Apa yang Ibu harus kata ketika marahkan anak?

  Pagi semalam, seperti biasa setiap Sabtu dua minggu sekali, halaqah ilmu kaum ibu Kg Vic North berlangsung di rumah saya.  Kaum ibu di sini ada yang belajar PhD dan ada yang mengikut suami menyambung PhD seperti saya.   Tema dan fokus kami ialah pendidikan anak-anak menurut sunnah.  Setelah ilmu dibentangkan, kami kongsi pengalaman dan... Continue Reading →

Tip Elak diPukau

Pukau biasanya menggunakan jin. Pendindingnya ialah membaca ayat Kursi dengan 9 kali wukuf (tempat berhenti bacaan).  Amalkan baca dua kali sehari yakni pagi dan malam terutama semasa mahu tidur.  Bacalah dengan faham maksud ayat-ayat tersebut dan menghayati sepenuh hati serta yakin dengan Allah.  Insya Allah, ayat Kursi ini bukan sahaja menjadi penjaga dari dipukau, bahkan... Continue Reading →

Doa Main ‘Game’

Semalam. Aziz baru selesai mandi. Seusai dia memakai baju, saya menegur, “Ziz, doa pakai baju pun ada”. Saya mengatakan demikian kerana dia sudah ingat sendiri untuk berdoa ketika makan. Aziz tersenyum-senyum. “Aziz lupa la Umi”. “Bukan Aziz lupa… Aziz belum tahu dan ingat lagi bacaan doa tu”. Saya menjelaskan. Sebenarnya salah saya yang tidak mengingatkan... Continue Reading →

Resepi Mendapatkan Semula Kereta Yang Dicuri

Minggu lepas di suatu pagi, saya bersarapan dengan Nasi Kerabu kegemaran. Sambil makan, ada sesuatu yang menarik perhatian di helaian akhbar pembungkus Nasi Kerabu. Saya membaca satu berita tentang Wan Zaleha Radzi, mantan pembaca berita TV3. Melihat tajuknya, suspen juga... cerita cerai berai lagi ke? Ohh... rupa-rupanya kereta dia kena rompak. Kasihan dia. Tarikh kereta... Continue Reading →

Catatan: Sugul Dengan Palestin

Sehari dua ini, pelbagai judul artikel mahu dikongsi isinya di sini. Namun hati sedang sugul lagi masyghul mengenangkan saudara sedarah daging dan seakidah di Palestin. Pelbagai sms dan email diterima. Terima kasih dan jazakumullah kepada pengirimnya. Moga ia memberi manfaat kepada semua penerima dan mengejutkan yang tidur lena diulit mimpi duniawi. Saya pernah tinggal sebilik... Continue Reading →

Blog di WordPress.com.

Atas ↑