Posted in Islamika, MyDiary

Andai Setiap Bulu Haiwan Itu Bertukar Emas

Bismillah.

 

Belum terlewat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Adha Mubaarak kepada semua.

[* Comel-comel pula haiwan yang sanggup berkorban ini.  Sayangla pula nak korbankan]

 

 

Alhamdulillah, tahun ini, Tuan Suami melatih anak sulung kami yang berusia 13 tahun untuk berkorban.  Jadi Abinya mengajar Abbas untuk berniat.

 

Andai Setiap Bulu Haiwan Korban Itu Bertukar Emas

 

Jika ditanyakan pada setiap orang, “Mahukah anda kepada kambing ini jika setiap bulunya dari yang halus sehingga yang paling kasar bertukar menjadi emas?”

 

Saya yakin semuanya tidak akan menolak.

 

Apa yang bakal dituai oleh empunya korban di akhirat kelak lebih bernilai dari emas.

 

Aisyah r.a melaporkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah berkata, Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.”   

Hadis direkodkan oleh Imam al-Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim.

 

Saya teringat Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah menyarankan untuk berkoban walau dengan seekor ayam bagi mereka yang tidak berkemampuan.  Ia menunjukkan betapa besar nilai ibadah qurban sepanjang hari raya Adha ini.

 

Zaid bin Arqam berkata, “Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, “Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim.” Mereka bertanya lagi, Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab, “Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan.” Mereka bertanya, “Bagaimana bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w berkata, “Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan.”   

 

Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah.

 

Insya Allah, selepas ini, sedikit laporan sambutan Eidul Adha di sini menyusul.

 

Mohon maaf Zahir Batin dari semua.

 

 

Wassalam.

 

Ummu Abbas

12 Zulhijjah 1433H/28 Oktober 2012

Melbourne, 6.51pm

 

Advertisements

Pengarang:

Seorang isteri, ibu, permaisuri rumah, anak kepada Ma dan Abah yang masih hidup, penulis dan da'ie, insya Allah. Menyintai ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah.

4 thoughts on “Andai Setiap Bulu Haiwan Itu Bertukar Emas

  1. salam aidil-adha kak 🙂
    nak tanya, boleh ke kalau kita korban guna ayam? @ ada syarat kene binatang 4 kaki je? hehe..maaf, sy x arif dlm benda ni, mohon pencerahan
    ~thanks kak~

  2. Andai manusia faham kehidupan akhirat, tak akan berlaku keadaan sekarang. Masing2 tuduh menuduh, kata mengata, berebut2 tentang dunia yang pasti akan ditinggalkan. Yang ramainya manusia hanya tahu tentang akhirat, yakin kehidupan akhirat ?…………

  3. Alin,

    Rujuk ayat Akak dalam entry,

    “Saya teringat Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah menyarankan untuk berkoban walau dengan seekor ayam bagi mereka yang tidak berkemampuan.”

    ~ …. bagi mereka yang tidak berkemampuan. – maksudnya tidak mampu berkorban dengan haiwan yang disyaratkan buat korban seperti kambing dan lembu. Maksud Tuan Guru itu ialah insya Allah, jika kita niatkan sembelih ayam itu semata-mata kerana Allah dan mahu menghayati makna korban di Eidil Adha, akan dapat juga pahala. Besar mana pahala tersebut, terserahlah kepada Allah.

  4. oh, maksudnya kalu kita memang xmampu tapi kita usaha apa yang termampu insya’Allah dapat pahala juga ya? 😀 thanks..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s