Waheeda Pula Pakai Purdah

Foto dari web yang tertera pada gambar.

Dalam entry sebelum ini, saya paparkan khabar Sara Bokker, warga Amerika memeluk Islam serta memakai purdah dan Puan Rozita Jutawan Sendayu Tinggi juga memilih purdah, kali ini heboh lagi mengenai purdah apabila selebriti Waheeda pula mengenakan purdah. Sesiapa yang belum membacanya, search perkataan purdah di ruang carian,insya Allah, artikel berkenaan purdah akan dipaparkan.

Alhamdulillah, jika foto-foto di atas menggambarkan realiti si pemakai di luar sana. Saya sempat memerhati beberapa respon dalam beberapa blog mengenai hal ini. Seperti biasa dalam apa-apa isu, komen ada yang positif dan ada yang negatif. Komen-komen itu menggambarkan ilmu dan akhlak si penulisnya.

Ada juga komen-komen yang boleh menggoncangkan iman seperti mengatakan ia tiada kena mengena dengan agama. Pembaca perlu berhati-hati apabila mahu merespon sesuatu isu. Jika tidak tahu secara mendalam hal agama, lebih baik diam. Akidah boleh rosak bukan sahaja melalui perbuatan seperti menyembah patung, bahkan boleh gugur dengan kata-kata yang mempersendakan hukum agama. Continue reading “Waheeda Pula Pakai Purdah”

Advertisements