Allah Yang Mengeluarkan Dirimu…

Aziz dengan t-shirt yang ditempah di gerai sempena PRK N41 Manek Urai.  Foto Aziz di tengah bersama Abdul Aziz Rantisi dan Syeikh Ahmad Yassin.  Allahuakbar!
Aziz dengan t-shirt yang ditempah di gerai sempena PRK N41 Manek Urai. Foto Aziz di tengah bersama Abdul Aziz Rantisi dan Syeikh Ahmad Yassin. Allahuakbar!

وَاللّٰهُ اَخْرَجَكُمْ مِّنْۢ بُطُوْنِ اُمَّهٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ شَيْــًٔاۙ وَّ جَعَلَ لَـكُمُ السَّمْعَ وَالْاَبْصٰرَ وَالْاَفْـِٕدَةَ‌ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ‏

[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan kamu tidak mengetahui suatu apa pun. Serta Dia mengurniakan kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

اَلَمْ يَرَوْا اِلَى الطَّيْرِ مُسَخَّرٰتٍ فِىْ جَوِّ السَّمَآءِؕ مَا يُمْسِكُهُنَّ اِلَّا اللّٰهُ‌ؕ اِنَّ فِىْ ذٰلِكَ لَاَيٰتٍ لِّقَوْمٍ يُّؤْمِنُوْنَ‏

[79] Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.

Surah al-Nahl, ayat 78 dan 79

Petang itu, kira-kira jam 4, perut mula terasa sakit. Sebagaimana biasa sebelumnya, saya periksa dilation di rumah sebelum ke hospital. Almaklumlah suami saya doktor. Alhamdulillah.

Bila keadaan sakit yang melayakkan saya terus masuk ke labour room, baru saya ke hospital. Untuk kandungan ketiga ini saya berhadapan sedikit masalah, hypertension (darah tinggi). Terperanjat juga saya sebab saya sering mengalami tekanan darah rendah sejak remaja. Minggu-minggu terakhir kehamilan, setelah didapati darah meningkat, saya dinasihatkan doktor agar banyak berehat. Continue reading “Allah Yang Mengeluarkan Dirimu…”

Advertisements