Foto 9 Syuhada Mavi Marmara

Setiap tahun, pelajar-pelajar di Kuliyyah al-Syari'ah (Fakulti Syariah), Al-Jaami'ah al-Urduniyyah akan sibuk membuat persiapan menyambut hari mengenang para syuhada' Palestine.   Gambar-gambar mereka akan menghiasi dinding-dinding yang dipaparkan secara kreatif.    Ada antara para syuhada' itu adalah pelajar University of Jordan sendiri.  Al-Syahid Abdullah Azzam, syahid yang tersohor dengan khutbah-khutbah seruan jihad pernah mengajar di fakulti ini.    Sehingga sebuah menara jam dibina di laluan... Continue Reading →

Perjalanan Akhir Seorang Hamba

(Entry ini di dedikasikan buat Kak Aizah Mustakim yang berada di Jordan.  Juga buat sahabat-sahabat yang ingin mengetahui.  Kak Aizah meminta saya bercerita detik-detik ketibaan jenazah Ustaz Arman di Kota Bharu dan perjalanan  akhirnya. ) 13 Disember 2009 Petang Ahad, saya dan suami ke pejabat al-Quds Travel.  Kami bersetuju mengambil pakej ke Beijing yang ditawarkan... Continue Reading →

Khabar yang celaru mengenai kematian

8 Disember 2009 Saya mendapat khabar kematian Ustaz Arman Md Rusoff pada 8 Disember 2009 melalui satu web. Dengan rasa terperanjat, saya memberitahu suami yang juga mengenali Ustaz. Mereka berasal dari kampung yang sama. Suami lantas meminta saya hubungi nombor handphone Ustaz yang tersimpan dalam handphone saya. Nombor tersebut tidak dapat dihubungi untuk berbicara tetapi... Continue Reading →

Hiburan Untuk Mereka yang Putus Tunang/Diceraikan/Kematian Pasangan

Perasaan adalah satu anugerah Allah yang sangat bernilai dan halus sekali pada setiap manusia. Ia juga disebut emosi. Merasa cenderung kepada jantina berlawanan jenis juga satu anugerah demi kelangsungan generasi manusia (Kalau tidak, alamatnya...setakat Adam dan Hawa ajelah yang memakmurkan bumi). Pelbagai cara manusia mahu menunaikan tuntutan fitrah ini. Ada yang berkawan dahulu, bercinta tidak... Continue Reading →

Kena Tukar Baju Dulu…!

Mak Teh telah lama sakit. Umur Mak Teh menjengah 80 tahun. 21 Mac 2009. Mak Teh bercerita kepada salah seorang anak saudaranya, Yah. “Mak Teh sudah tengok syurga dan neraka.” Yah memberi sepenuh perhatian pada kata-kata Mak Teh. Yah pernah menemani Mak Teh semasa kecil kerana Mak Teh hanya memiliki 2 orang anak perempuan. Justeru... Continue Reading →

Blog di WordPress.com.

Atas ↑