Wanita Kelantan Juga Mahu Berhibur

  Mahasiswi Malaysia di Jordan Berlakon, Menari dan Menjadi Peragawati Siapa sangka golongan yang dianggap bakal menjadi ustazah-ustazah [walaupun tidak semestinya begitu] selepas pulang ke Malaysia turut aktif menjayakan Minggu Kebudayaan Malaysia (MKM) di Jordan kira-kira 16 tahun yang lalu.  Salah satu slot dalam MKM itu ialah persembahan kebudayaan meliputi pantomim, tarian tradisional, peragaan pakaian... Continue Reading →

Ke Pangkuan-Mu, Ilahi

Bismillah   Beberapa hari lepas, ada satu peristiwa yang agak meruntun hati. Saat itu, saya berada dalam tahiyat awal, iaitu duduk semasa rakaat kedua solat Asar.  Aleeya yang berusia 10 bulan lebih merangkak menuju ke arah saya dan merebahkan kepalanya di atas riba.  Dia diam sahaja.  Hati seorang ibu mana yang tidak tersentuh dengan aksi... Continue Reading →

Tip Penting Untuk Gadis Pilih Calon Suami

Bismillah. Hari ini, mahu kongsi status di Facebook mengenai calon suami pilihan hati untuk gadis-gadis.  Tentu banyak ciri-ciri yang adik-adik gariskan dan tampal dalam hati, iya tak?  Akak mahu beri satu sahaja hari ini.  Ia bukan paling penting tetapi termasuk yang penting antara yang penting-penting. "Tip untuk gadis pilih calon suami.  Antara perkara penting yang... Continue Reading →

Travelog Muslimah

Semasa Kecilku.   “Kenapa keretapi bergoyang ni, Nur yang goncang ye?”   Toksu menegur saya yang sedang berjalan dalam keretapi.  Saya tersipu-sipu malu.  Toksu ialah nenek tiri sebelah Ma.  Pada waktu itu datuk sebelah Ma yang saya panggil Cik masih ada.   Sebenarnya Toksu mengusik agar saya duduk diam-diam dan tidak berjalan ke sana ke... Continue Reading →

‘Ladies Nite’ 2012 untuk Gadis-gadis Kelantan

http://youtu.be/H-8t71_HxKk Assalamu'alaikum. Anda berbakat? Anda suka melalak? Jika sebelum ini anda hanya melalak dalam bilik air, sekarang peluang menterjemahkan bakat di hadapan juri bertauliah. Persembahkan bakat anda dalam keadaan selamat dan maruah terpelihara. Dibawa khas untuk gadis-gadis comel Kelate oleh Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan. Sapo kato keraja'e negeri berjiwa Islam tok... Continue Reading →

Blog di WordPress.com.

Atas ↑