Kisah Pemungut Sampah di Hari Buruh

Kerusi yang disediakan di sepanjang pantai.

Tanggal 1 Mei 2010.

Kira-kira jam 7.40 pagi, kami bertolak dari rumah menuju pantai bagi menggembirakan anak-anak di hujung minggu. 

Saya masih kurang sihat tetapi mahu menyertai anak-anak.  Persediaan kami ringkas sahaja.  Hanya membawa tuala, baldi dan pakaian anak-anak untuk bersalin selepas mandi.  Kami bersarapan di kedai makan terletak di pintu masuk ke salah satu pantai terkenal di Kelantan ini.  Mee goreng, mihun goreng, Nasi Kerabu Ayam Bakar dan Nasi Lemak Ayam Goreng menjadi pilihan.  Seusai sarapan, kami terus merapati kawasan pantai dan alhamdulillah, mudah bagi kami memilih lokasi yang sesuai untuk parking kereta.

Pantai Sri Irama, Bachok menerima kunjungan beberapa kumpulan tetamu di pagi yang sedang hangat.  Mentari sudah segalah meninggi.  Gerai-gerai makanan laut dan kiosk jualan runcit masih sepi dari empunya.  Continue reading “Kisah Pemungut Sampah di Hari Buruh”

Advertisements