Continue reading “Bolehkah Pesakit Solat Jamak?”

Advertisements