Dairiku: 2 hari lagi ke Melbourne

Assalamu’alaikum semua.

Agak lama saya berehat dari menulis di blog ini ye…  Hari ini pun saya mencuri masa untuk menyapa semua pengunjung setia dan tidak setia blog ini.  Terima kasih kepada semua yang berkunjung dan yang sudi meninggalkan jejak.  Kunjungan anda memeriahkan lagi blog yang tidak seberapa ini.  Semoga anda mendapat manfaat yang bukan sedikit dari perkongsian ilmu dan pengalaman yang ada.

Selain alahan yang masih tersisa sebagaimana yang saya coretkan sebelum ini, saya juga sedang bertungkus lumus mengemas barang-barang dan menyiapkan beberapa urusan untuk ke Melbourne.

Insya Allah, 2 hari lagi, kami sekeluarga akan berangkat ke Melbourne kerana suami menyambung pelajaran di peringkat PhD.  Kemungkinan kami bermastautin bersama kanggaroo dan beruang Koala selama 3 tahun. 

Tolong doakan kami ye…

Alhamdulillah, setakat ini, segala urusan dipermudahkan oleh Allah.  Syukur kepada Allah yang banyak membantu dan mentadbir urusan kami dengan sebaik-baik pentadbiran meskipun adakalanya pada zahirnya ia diluar perancangan kami sendiri.  Memadai kami bersangka baik denganNya kerana Allah itu menurut apa yang kita sangkakan.

Masih banyak yang ingin diceritakan namun masa begitu cemburu.  Beg-beg di bawah sedang memanggil agar segera diisi barangan dan dikemaskan. 

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak kepada semua.  Bulan yang dinantikan oleh para orang beriman dan solihin… Bulan yang dibenci syaitan dan para munafikin.  Bye…bye syaitan dan iblis… selamat dibelenggu oleh para malaikat… dan ahlan wasahlan Ya Ramadan… Alhamdulillah kerana kami diberi kesempatan menemuimu lagi pada tahun ini…

Ummu Abbas

30 Syaaban 1431H

10.21am


Advertisements