‘Halal Peking Duck’ yang Haram

Meneliti Program

Selepas mendaftar dengan Al-Quds Travel, kami berbincang semula mengenai tentatif program kami di sana. Ia agak mengambil masa kerana Al-Quds perlu menunggu maklumbalas dari agensi pelancongan di Beijing (Halal Tour- http://www.halaltours-cn.com/).

Saya meninjau program biasa dalam pakej muslim ke Beijing. Dalam banyak-banyak acara yang biasa diisi, satu acara yang saya kurang senangi ialah Pertunjukan Akrobatik.

“Bang, biasanya peserta akrobatik ada yang wanita dan pakaian mereka juga seksi. Kalau setakat Nur dan anak-anak sahaja yang tengok, tidak mengapalah. Abang tu macam mana?”

Maksud anak-anak adalah yang belum baligh.

“Pesertanya kanak-kanak sahaja. Cuba tanya Ummi yang pernah ke Beijing.”

“Nur sudah tengok dalam web mengenai Acrobatic Show. Memang ada peserta wanita dewasa.”

“Cubalah tanya Ummi dulu. Ustaz juga ada bersama, bukan?”

Ustaz ialah suami Ummi tidak mungkin melihat perkara yang diharamkan. Itulah yang kami percaya. Turut bersama Ummi dulu ialah Dr. Harun Din. Continue reading “‘Halal Peking Duck’ yang Haram”