Hamil Tapi Malas Solat

Assallammualaikum, akk.. ermm, untuk pengetahuan akan sy sedang pregnant almost 5 months.. Tapi, sy ni kurang menitikberatkan bab solat.. Akk tolong sy macam mana nak ubah sikap sy ni… n bagi tips untuk memudahkan bersalin n mengurangkn kesakitan ketika bersalin… sy berumur 22thn.. sy berkahwin pd usia yang muda.. so, banyak yang perlu sy belajar… sy nak jadi seorang ibu yang terbaik untuk bakal bayi yang sy lahirkan nanti… plz akak…..

White

*******************************
Tahniah White kerana bakal menjadi ibu. Alhamdulillah juga kerana sampai saat ini, Allah masih mengurniakan nikmat yang tidak terhingga buat kita semua terutama nikmat iman dan Islam.

Akak mohon maaf sebab tidak mampu mengubah sikap White yang kurang menitik beratkan bab solat kecuali White sendiri yang mahu dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubahnya. Hatta Allah pun tidak akan mengubah sikap White kecuali White sendiri yang berusaha untuk mengubahnya. Continue reading “Hamil Tapi Malas Solat”

Advertisements