Bapa Borek Anak Rintik

Bismillah. BTS (Bedtime story) malam kelmarin kisah Bapa Borek Anak Rintik. Alhamdulillah, saya membacakan kisah-kisah nabi dari buku 31 Kisah Nabi sebagai Bedtime Story.  Asalnya saya membacakan untuk Aesya yang berusia 7 tahun atas permintaannya.  Setelah beberapa kali bercerita padanya, Aziz yang berusia 9 tahun turut tertarik untuk mendengar sama.  Melihat minat Aziz dan kemampuannya... Continue Reading →

Sophie Minta Saya Buka Tudung

5 April 12 Bandar Warkworth, North Island, New Zealand. Suatu ketika, Sophie ditinggalkan di dalam kereta bersama saya oleh Simon (bapanya) yang mahu ke pasaraya. Suami dan anak sulung saya mengikut Simon. Sophie berkata, "Bukalah tudung ini!" sambil tangannya memegang tudung yang saya pakai. Pada masa itu, saya sudah menanggalkan purdah kerana suasana yang aman.... Continue Reading →

Kambing Yang Menyangka Dirinya Anjing

Bismillah. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaaatuh. Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke 5 saya dan keluarga berada di North Island, New Zealand. 3 malam pertama, kami menyewa di sebuah farmstay di Taohua, utara Auckland untuk merasai kehidupan di ladang.  Hari ini saya mahu berkongsi satu perkara menarik yang terdapat di farmstay tersebut. Nampakkan kambing putih di bawah?... Continue Reading →

Sembang Aqidah Dengan Anak-anak

Antara cabaran berada di Melbourne ini ialah memilih pendidikan agama terbaik untuk anak-anak.  Alhamdulillah, memang ada sekolah-sekolah Islam yang ditubuhkan oleh komuniti muslim di sini namun bayarannya sememangnya mahal untuk kami yang bukan warganegara.  Paling kurang perlu mengeluarkan belanja Rm15k setahun untuk seorang anak. Kelas-kelas fardu ain hujung minggu juga ada namun setelah meneliti silibusnya,... Continue Reading →

Semua kawan Aesya tidak pakai tudung…

"Ummi, sekolah Aesya tak pe tak pakai tudung...", beritahu Aesya suatu hari di minggu-minggu pertama persekolahannya. "Kawan-kawan sekelas Aesya semua tidak pakai tudung...", ujarnya lagi. "Kawan yang lain tidak beragama Islam maka mereka tidak memakai tudung", saya memberitahu. "Tapi Ummi... orang Melayu pun ada kat kelas Aesya... mereka pun tidak pakai tudung" "Oh ye ke...... Continue Reading →

Blog di WordPress.com.

Atas ↑