Kuasa Berbelanja Tinggi di Kalangan Rakyat Kelantan

Rakyat Kelantan Gemar Belanja Dan Bayar Tunai Faktor Al-Quds Travel Terus Kukuh

KOTA BHARU, 14 April (Bernama) — Sikap rakyat Kelantan yang gemar berbelanja dan membuat pembayaran secara tunai adalah antara faktor utama syarikat pelancongan Bumiputera, Al Quds Travel Sdn Bhd terus maju dan mampu berdiri kukuh dengan menyaksikan peningkatan pendapatan setiap tahun.

Pengarah Urusan Al-Quds Travel Sdn Bhd Wan Mohd Zamri Wan Salleh berkata sikap rakyat Kelantan itu disifatkan satu keistimewaan yang secara tidak langsung telah membantu mengukuhkan kewangan dan pendapatan syarikat berkenaan.

“Sehingga kini, sejak sepuluh tahun penubuhan syarikat ini bermula tahun 2000, pihak kita belum pernah mengalami masalah kekurangan pendapatan dan mencatatkan peningkatan membabitkan pelbagai jualan pakej pelancongan ditawarkan sesuai dengan kehendak pelanggan.” Continue reading “Kuasa Berbelanja Tinggi di Kalangan Rakyat Kelantan”