Beijing: Restoran Muslim Jual Arak.

Semuanya sedap-sedap...alhamdulillah. Nyam..nyam..

Jam 5.41 petang, masuk waktu Maghrib.  Kami tiba di Hotel Huafu kira-kira jam 6 petang.  Setelah mendaftar, beg-beg yang banyak ditinggalkan di lobi hotel terlebih dahulu kerana Maggie akan membawa kami ke restoran untuk makan malam.

Salah satu perkara yang digemari apabila melawat mana-mana tempat ialah mengenali masakan orang tempatan.  Tidak kira dalam negara atau luar negara.  Sangat teruja bila memasuki restoran muslim di China.

Kami naik ke tingkat 2 restoran.  Hiasan dalamannya cantik kombinasi budaya Cina dan reka bentuk Islam.   Di dinding restoran ditulis khat Arab, “Mat’am Islami” (Restoran Islami).  Kami diraikan dengan minuman Teh Cina.  Teh Cina itu tidak bergula.  Makan malam kami ialah nasi dimakan bersama pelbagai jenis sayuran goreng, ayam dan ikan.   Lepas satu, satu dikeluarkan dan dihidangkan kepada kami.  Continue reading “Beijing: Restoran Muslim Jual Arak.”