Ingin berhijrah tapi asyik kantoi! 😬

Bismillah

“In syaa Allah, hari ini aku mahu jadi lebih baik dari semalam”.  Getus hati seperti itu biasa didengari dalam diri sendiri.  Ia merupakan antara fitrah manusia yang suka berhijrah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lebih baik.  Hijrah terbaik di sisi Allah SWT  ialah keluar dari kegelapan  jahiliyah menuju cahaya Islam.  Berhijrah perlu kepada kekuatan fizikal, mental dan spiritual.  Di sini saya kongsi tulisan sahabat yang bagus untuk diteliti sebagai panduan dalam berhijrah.  Juga boleh baca petua tambahan dalam entry lama penulis di sini.  

Ummu Abbas

9 Muharram 1441H

9 September 2019

#dengandakwahummahberubah

#ummahberubahhidupbarakah

Ingin berhijrah tapi asyik kantoi 😬

Sesekali sudah pasti hati kecil akan terdetik untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik.  Terasa teruja apabila melihat artis atau “public figure” berhijrah dan setelah sekian waktu, menjadi seorang yang sangat baik sehinggakan dapat menarik orang lain ke jalan Allah.  Pun begitu, kita juga gerun apabila melihat orang yang beria2 berhijrah tetapi alih2 kembali ke asal.  Namun percayalah, mencari alasan untuk tidak berhijrah memang mudah kerana masih terikat dengan nikmat nafsu dunia yang kita tidak rela berpisah dengannya.

Berikut adalah tips untuk berhijrah dan Insyaa Allah istiqamah:

1⃣ Mula2 banyakkan berdoa memohon hidayah kerana antara makna hidayah dalam al-Quran dirujuk sebagai “kekuatan menegakkan hujah.”  Apabila berkira2 hendak berhijrah, jangan banyak alasan dan mohon Allah kurniakan hujah agar tekad berhijrah.

Doa mohon hidayah ini Allah SWT sendiri tetapkan bacaannya melalui ayat 6 Surah Al-Fatihah yang berbunyi,

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus

2⃣Cari guru yang amanah dengan ilmu Islam agar hijrah tidak terpesong.  Ada orang berhijrah dengan pencerahan agama yang tidak benar.

Contohnya daripada berhijab terus buka hijab kerana teruja dengan kumpulan dehijabbing  yang bersandar pada dalil al-Quran secara tidak benar.

3⃣ Analisa dan tulis penghalang hijrah, hijrah boleh dilakukan secara:

🏃 Fizikal – berpindah, beruzlah dll.

💚 Hati– sabar dan sentiasa bermujahadah ketika hijrah hati.

Hijrah daripada dosa – tidak berjaya kalau bercampur dosa dan amal soleh.

🧕 Hijrah  lifestyle – selagi tidak ubah gaya dan cara hidup pagi, petang dan malam, memang susahlah hendak istiqamah.

📺 Hidup hari2 mengadap telenovela tetapi bercita2 untuk khatam dan hadam quran setiap bulan. 🤭

4⃣ Pilih kawan yang baik dan join kumpulan Istiqamah barulah mantap.😉

5⃣ Minta kepada Allah SWT ditetapkan hati dalam Islam.

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

“Wahai Yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agamaMu”

Tirmizhi: Sahih

Selamat berhijrah☺ dan istiqamah menjadi hamba beriman yang soleh/ah.

Ustazah Asmak Husin

Ahli Dewan Negara

8 Muharram 1441/ 8 Sept 2019

#dengandakwahhidupbarakah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: