Santai: Beg ‘Barbie’ bertukar ‘Ana Solehah’

Antara koleksi majalah Sayang Muslim untuk anak-anak keluaran Blue T Publication.

Semalam saya menunaikan janji kepada Aesya untuk membelikannya sebuah beg sekolah.  Sejak awal tahun, Aesya pernah minta belikan beg namun saya tidak memperkenankan atas alasan dia tidak perlu membawa buku-buku ke sekolah.  Tadika islami tempat Aesya belajar sudah menyediakan buku-buku di sekolah dan juga makan minum.  Aesya pula berusia baru 5 tahun.  Dia hanya membawa sepasang pakaian untuk persalinan selepas waktu sekolah.  Alhamdulillah, dia akur pada alasan yang diberikan.

Sejak akhir-akhir ini, Aesya suka membawa buku-buku latihan dan bacaan yang ada di rumah ke sekolah.  Begitu juga alat tulisnya yang banyak terutama pensel warna.  Selain itu jarang-jarang sekali dia membawa bekal dan hampir setiap hari dia membawa botol minuman.  Saya lalu bercadang membelikan beg untuknya.  Continue reading “Santai: Beg ‘Barbie’ bertukar ‘Ana Solehah’”