Peluk Islam Kerana Mahu Berkhatan

Aziz pada hari ketiga selepas berkhatan. Masih pakai mangkuk polisterin. Rilek, tidak perlu pegang kain tinggi2.

 

 

Sehari selepas majlis walimah saya berlangsung, suami mengajak menghadiri satu program di Kg Dewan Beta.  Rupa-rupanya program berkhatan.  Suami turut serta bersama teman-teman doktor bertugas sebagai ‘Tok Mudin’.

Manakala doktor-doktor perempuan menolong menyediakan ubat-ubatan.  Setiap kali cuti sekolah, tugasan ini menjadi rutin suami saya sepanjang tempoh perkahwinan kami yang genap 11  tahun pada 26 November lepas.

*************

Bila waktu sesuai untuk mengkhatankan anak-anak lelaki?

 

Kira-kira 3 tahun lalu, buat kali pertama saya mendapat pengalaman menjaga anak lelaki yang berkhatan.  Abbas berkhatan semasa berumur 7 tahun iaitu cuti sekolah bulan Mac.  Pada asalnya, kemaluannya dijangkiti kuman sehingga membengkak dan sukar untuk buang air.  Selepas dirawat dan sembuh, Abinya terus membawa ke klinik untuk dikhatankan.  Inilah salah satu hikmah berkhatan bagi lelaki iaitu untuk menjaga kebersihan diri dari kotoran dan penyakit. Continue reading “Peluk Islam Kerana Mahu Berkhatan”